07 February 2017

Tun Faizal Salah Fakta ...

Bhai/DeeDee semua..

Semalam masa gua balik dari Penang ke Kuala Lumpur naik pesawat Firefly, gua sempat berborak dan bersembang dengan Datuk Hafarizam Harun (peguam yang sinonim dengan kes berkaitan UMNO)... orangnya sempoi.. mudah didekati...  dan gua setuju dengan dia dari segi fakta kes berkaitan banglo Lim Guan Eng....  dan sempat gua tanya dia ader sempat makan Nasi Kandaq tak sebelum naik flight... dan dijawab sempat jugak.. hahaha

Bhai... bila bab perundangan (legal) gua biasanya based kepada fakta... tak kira la  sebelah mana pun gua takkan side kalu fakta kelaut... kalu setakat fitnah atau sembang gempaq gua tak layan..

So... dalam kes kenyataan Tun Faizal ni (yang boleh dibaca di Malaysiakini)... fakta yang diutarakan amatlah kelaut...

Pada 1993 semasa kes FOREX BNM ni jadi panas... kes ini disabitkan dengan Nor Mohamed Yackop ... seorang mamak yang menjadi Timbalan Gabenor BNM... dia diturunkan jawatan dan dipindahkan... tapi masa Abdullah Ahmad Badawi naik dier dilantik jadi Menteri Kewangan Kedua... kes ini berlaku atas sebab kuasa autonomi yang dimiliki oleh BNM dalam urusan berkaitan dana. 

Manakala pada kes BMF dan Carrian pulak .... Menteri Kewangan bukan dipegang kuasanya oleh Perdana Menteri.. masa ini Menteri Kewangan adalah Tengku Razaleigh... dan yang jadi kambing hitam adalah Lorraine Esme Osman yang akhirnya membawa semua fakta kes masuk kedalam kubur setelah beliau meninggal dunia... Urusan meluluskan pinjaman Kumpulan Carrian dilakukan oleh pihak berkepentingan yang dipengaruhi oleh kuasa politik UMNO ketika itu..

Betul masa kedua-dua kes Mahathir Mohamed sedang menjadi Perdana Menteri dan sepatutnya beliau tahu semua bahan fakta kes dan hasil siasatan.. tapi tidaklah dia yang terbabit dalam kedua-dua kes ni...

So.. Tun Faizal.. tolong semak fakta yer... huhuhu...


*** takder maknanya gua nak bekap Mahathir Mohamed... buang masa jer... hahahaha

Ader paham ka???

1 comment:

  1. ah apa nak herang dah terang pung
    sapa punya kerja selama ni
    harap kuasa saja melindungi segala kemungkaran
    cilako amno

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???