10 December 2014

Apa Interpol Boleh Buat?

Bhai/DeeDee semua...

Had kuasa Interpol adalah hanya kepada kes-kes yang mana seseorang warganegara yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan. Bagi kes yang bukan jenayah rentas sempadan, Interpol tiada kuasa. Malah bagi kes yang melibatkan perlembagaan (bukannya jenayah) sesebuah negara, Interpol tiada kuasa.


Malah Interpol tiada kuasa menahan mahupun membuat tangkapan bagi kes berkaitan perlembagaan sesebuah negara. Akta Hasutan di Malaysia bukanlah Akta yang bersabit dengan Jenayah maka mengikut kriteria ini Interpol tiada hak untuk menahan mahupun membuat tangkapan. Interpol hanya boleh menyalorkan maklumat dan siasatan kepada negara asal seseorang suspek itu dan tindakan selanjutnya adalah dibawah bidang kuasa agensi yang berkaitan di negara asal suspek.

Oleh itu... dalam kes Alvin Tan dan Ali Abdul Hassan yang dikatakan kedua-duanya telah mendapat "Suaka Politik", maka Interpol tiada kuasa menahan dan membuat tangkapan. Semua urusan menahan dan menangkap terletak dibahu Cawangan Khas PDRM.

Soalan yang patut ditanya....

"Adakah PDRM akan memohon kerjasama secara rasmi dengan beberapa agensi siasatan Malaysia yang lain yang mempuinyai 'jurisdiction' dan akses di luar negara ataupun PDRM terpaksa menggunakan sepenuhnya aset Cawangan Khas yang berada di luar negara untuk tugas mengesan, menahan dan membuat tangkapan terhadap suspek".

Jika PDRM membuat secara terus, ianya akan melibatkan isu diplomatik dan mungkin akan menyebabkan masalah lebih besar antara dua negara bersahabat.

Apa yang perlu PDRM buat pada pandangan gua adalah dengan memohon kerjasama dengan Agensi lain yang mempunyai jangkauan di luar negara yang mana agensi ini memang acapkali menggunakan "private contractor" bagi tujuan ini.

Suspek perlu ditahan dan ditangkap serta di"seludup" balik ke Malaysia oleh "private contractor" jika Kerajaan Malaysia mahu mengelakkan isu berkaitan diplomatik hasil dari ujudnya "Suaka Politik" yang dimiliki oleh kedua suspek ini. Jika guna saluran biasa... memang masak....

BTW ... Bukan tidak pernah kita gunakan cara ini untuk selesaikan satu-satu tugasan.... Hehehe

5 comments:

  1. Salam Abg Spy,

    Yoyo or je abg spy ni... macam tak caya je kalau PDRM/Agensi Malaysia ada kuasa seperti yang abg spy bagitau dalam artikel tu. Kalau ye, nape tak ditangkap je org2 yang berkenaan.

    -Rahimi-

    ReplyDelete
  2. Razak Baginda yg terang-terangan bersangkutan dgn kes jenayah pembunuhan Altantuya dilepaskan begitu shj, tiada tindakan susulan pun untuk didakwa. Polis negara katun!

    ReplyDelete
  3. rocky the great brown unused dick says: woitt CTT, lu punya geng2 team C dulu tara jadik contractor kaa? luit manyiak busat woo kasik angkat worang punya cirita.. angkat lesen sekuriti company bikin lia punyia business manyiak pining kapala wooo jadik kontlator lagi ngam, sindili mikin business maa.. haiyaa

    ReplyDelete
  4. Buang karan saja melayan si Alvin dgn Ali. Baiklah aset kontraktor kelas A hingga kelas F yang ada digunakan untuk menghentam kumpulan Abu Sayaf dengan MNLF. Boleh juga kasi hentam agensi dan safe house PRC di Mesia nih.

    ReplyDelete
  5. baru 2 @3 org lari ke luar negara dah bising....nanti klu BN kalah PRU x tau le berapa ramai pemimpin2 amno akan lari ke luar negara takut kena tangkap dgn kerajaan PR........hehehehehehe...cuba try tuko 1 kali.....tengok sapa yg kena..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???