04 April 2015

Senyap Lagi Sunyi



Kah Kah Kah.

Tidak sampai sebulan selepas kejadian terhempasnya pesawat GermanWings, semua data dari kotak hitam telah dapat dikenalpasti dan didedahkan kepada umum. Hebat tindakan pantas mereka ini. Team dari Peranchis memang cekap. Bukan macam team dari Amerika Syarikat atau British.

Kah Kah Kah.

Sudah lebih dari 6 bulan pesawat MH17 ditembak jatuh. Malah kedua-dua kotak hitam juga telah ditemui dan diambil untuk diproses datanya. Sudah jutaan ringgit dihabiskan untuk membayar puak pemisah demi dua buah kotak tersebut (walaupun kita diberitahu oleh Kerajaan Malaysia bahawa tiada pembayaran dilakukan). Dan kotak hitam tersebut telah diserahkan ke Britain untuk diproses datanya.

Kah Kah Kah.

Mungkin kita akan tahu isi kandungan dua kotak hitam MH17 keseluruhannya 30 tahun lagi agaknya. Mungkin juga sampai bila-bila kita semua tidak akan tahu apa yang berlaku kerana isi kandungan kotak hitam MH17 yang ditembak jatuh itu hilang maklumatnya. Apa yang disembunyikan dan apa yang cuba diubahsuai?

Kah Kah Kah.

Berapa juta lagi yang perlu kita keluarkan untuk mendapat tahu apa isi kandungan kotak hitam MH17. Terlalu banyak telah dibelanjakan semata-mata untuk mendapatkan kotak hitam dan jenazah mangsa MH17. Puak pemisah pun kita bayar, puak kerajaan Ukraine pun kita bayar. Itu belum masuk lagi kos yang akan dikenakan oleh pihak British dan Amerika Syarikat untuk kos operasi memproses data kotak hitam.


Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

3 comments:

  1. Duit GST kan ada...

    ReplyDelete
  2. belum jumpak oi bukan main lagi nyanyi kalau jumpak kotak hitam akan dapat selesai masalah
    dah jumpak tak jumpak pulak masalah dalam kotak hitam
    beserabut banyak mengarut

    ReplyDelete
  3. gatai pi hantaq kat dajjal british dan amarika tu pasaipaaa....ponggahhh...takut kena jatuhkan dari jawatan PM ka oleh tangan dan kaki dajjal di tanah air ku ini?? semuanya telah dirancang lebih awal???

    aymy8888

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???