Bhai/DeeDee semua..
Urusan yang hidup keatas yang hidup, urusan yang mati keatas yang mati.... Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiuun.
Ramai orang menuduh yang bukan-bukan buat Al Marhum Mohd Sukri Saad.. Yer benar dia telah mati... dia telah meninggal dunia... Tapi adakah lu orang semua pasti yang kematian dia akibat dari kesan dia bunuh diri? Tidakkah mungkin Allah Taala ambil nyawa dia lebih awal seminit dua dari pada tindakan dia itu? Kita tidak tahu dan Allah Taala Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.
Soalan tentang tindakan dia tu gua takmo nak komen lebih lanjut sebab gua takder ditempat kejadian pada masa itu... tapi satu ja yang gua nak tekankan...
Semua ini berlaku akibat dari tindakan "pembuat dasar dan hukuman" iaitu Ahli Parlimen dan Kabinet.... Dasar hukuman atas penjualan rokok seludup diluluskan oleh Kabinet dan Parlimen... dan Kabinet dan Parlimen yang sama juga membuat dasar hukuman keatas rasuah dan salahguna kuasa...
Tidak kira lah sama ada Ahli Parlimen itu mengundi atau tidak, ponteng atau hadir.... semua mereka ini akan lebih awal ditanya oleh Allah Taala atas kejadian yang berlaku kepada Al Marhum Mohd Sukri Said.
Bersedialah lu orang wahai Ahli Parlimen untuk menjawab persoalan ini nanti depan Allah Tuhan Rabbul Jalil...
Sama jugak dengan para Sultan, Raja dan YDP Agong.... Lu orang tunggulah masanya nanti untuk berjawab depan Allah Taala.... Kalo asbab kematian Mohd Sukri Saad ini berlaku sebab Ahli Parlimen, Sultan, Raja dan YDP Agong tak amik pot... maka bersedialah lu orang kena balasannya lebih lagi daripada yang terkena pada Mohd Sukri Saad...
Nasib la lu orang... Patut lu orang semua tu sedar diri la....
Tunggu masa jer lu orang kena..... betul ... pastinya ada hukuman pada Mohd Sukri Saad... tapi pastinya hukuman pada dia taklah lebih besar dari hukuman yang akan kena pada Ahli Parlimen, Sultan, Raja dan YDP Agong.,....
Masak lah lu orang ooi...
Mana peginya Tuan C++? Lame beno tak update blog.
ReplyDeleteDia p bertapa laaa
DeleteYg Tuan Empunya Blog cuba ingatkan akan balasan diyaumil masyhar tu beriman ka dgn Allah dan hari aqirot ...?
ReplyDeleteKalau beriman, insya'Allah masa masih ada untok bertaubat, menyesal dan bertekad untok tidak subahat lagi dlm kerja2 kemungkaran dan kebatilan. Dan berpindahlah kepada kebaikkan.
lama tenggelam nampak?
ReplyDelete