13 August 2013

PKR Itu Asalnya UMNO

Bhai/DeeDee sekalian...

Bagi sesapa yang tahu sejarah (bukan buta kayu bab sejarah) mesti tahu bahawa 99% daripada ahli UMNO yang bertindak keluar dari UMNO selepas September 1998 bertindak join KeADILan (ADIL) dan tidak menyertai PAS...

Jadi yang ramai berlengkar dan duduk ditampuk kepimpinan PKR dari mula lagi sampailah ke waktu sekarang aderlah mereka-mereka yang bekas ahli UMNO satu masa dulu... So dari segi sikap, perangai dan cara kerja serta mentaliti masih lagi bertunjangkan kepada UMNO... Ini kita tidak dapat nafikan..

Kalu pon ader yang cuma menjarakkan diri mereka daripada UMNO, ianya agak sukar kerana secara otomatiknya mereka-mereka ini akan dipandang serong... Ini kenyataan... Ini realiti...

Kalu pon ada dikalangan pemimpin PKR yang mahukan serta bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional... Ianya juga tidak mengejutkan.. Ini kerana ramai ahli PKR berfikrahkan UMNO... Malah dalam satu soalan gua kepada Fadhil Noor satu masa dulu... Allahyarham pernah mengatakan bahawa kalu mereka ini join PAS... pastinya susah mereka nak berubah... sebab cara hidup UMNO sudah sebati dengan mereka... Dari ciri sosialnya sampailah kepada liberalnya..

Jadi kalu PKR nak jadi macam UMNO... Gua memang tak terkejut pon.... Hahaha... Sebab PKR takder tazkirah dan tarbiah mender pon.... Hahaha... Malah ramai yang "mengaji" macam tak lengkap jer... Hahaha... Jangan mare aaa... No Pun Intended.... Hahaha

Tapi... Tapi kalu jenis yang kaki tarbiah dan tazkirah pon boleh plak nak bernikah secara haram dengan UMNO... Hahaha... Yang ini memang gua terkezut... Hahaha... Macam mana la kaki tarbiah dan tazkirah pon plak nak join dengan kaki dangdut dan kabaret.... Hahahaha...  Hancussss...

Oh yer gua lupa... Geng kaki tarbiah dan tazkirah nih sahsiah diorang pon sebenarnya ader ramai yang lagi teruk dari puak UMNO nih... Tengok jer penulisan dan komen diorang nih yang kerap penuh dengan maki hamun dan carut... Hahaha... Kesian.... Kesian kat tok guru diorang... Hahaha... Kesian...

Nak buat camana la bhai... Akal kureng... Jadi stakat yang itu jer la diorang boleh buat... Agaknyer maki hamun dan carut nih dibolehkan kot bagi puak diorang... Kitab mana la plak yang diajar tok guru diorang nih sampai boleh jadi camnie.... Hahahaha... Tak mungkin kot diorang belajar caci maki hamun dan carut nih dari kitab kuning atau perukunan kot... Takkan la kot... Hahaha

Agaknyer la pasai tue la Ayah Pin boleh berkampung dan menyebarkan ajaran Kerajaan Langit kat Terengganu kot.... Hahahaha

8 comments:

  1. Uik?macam kecik ati pasal Najib pelawa Anwar UG jer! hahaha. Persoalannya, kenapa Najib tak pelawa Hj Hadi rr? jeng jeng jeng! bez nih!

    ReplyDelete
  2. Sdr. C++ dan TheSniper

    Ha..ha..Sebab Anwar bargain control di tangan Najib!

    Fahem,fahemlah....rayuan kes akan didengar tak lama lagi...

    ReplyDelete
  3. Lepas ajak Haji Hadi gabung cara gelap ajak pulak Anwar..tapi kali nikantoi pasal Anwar keber cara terang...hahahaha...Najib ..Najib..

    ReplyDelete
  4. hahahaha.....sniper..klu ada pn sampai mapohhh pong tak royak..hahaha hok deme gok betoo...hahaha g jupo jee..

    ReplyDelete
  5. Bhai, Anwar ni dulu menyerlah dengan ABIM.

    Mamak Bendahara yang bijaksana nampak banyak kelebihan untuk ajak Anwar masuk UMNO untuk memulihkan imej UMNO sebab Anwar ni nampak agak Islamik dan juga moden. Mamak Bendahara ingat dia boleh kawal dan manipulasi Anwar untuk kepentingan politiknya juga UMNO yang baru saja dirampas dari bendahara-bendahara sebelum ini selepas sekembalinya dari buangan.

    Anwar juga punya ambisi tinggi juga dalam mengunakan UMNO untuk rancangannya.

    Dengan Kharisma Anwar, memang ramai orang terpesona dengan UMNO dan banyak juga produk Islamik diperkenalkan dari UIA hingga ke produk2 Islamic lainnya. Inilah yang mengukuhkan UMNO. Kalau dulu wanita umno rambut togel mereka sudah mula berjinak dengan selindang dan ramai wanita melayu bertudung menyertai UMNO.

    Mahathir telah berjaya menyucikan imej UMNO dengan kemasukan Anwar dan dengan mudah NAwar merebut jawatan timbalan bendahara :) Bukan sahaja Mamak bendahara bijak Anwar juga licik dan punya perancangan. Cuma darah muda kurang sabar macam Khairy jugalah.. Masa Mamak bendahara keluar negara Anwar membuat plannya sendiri macam-macam dia buat atas kapasiti timbalan bendahara. Perkara ini disedari oleh Mamak Bendahara dan merancang rancangan menyinkirkan Anwar dan dilihat mengancamnya..

    Pada awalnya memang ramai menyangah menasihati Anwar supaya tidak menyertai UMNO yang dilihat busuk itu tetapi Anwar yakin dia dapat menyucikan UMNO dari dalam :) walhal pada akhirnya dia juga terpalit dengan Najis bila memasuki UMNO dan akhirnya terpaksa akur dengan menubuhkan PKR kerana dia tahu untuk menarik pengikut UMNO yang fikrahnya UMNO tidak akan mudah masuk PAS.

    Kekuatan PKR sebenarnya memang hanya pada Anwar kalau Anwar lenyap PKR tidaklah sekuat mana sebab itu Anwar perlu untuk tewaskan dengan bijaksana.

    walaubagaimanapun itu hanya sebahagian cerita kecil kerana ibarat puzzle.. ada "mastermind" besar yang mengatur cerita-cerita kecil ini.. menjadikan ianya suatu cerita yang lengkap dan menarik..

    ReplyDelete
  6. pakat nak cuci tong tu tapi sampaila ni tak cuci lagi beserabut lagi ada la.tong lama dah banyak karat elok tukar saja

    ReplyDelete
  7. Diakhir artikel ini amat menikam kalbu kalangan tertentu... terlajak perahu boleh diundur terlajak cakap jadilah blog yang caca marba. Penuh caci maki dan dusta nesta ... kah ... kah...kah.

    ReplyDelete
  8. anwar ada ke xde ke...umno akan terkubur bila sampai masenye. Bkn oleh DAP, PAS atau PKR...tapi atas sbb umno dah terlalu uzur, dah rosak xmampu nak berdiri dah...reput semula jadi.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???