13 March 2015

Tiga Kupang Tujuh Duit

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum masa kegawatan ekonomi Asia pada 1997... Duit kiter dengan duit Amerika Syarikat aderlah bersamaan dengan dua ringgit empat kupang bagi setiap satu dolar Amerika Syarikat... Yup... RM2.40 bagi setiap USD$1 ... Masa tue gua banyak berurusan bisnes ngan syarikat di Amerika Syarikat... Biler kegawatan ekonomi berlaku... Mahathir Mohamed "peg" duit kiter kepada RM3.80 bagi setiap USD$1 ... Walaupun masa tue volatility matawang kiter bergerak dari RM2.4 sehingga kepada RM3.65 dan berpusing-pusing sekitar tue... Tapi biasa la... Satu Asia kena...



Tapi la nih.. Takdee hujan takder guruh.... Tetiba jer merudum jatuh matawang kiter lagi jauh dari paras dulu... Sampaikan la nih... Nilai tue dah jadi level Singapura jer... Tiga kupang tujuh duit ja.... 37 sen Singapore ja untuk seringgit Malaysia ... Atau RM3.70 bersamaan dengan SGD$1 ..... Giler aaa.. Terukmyer pentadbiran kewangan Najib Razak... Lagi teruk dari zaman Abdullah Ahmad Badawi... Gabenor Bank Negara si Zeti Akhtar Aziz tue buat mender... Takkan tak reti nak mengawal kadar inflasi negara... Aiyo....

Hancuss... Dengan GST nyer... Aper lu ingat kalu GST jalan nanti pada hari April Fool tue... kadar tukaran asing negara nih akan kembali okey ka? Sori aaa.. Gua tak nampak akan kembali okeh... Mungkin jadi lebih teruk ader la... 

Dalam keadaan matawang kiter jatuh merudum nih bukannyer pelaburan asing masuk mencurah-curah,.. Tapi aper yang berlaku.. Satu demi satu syarikat dan pelabur asing lari meninggalkan Malaysia dan memindahkan operasi mereka di Malaysia... Tak payah jauh la... Dari ader 14 kilang besar Matsushita di Malaysia satu masa dulu... La nih tinggal berapa.... Berapa banyak yang sudah ilang dan tutup di Malaysia...

Aper yang gua nampak... Ader chan la nanti satu ringgit Malaysia akan jadi dua kupang lima duit Singapura ja... Itu pon kira nasib baik la... Takut jadi tinggal dua kupang ja... Ulamak dalam PAS ader ker nak bincangkan benda nih dan bawak kedepan.... Takdak... Jangan mimpi la... Bak kata member gua la... Diorang nih cuma dok seluk poket untuk bilang tasbih dua bijik ja.... Hahaha ... Takper la... Depa mudah sangat dapat harta sebesar Sentral Park ja... Cam kita nih... Kalo dapat harta sebesar liang lahad pon dah kira syukur rahmat... Hahaha

2 comments:

  1. 13:11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

    masih ramai yang tak mau berubah rasakan akibatnya

    ReplyDelete
  2. Anom March 13, 2015 at 7:27 PM.
    Apa yang anda perkatakan itu ada kebenaran nya. Semasa FGV nak di laksanakan dulu satu NGO yang di panggil "ANAK" membuang masa meredah keseluruh FELDA untuk menerangkan apa itu FGV. Pertubuhan ini bukan sahaja di herdik malah di kasari secara fisikal. Kini apa sudah jadi, saham nya terus merudum and the FELDA settelers has no says kerana saham buat mereka bukan satu lot, tetapi 800 unit sahaja. Ada kemungkinan saham FGV akan menjadi ASJ(amanah saham Johor). Yang membuat pinjaman Bank terus di buru dek hutang.
    Itu baru bab saham FGV yang memungkin kan para penorka akan terlepas tanah tanah yang mereka miliki kalau kaedaan ini terus "MEMBURUK".
    Bagaimana dengan prime land di Danga Bay, siapa yang menjual dan siapa pula pembeli nya. Di sebab kan itu penduduk Kampong Pasir, Tampoi yang berdarah biru pernah mengada kan tunjuk perasaan kerana kumbahan Indah Water akan di salur kan kekampong tersebut. Malang nya sehingga kini tidak terdengar lagi rintihan para penduduk di kampong tersebut. Bahasa mudah nya, mereka tak akan berubah walau pun puak "DULU, KINI dan SELAMA nya" sudah dengan terang menyusahkan hidup mereka seolah olah mereka reda di perbodohkan. Bila kah mereka akan berubah hanya ALLAH sahaja yang tau walau pun ALLAH tidak akan merubah nasib nasib mereka. Melayu jenis ini sebenar nya masih berkeliaran di FELDA FELDA dan di ceruk ceruk kampong.
    Yang terbaru merupakan rintihan keluarga kerana kos menyenggolah kan anak anak mereka. Yuran di mansuh kan tetapi bayaran untuk perkara perkara lain terus di kenakan dan kos nya melebihi yuran. Uniform pula pelbagai jenis. Tapi biasa lah mereka cuma merintih kepada sahabat handal sahaja bila tiba PRU atau PRK, lambang "SYAITAN" itu juga yang mereka pangkah.
    Bilakah agak nya bangsa ku berani melakukan perubahan?
    Berkaitan dengan teguran yang di harapkan di lakukan oleh para pemimpin PAS dalam hal ekonomi, rumit juga untuk saya mengulas kerana di dalam PAS sendiri ada Dr. Rosli bekas timbalan Governor Bank Negara, tak kan dia tak tahu apa yang berlaku.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???