19 December 2013

Risikan Memang Mantap

Bhai/DeeDee semua...

Unit risikan di negara ini memang mempunyai jaringan maklumat yang terbaek... mantop.... malah boleh diklasifikasikan sebagai bertaraf dunia.... Lu orang jangan pandang rendah la wei... kita punya risikan memang mantap....

Tapi...

Tapi semua risikan yang terbaek nih sudah jadi tak berguna biler mana keputusan selalunya dibuat oleh orang politik yang Gred B..... Biler yang handle Kementerian yang berkaitan dengan keselamatan nih aderlah Menteri dan Timbalan Menteri yang dungu.... yang jenis Gred B.... maka jadilah aper yang berlaku di Lahad Datu dan sebagainyer....

Sebab terlalu sangat main politik sampaikan walaupun sudah ader diatas meja semua maklumat perisikan tahap terbaek.... tapi dibuat main-main sampai keluar statement "mereka bukan musuh kita" dan "mereka sekadar datang sekejap sahaja" .... maka aper la yang nak diharapkan...

Hancuss negara nih kerana Menteri dan Timbalan Menteri malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri aderlah dari spesis Gred B.....  hancuss lar...


KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perisikan tentera negara ini amat mantap dalam menghidu sebarang ancaman, termasuk serangan yang dikatakan sedang dirancang oleh kumpulan Abu Sayyaf, atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Beliau berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa melakukan risikan bersama negara lain dalam mendapatkan maklumat berhubung desas-desus ancaman termasuk serangan atau pencerobohan.

"Saya menganggap (dakwaan mengenai kemungkinan) serangan itu hanyalah khabar angin yang disebarkan pihak tertentu, namun ini tidak bermakna kami dan pasukan keselamatan lain seperti polis mengambil mudah perkara (khabar angin) itu," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS TALK) 2013 di sini hari ini.

Zulkifeli ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan) pada semalam dan Hari Krismas ini.

Katanya, perisikan turut dilakukan bersama kerajaan Filipina dalam membanteras sebarang aktiviti yang boleh mengancam keamanan negara.

Zulkifeli menegaskan keadaan keselamatan di Sabah jauh lebih baik dan terjamin berbanding sebelum ini dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). - Bernama

9 comments:

  1. Setuju dgn Tuan, risikan & tentera taraf A tetapi pemimpin & menteri setaraf dgn pencacai angkat najis.

    Selama ini rakyat bermatian utk mempertahankan hak negara tetapi para dewa & bangsawan senang-senang aje jual & gadaikan hak negara spt Pulau Batu Putih dll.

    Malang sungguh rakyat kita punya menteri taraf pencacai............

    ReplyDelete
  2. Bhai...

    Entah betui atau tidak... dulu zaman Mahathir, MIO selalu dijadikan rujukan terbaik... baik untuk keselamatan dan juga politik....

    COBOL

    ReplyDelete
  3. macam nak mampus pasukan keselamatan jaga sempadan dan perairan negara..tinggal anak bini berbulan2...mereka2 yg nak kekalkan kuasa sanggup bg ic mudah pd pendatang asing.. apa ayat paling sesuai utk malaon2 tsb ??

    ReplyDelete
  4. Salam C++

    Bukan Gred C ke? Yong ingat gred C. Second Class Lower jer... Kalau adapun yang gred B atau A bila campaur dengan gred C, paling tinggi dapat B- jer.

    Kesian rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  5. kena terima akibat lahanat punya setengah pemilih yang pilih para penyangak & penyamun ali baba jadi pemimpin ! ABU !

    ReplyDelete
  6. negara sahabat pun boleh main kan kita bila bila masa jangan terlalu bangga jaringan info terbaik .apa yang selalu terjadi disebaliknya.
    masing masing pun bersaing untuk jadi lagi terbaik dikalangan terbaik
    penjajah britis sanggup ke falkland mempertahan kan sebuah pulau inikan pula depan rumah terlepas saja

    ReplyDelete
  7. Saudara Amuraria...

    memang kita tahu depa tu tak guna satu sen pun, tapi di kawasan depa tu... depa tu masih lagi dihormati, disayangi, dikagumi kerana apa saje masalah, lebih-lebih lagi kena mengenai dengan duit...depa akan datang menolong (bukan duit depa pun - duit kerajaan)... macam contoh di kampung saya, Kuala Pilah... punyalah teruk si Hassan Malek tu di peringkat nasional... sampaikan Tukar Tiub buat perumpamaan - bodoh macam Hassan Malek... tapi di Pilah, dia still hebat...

    ... satu lagi contoh... member saya nie... dia nie penyokong PR tapi kawasan dia BN yang menang...minggu lepas dia kahwinkan anak dia... Ahli Perlimen BN huloq sumbangan peribadi $500... apa jadi, dia siap kena smash ngan isteri dia,isteri dia tanya, kalau PR menang hari tu, ada ke AP PR tu nak huloq? ... tak terkedu dia nak menjawapnya...

    ... selagi tak dapat tukar mind set depa tu, susah jugak nak ABU...

    COBOL

    ReplyDelete
  8. Memang Risik taraf A tapi bila berfungsi untuk UMNO dan digunakan untuk politik yg memererintah terabailah tugas utama maka jatuh taraf C-.

    ReplyDelete
  9. ada yang semurah tu boleh dibeli jiwa raga 500 aja kalu macam tu jauh lagi la n9 nak jatuh

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???