Bhai/DeeDee sekalian..... pergh.... lama wei.... lama sungguh.... lama sungguh baru dengar suara..... hahaha.... seminggu lebih dah isu nih .....kalo tidak senyap sunyi.... hahaha... biler Mahathir Mohamed dah start bersuara... baru la kiter dapat dengar Ibrahim Ali si PERKASA tue kuarkan statement....
Dan kemudian diikuti statement dier oleh si Harussani tue.... Hahaha...... yang best tue.... Harussani kuarkan statement semata-mata mengiyakan aper yang Ibrahim Ali cakap...... Hahaha
Hahahaha..... yang masih tak dapat dengar komen "bernas" dier aderlah Hassan Ali.... err.... idup lagi ker dier aaa.... Hahahaha...... Hassan Ali nih senyap menyepi jer takder brani nak komen mender..... dan seminggu lebih dah isu nih berlegar... Hassan Ali masih lagi tak bagi komen.... Penat puasa gamaknyer aaa.....
Gua dari dulu stuju... mana-mana orang yang menghina mana-mana agama perlu dikenakan tindakan tegas.... paling cikai pon kena penjara.... Macam masa Zulkifli Nordin dan Ridhuan Tee Abdullah tue hina Agama Hindu itu hari lar... patut diorang nih kena tindakan tegas... tapi takder pon... senyap sunyi.... Masa Mahathir Mohamed dulu hina Rasulullah pasai isu pisau cukur.... pon patut kena tindakan tegas...
Kalu si Alvin dan Vivian nih akan dikenakan tindakan tegas,..... benda yang sama jugak patut dikenakan kepada Chua Soi Lek.... patut kena penjara.... tapi yer la.... bukan setakat PDRM tabrani... bukan setakat Jabatan Agama Islam pon tabrani.... bukan setakat Peguam Negara pon tabrani nak dakwa....
Malah Ketua Agama Islam yang ader sembilan orang tue pon tabrani nak komen, marah mahupun dakwa.... senyap sunyi jer..... kecut segala-gala yang boleh kecut.... aper daaa.... Ader Ketua Agama Islam pon serupa macam takder.....
Nih la orang kata.... memang sesuai skali ngan peribahasa Melayu kalu kiter nak citer tentang Ketua Agama Islam nih..... peribahasa yang berbunyi "seperti melukut di tepi gantang, ada tidak menambahkan, tiada tidak mengurangkan" ......
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata perbuatan Alvin Tan dan Vivian Lee tidak boleh dimaafkan dengan mudah kerana pasangan blogger seks berkenaan telah berulang kali melakukan perbuatan menghina Islam.
Laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Ibrahim menyebut, kerajaan perlu mengambil tindakan keras ke atas pasangan muda tersebut.
“Semua kesalahan boleh selesai dengan minta maaf sahaja. Adakah ini sudah menjadi budaya di Malaysia?
“Ambil tindakan undang-undang dahulu dan selepas itu terpulang kepada mahkamah untuk menentukan.
“Kalau hendak minta maaf pun, biarlah di mahkamah,” katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.
Akhbar sama turut memetik kenyataan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menyokong agar tindakan dikenakan pada pasangan blogger seks tersebut.
“Perbuatan Alvin dan Vivian jika dibiarkan boleh menimbulkan huru-hara dalam negara malahboleh mengakibatkan pertumpahan darah.
“Saya ingin bertanya apakah kerajaan pada masa ini terlalu lemah untuk melaksanakan undang-undang?,” katanya yang mencadangkan hukuman sekurang-kurangnya lima tahun penjara ke atas pasangan tersebut.
Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:
"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."
Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan. Pasangan berkenaan kemudiannya pada Ahad lalu memuatkan satu video di Youtube bagi memohon maaf atas tindakan berkenaan. - SUMBER
depa sibukk.. hahaha
ReplyDelete5:8. Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
ReplyDeletedah kenai puak ni lama dah apanama apakena tarakguna
Apa diharap gading di hutan,
ReplyDeleteTanduk tidak berguna lagi,
Apa diharap pada yang sembilan,
Tahunya cuma tembolok suku sakat sendiri...
those bastard should get punished...
ReplyDeletebiar gua je volunteer pancung terus...
apamacam kalu