21 August 2013

Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan.

Bhai/DeeDee sekalian....

Firstly gua nak kasi tulis lagi isu nih.... kupasan lagi..... Ibadah tetap adalah ibadah.... Ibadah adalah kewajipan yang mesti dibuat oleh orang yang mengaku Islam.... Ibadah mesti dibuat sendiri... sebab pahala ibadah itu dinilai oleh Allah Taala atas perbuatan dan ikhlasnya...

Ibadah tabley nak disuruh orang lain buat.... serupa macam nak berak atau kencing... katakan lah lu sakit perut nak berak.... takkan la lu suruh orang lain pi masuk jamban dan berakkan untuk lu.... giler aper aaa.... mau tak mau lu sendiri kena pergi masuk jamban.... ader paham ka??? Bukan la gua nak samerkan Ibadah tue dengan berak.... tapi rasionalnya la yang gua nak kaitkan....  baca dengan kepala otak aaa... jangan jadi macam blogger Geng Rusila yang suka baca guna kapla lutut... hahahaha

Okeh... Jadi.... biler sesuatu ibadah tue tak dibuat dan diamalkan oleh Nabi dan para sahabat... maka ibadah tue aderlah bidaah... dan bidaah tue aderlah kesesatan... dan sesat tue pulak aderlah makanan api neraka...

So.... berbalik kepada isu Upah Haji..... hujah yang mengharuskan upah haji nih amat lemah.... sekadar bersandarkan kepada beberapa hadith jer.... walhal semua orang yang mengaku Islam lagi beriman tahu bahawa hanya tiga perkara sahaja yang sampai kepada setiap anak Adam yang sudah meninggal dunia...

1. Amal Ibadat yang dilakukan olehnya semasa hidup..
2. Sedekah jariah yang dilakukan olehnya semasa hidup
3. Doa dari anak-anaknya yang soleh

Jadi.... kesimpulannyer.... ader beza antara ibadah dengan urusan harian.... ibadah tidak boleh dibuat suka-suka ikut kapla sendiri..... tapi urusan harian boleh dibuat suka-suka ikut kapla sendiri selagi mana ianya masih tidak melanggar Al Quran dan Sunnah... jadi urusan harian macam nak buat jalan ker... lebuhraya ker... lapangan terbang ker... semua tue takder masalah dibuat walaupun masa zaman Nabi takder... sebab semua ini bukan ibadah.....

Yang pasti.... Urusan Haji adalah ibadah, bukan pelancongan ......

Soalan yang masih tak berjawab oleh para penyokong perniagaan Upah Haji..... iaitu "Sila berikan nama sahabat Nabi yang ada mengambil upah haji" ..... jawab nih dulu ... jangan kona-kona pusing cerita dalam blog .... hahahaha

7 comments:

  1. Azeez Rahim a.k.a pengerusi tabung haji kalau dok buat perangai songlap, ambik komisen 10% untuk memang nak kena cop 'makahai' . Dah lama orang bercerita Tabung Haji ni tempat menternak kroni-kroni, tukang kaut percentage untuk macam-macam projek, malah masa zaman Azeez Rahim jadi one the CEO lagi , mustahil buaya nak tolak bangkai kalau dah terhidang depan mata . SPRM kena siasat unsur-unsur rasuah dan kronisma dalam TH ni , kita risau bila Azeez Rahim naik jadi pengerusi makin buruk imej Tabung Haji. Bukan semua orang boleh terpedaya dengan lakonan baik, alim dan warak yang ditunjuk oleh Azeez, cerita belakang tabir ramai dah terkena . Malah sketsa Mr Ten Persen dah ditulis semula oleh seorang blogger berdasarkan pengalaman beliau berurusan dengan Azeez Rahim , nak tau apa ceritanya tolong baca link ni http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_7790.html

    ReplyDelete
  2. Namanya kalau tak silap Haji Badal :) tu kalau tak silap boleh

    Cuma bab mengambil Upah buat bisnes tu tak tau la Bhai.. ada banyak pandangan dan pendapat..

    Tapi kalau boleh dan larat buat tu buat la sendiri.. Pasang niat dan target In Sha Allah dia akan makbulkan.

    ReplyDelete
  3. Bhai..
    Pasal ibadah dan pahala, Kalau tak silap kita boleh doakan dan sedekahkan pahala kat si mati tu kita buat tahlil sedekahkan pahaa etc.

    Pasal haji ni ikut hadis si ibu dia bernazar, nazar ni kena tunaikan kalau boleh tu mungkin Nabi benarkan anak dia bayar utang atau nazar ibunya selepas ibunya mati. pendapat kuat untuk orang dah mati aje bukan orang masih hidup dan pendapat kuat jika orang tu ada bernazar.

    Pasal tak boleh tunaikan haji orang tanpa menunaikan haji sendiri dulu tu hadis lain so mungkin orang pegang dah tafsir hadis ni kata kita boleh tunaikan haji orang lain kalau tak silap yang ni adalah saudara dia. Pendapat lemah kata kita bersaudara jadi secara umumnya boleh tunaikan haji orang lain dah orang Islam itu bersaudara :)

    Pasal ambil upah mungkin orang rujuk pada ibadan macam ngajar ngaji yang dibahaskan samaada boleh ambil upah ke tak. pendapat kata servis bukanya quran yang kita jual jadi dibolehkan. orang nak ajar ngaji pun nak hidup samaorang kerjakan haji ni pun nak hidup dan ada kos yang perlu ditangung.

    Cuma bila jadi bisnes ni aku pun tak tau la macam orang jual air jampi juga la.. jual air zamzam.. bukan air tu tapi jual servis katanya..

    Ntah la Bhai.. Aku cadangkan UAI salu buat ceramah kat Terenganu tu ko tanya dia.. macamana pasal Upah Haji yang dah jadi bisnes komersil dan bagaimana HAJi jadi bidang komersil Arab ASaudi juga tabung Haji.. sebab Dia ni aku respek rajin merujuk hadis2 dan ktab-kitab pelbagai ulamak dan mazhab mungkin dia boleh ulas dengan jelas tentang ini.. dari pelbagai pandangan.

    Aku nak cakap banyak pon tak tau Alhamdullilah mak, pak aku dah tunaikan haji..


    ReplyDelete
  4. bisnes paling untung..jual agama. modal sepotong ayat al quran dan sebaris hadis maka akan adalah 'pembeli'nya.

    ReplyDelete
  5. salam bro C++,
    penulisan yg berani kerana kebenaran!

    rukun ialah satu garispanduan yg mana jika tak dibuat hukumnya batal.
    cth rukun solat ada 13 perkara spt niat, takbiratul ihram sampailah tertib.
    jika tertinggal salah satu rukun, maka tak sah solatnya - kata bijakpandai.

    analogi rukun digunapakai utk rukun islam.
    syahadah, solat, puasa, zakat n haji.
    jika tak lengkap rukun ini, maka tak sahlah keislaman ssorg manusia.
    soalnya 3 rukun yakni syahadah, solat dan puasa mampu dilengkapkan oleh semua manusia.
    2 tetapi 2 rukun spt zakat, n haji mcm tak dpt dikerjakan oleh golongan miskin malah seolah hanya golongan kaya shj yg dpt melengkapkan 2 rukun ini terutamanya haji. sedangkan semua rukun tsb harus dilengkapkan barulah sah islam manusia tsb.

    sememangkan soal ibadah bersifat individu.
    tuhan bukan ceti@along, seolah manusia harus berkehendak membayar hutang segala amal masing2. tiada istilah "Qadho" dlm ibadah kerana sekiranya terlepas, rugilah insan tsb sesuai dgn ayat Demi Masa (Quran).
    Tuhan Maha Kaya daripada sekelian alam dan Dia tak terjejas pun sekiranya makhluk berhutang dgnNya.

    a point to ponder:
    1- setiap manusia wajib mengeluarkan zakat spt ayat Dirikanlah Sholat dan tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama2 org yg rukuk.(Quran.
    skrg konsep zakat lebih kpd duit dan bukan kpd kefahaman sebenar apa itu zakat.
    2- nb muhammad SAW dan juga para sahabat tidak memakai gelaran haji spjg hidup mrk dan sesudah mati.
    3- haji telahpun menjadi satu peluang bisnes sehingga kiamat oleh para manusia yg bertuhankan duit.

    * tiada istilah upah umrah atau haji dlm Islam krn tuhan tidak memberati hambanya sekiranya tidak mampu malah tiada istilah "hutang" atau qadho dlm ibadah.
    ini tidak lain hanyalah manipulatif manusia bermotifkan duit yakni menggunakan akhirat demi kepentingan dunia.

    tuhan bukanlah along. islam itu mudah.

    sekadar berkongsi pandangan.

    maximus

    ReplyDelete
  6. Ader beza antara ibadah dengan urusan harian.... ibadah tidak boleh dibuat suka-suka ikut kapla sendiri.

    Bhai lu cakap ibadah khusus ke?

    Hidup ni sebenarnye satu ibadah juga Bhai lu jangan lupa.. urusan dunia ni juga satu ibadah kalau dilakukan dengan syariat yang betul mendapat pahala. kau buang daun kat jalan untuk manfaat orang lain pun ko dapat pahala kalau kau suruh orang atas keperihatinan tu kau mungkin dapat sikit orang yang buat tu dapat banyak haha ntah la dosa pahala ni bukan nampak tapi tu yang aku diajar apasaja perbuatan kita ikhlas dan kerana Allah selagi tidak melangar hukum hakam mendapat balasan dari Allah walau sekecil zarah. Allah ajdikan kita untuk memakmurkan alam ini jadi hidup bukan main-main.

    Pasal ibadah khusus mengucap, solat, puasa, zakat, haji tu memang kita kena laksanakan tu lebih kepada ibadah khusus tapi kalau difahami sebenarnya pun ada kaitan dengan orang ramai juga. Solat dapat mendidik kita menjadi orang yang baik dan bila jadi orang yang baik tentnya jadi menjadi angota masyarakat yang baik. Puasa banyak pahala dapat apalgi membantu orang miskin tak berkempuan ini mengajar kita kesusahan merasa lapar dan dahaga.. Zakat tu dah terang-terang kena bagi sebab untuk Masyarakat bukan untuk pusat zakat simpan dalam bank. pasal haji juga untuk diri juga masyarakat dapat kenal mengenal umat Islam, penyatuan ummah.. Menang besar manfaatnya kalau kita lakukan.. Memmang 5 kita kena lakukan sendiri untuk kebaikan diri kita sendiri..Pasal orang lain boleh lakukan atau upah tu kena rujuk lagi mendalam.. tu kena rujuk hadis yang benar-benar asli dan tafsirannya sebab ada macam-macam pendapat dan tafsiran.. tapi betul tak pernah dnegar cerita masa nabi tentang bisnes upah haji ni..

    masalah ramai umat Islam aku tengok ialah kita tak paham ibadah kita lakukan dan kita cuba pisahkan agama dari kehidupan seharian kita.. maka kehidupan seharian kita jadi tak berkat dan ibadah khusus kita menjadi sekadar iabadat kosong.. padahal ianya untuk kita apply dalam kehidupan kita menajdi umat Islam yang sebenarnya yang berakhlak Quran..

    ReplyDelete
  7. in 6the near future kita boleh order online..give me one haji..bank in and everything beres.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???