01 April 2015

Satu Soalan ...

Bhai/DeeDee semua...

Benarkah dulu masa SST... hanya syarikat yang dapat perolehan RM3 juta keatas jer yang kena bayar SST??? Sebab tue la tak berapa perasan kesan percukaiannyer kepada masyarakat awam???

Dan...

Benarkah kerana GST .... had minima RM3 juta perolehan setahun nih diturunkan kepada RM500 setahun???.... supaya lagi ramai yang kena bayar cukai???

Awek Tolak GST : Awek Tolak Gasak Semua Teruna ??? Inai pon masih merah lagie ... hahaha


Errr..

Nak tanya satu soalan nih..... Kalu masa SST dulu tue terlalu banyak ketirisan yang berlaku dalam dana Kerajaan Malaysia.... macam mana dengan GST nih ketirisan boleh dihapuskan sama sekali??? Kalo yang sikit dulu pon dah tiris... la nih lagi banyak.... errr... lagi senang la "joli katak" ...

Kalo disemak audit yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.... Kastam aderlah antara agensi yang paling lorat dan mengarut sekali dalam penggunaan dana Kerajaan..... Tak percaya ka??? Pi la tanya Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) tue....

Hahaha


Contoh paling mengarut : FAREEDA ikut langkah MYDIN tanggung GST

Katanya FAREEDA absorb cukai GST 6% - Sumber  ..... tapi...
Tapi... nampak macam rakyat kena kencing ja konon FAREEDA nih absorb / tanggung cukai GST 6%


5 comments:

  1. Aha la bro....kalo harga tanpa sst dan tanpa gst. Sepatutnya brp??
    rm140 masa guna sst. Kira okay ....
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. hari hari mau kena jugak kencing

    ReplyDelete
  3. uih, C++ post komen aku tu, siap masuk posting lagi.
    Jawapan dia senang je sebenarnya. Kalau GST ni mendapatkan jumlah kutipan yang kurang berbanding SST, buat apa gomen tukar SST kepada GST?
    Betul, GST memang bentuk cukai yang lebih telus sebab semua kena tapi untuk apa tukar kalau bukan sebab memang nak dapatkan lebih pendapatan.

    Logik akal, bila kita ada masalah kewangan, perkara pertama kita akan buat ialah dengan mengawal perbelanjaan. Potong mana yang boleh potong, kawal mana yang boleh kawal.

    Ada orang bila ada masalah kewangan dia akan cari sumber kewangan lain sama ada buat part time atau tukar tempat kerja yang boleh beri gaji lagi tinggi.

    Cara kedua lebih susah nak buat dari cara pertama dan sepatutnya buat yang pertama dulu tapi yang kedua itu la yang didahulukan depa ni...

    Bila kita ada masalah kewangan dan kita tak kawal masalah itu dari membesar, tambah sumber banyak mana pun tak guna, masalah asal akan tambah besar akhirnya.

    ReplyDelete
  4. Ini jawapan untuk yang kes Fareeda dan juga Mydin

    Beza Termasuk GST (GST Inclusive) dan Serap GST (Absorb GST)
    Contoh:
    Jika Harga Termasuk GST = RM10.60
    Harga barang/servis = RM10.00
    GST = RM0.60
    Jika Harga Serap GST RM10.60
    Harga barang/servis RM10.60
    GST = 0
    Kalau supermarket tolong bayarkan GST:
    Harga Barang = RM10
    Pelanggan bayar = RM10
    supermarket keluar resit/tax invoice = RM10.60
    Makna supermarket tambah RM0.60 bayar ke gomen.
    ada orang sudah silap faham dan tambah parah menteri pun sama tak faham sudah war war kan suruh orang datang shopping kedai itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so dlm kes resit fareeda di atas, pelanggan bayar rm140 je la kn?

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???