14 August 2015

Jeng, Jeng, Jeng

Bhai/DeeDee semua...

Hehehe... Sebenarnyer banyak yang pelik dan fishy tenttang tindakan PDRM menyerbu, menggeledah, menahan dan merampas apa sahaja orang, dokumen atau peralatan elektronik sama ada keatas SPRM mahupun keatas beberapa pihak yang lainnnya dalam kes siasatan berkenaan kebocoran maklumat dalaman...

Ianya secara tidak langsung menimbulkan persepsi awam bahawa adalah benar berlakunya kebocoran maklumat dalaman yang diklasifikasikan sebagai rahsia/terhad yang mungkin melibatkan Akta Rahsia Rasmi (OSA)...

Maka tidaklah salah jika rakyat menuduh bahawa tindakan Najib Razak menamatkan kontrak Peguam Negara (Gani Patail) lebih awal daripada sepatutnya adalah disebabkan oleh isu kebocoran maklumat dalaman berkaitan dengan deraf kertas pertuduhan terhadap Najib Razak itu sendiri... Sama ada Peguam Negara bersekongkol dengan Mahathir Mohamed dalam isu ini rakyat tidak mahu tahu... Yang rakyat nak tahu benar atau tidak ujudnya deraf kertas pertuduhan itu...

Malah tindakan menukarkan dua pegawai kanan SPRM secara melulu juga menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Negara dilihat dipergunakan oleh pihak tertentu secara politik demi untuk menutup mulut SPRM... Tindakan ini juga memperlihatkan bahawa Ketua Setiausaha Negara hanyalah sebagai boneka dan mudah diperkotak katikkan....

Insiden ini memalukan.... Bila mana KSN dan KPPA dilihat bertindak sebagai balachi atau boneka sahaja.... Dimana mereka sendiri "tidak tahu" katanya berkaitan dengan insiden pertukaran dua pegawai kanan SPRM yang dibuat secara melulu... Siapa punya arahan nih? Memandai sajer buat keputusan tukar pegawai,..

Kepercayaan awam sekarang terhadap Najib Razak dan Kerajaan Malaysia sudah ditahap serupa macam lapik kaki sahaja... Bullshit ja... Hahaha... Karut... Lawak siot... Hahaha


1 comment:

  1. 1. polis menjalankan siasatan ke atas AGC tentang kebocoran maklumat 1mdb semasa siasatan dijalankan oleh AGC.

    2. Peguam Negara baru yg menafikan kewujudan kertas pertuduhan ke atas najib..

    dua perkara berbeza..awat bagi pembaca pening...

    aymy8888

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???