10 July 2013

Alang-Alang Mencelup Dakwat, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan

Bhai/DeeDee semua...  Hahahaha... SPR nih gua rasa aderlah agensi paling lawak dalam dunia nih lar.... Hahaha.... kejap calit... kejap celup.... lepas nih aper plak.... mungkin SPR suruh mandi dakwat kot.... Hahaha.... bangang lar...

Alang-alang mencelup dakwat, biar sampai ke pangkal lengan ..... Alang-alang mandi dakwat, biar sampai basah satu badan.... Hahaha

Bongok dan Bingai lar SPR nih.... hahaha

SPR: Pengundi perlu celup jari dalam dakwat

Pengundi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa PRK Kuala Besut pada 24 Julai

Selain itu, Abdul Aziz turut menasihati pengundi supaya menyemak senarai pengundi dan memastikan saluran serta tempat mengundi yang betul kerana jika nama pengundi tidak terdapat dalam senarai pengundi di tempat dan saluran yang ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan mengundi.

Abdul Aziz berkata SPR menetapkan Kompleks Rakan Muda Kg Raja Besut, Kuala Besut sebagai tempat penamaan calon, dan proses penamaan calon bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada 12 Julai.

Beliau menasihatkan para penyokong parti supaya tidak melakukan perkara yang tidak diingini dan melanggar undang-undang untuk memastikan proses penamaan berjalan lancar.

Abdul Aziz turut mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang tidak membenarkan para penyokong atau sesiapa yang mengiringi calon membawa alat-alat muzik, pembesar suara dan membuat ceramah politik pada hari berkenaan.

Ketika proses penamaan calon itu juga hanya calon, pencadang dan penyokong yang dibenarkan masuk ke dalam dewan, katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa ada pertandingan yang akan dijalankan dan kempen akan berakhir pada tengah malam 23 Julai.

Sebuah pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen selaras dengan peruntukan akta berkenaan.

4 comments:

  1. bhai,
    baik dia suruh teguk terus je! nak tunjuk bukti dah mengundi, suruh jelir lidah, tengok lidah tu biru ke tak! bingai dok ada!

    menggelupur dengan dakwat! tak abis2 nak tipu org malaysia. kalau letak jawatan kan senang, tak payah nak membelit cam ular sawa! apa yang sayang sangat dengan jawatan tu? kesian kat anak bini la wei, kalau ko sendiri tak reti nak malu!

    cam gampang! (eh, wat2 lupa bulan puasa....hmmm)

    ReplyDelete
  2. aku cadangkan pengundi yang telah mengundi dikurantinkan sehingga tamat tempoh mengundi..

    semasa dalam tempoh kuarantin tu kerajaan perlulah sediakan makan dan minum untuk pengundi2. duit juta2 hbis untuk pilihanraya ntah pape untuk dakwat x kekal elaun x ntah pape, baik bgi rakyat makan masa dalam kurantin tu..

    ReplyDelete
  3. hari kira undi jangan lupa bawa lampu takut api tak de pula hari tu pastu pastikan semua peti undi ada ditempat kira undi dll macam biasa la

    ReplyDelete
  4. peti undi pun kena calit atau celup juga untuk mengelakan peti undi tambahan hohoho...

    kita tengok aje la kalau menipu tuhan akan tunjuk juga.. cuma kita nampak atau buat-buat tak nampak..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???