05 November 2014

Bukankah Gua Dah Beritahu ...

Bhai/DeeDee semua...

I've said so ..... hahaha... Bukankah gua dah beritahu..... hahaha ... BACA SINI

Tak percaya takpa.... tarak hal....

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengakui bahawa kerajaan mengintip talian komunikasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, intipan tidak melibatkan talian komunikasi ahli politik mahupun pihak awam, kata Nancy dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.

Intip juga tidak dilakukan ke atas kiriman emel atau pos, katanya lagi dalam jawapan kepada Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin).

“Berdasarkan rekod sehingga kini, pintasam hanya dibuat kepada talian komunikasi dan tiada pintasan dibuat kepada emel atau pos.

“Daripada statistik talian komunikasi juga, tiada pintasan komunikasi yang melibatkan mana-mana ahli politik atau orang awam,” kata Nancy dalam jawapannya.

Tan meminta kerajaan mendedahkan jumlah terperinci kes pemintasan yang dijalankan ke atas ahli politik, suspek jenayah dan orang awam bermula 1998 sehingga 2014.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???