24 December 2013

Kecoh Di Lahad Datu Hari Ini

Lahad Datu: Penduduk di Kampung Tembisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah




Info nih gua cedok dari member... Kesahihannya lu orang kena semak sendiri la... Okeh...


2 comments:

  1. rezeki dari Allah walau pun ikan kecil tapi free ambillah.bukan semua bala yang Allah jadikan semestinya manusia boleh kesan kalau boleh pun kesian pula tengok mungkin boleh huru
    hara kerana takut lari tak tentu arah pula jadinya. manusia lemah.

    ReplyDelete
  2. aku syak askor tgh test sonar & bom..tu pasal ikan2 hilang arah kejap..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???