18 January 2018

Jangan Bertanding Di Kelantan

Bhai/DeeDee semua...

Dulu gua pernah bagitau pimpinan AMANAH supaya lupakan hasrat untuk bertanding di Kelantan pada PRU14 ni....  Malah gua ader juga sampaikan point yang sama kepada kepimpinan Pakatan Harapan.....

Gua cakap kat diorang... Sila jangan bertanding di Kelantan.....

Biarkanlah UMNO/BN sahaja yang bertembung dengan PAS di Kelantan.....

Ini semua sebab..... kitorang dah maklum bahawa UMNO/BN akan menang di Kelantan pada PRU14 ni..... dan biler PAS kalah di Kelantan, maka PAS akan menyalahkan semua pihak yang lain yang kononnya menyebabkan PAS kalah di Kelantan.

Bila berlaku kekalahan pada PAS di Kelantan, secara otomatik PAS akan menyalahkan Pakatan Harapan termasuk AMANAH atas kekalahan mereka. Dan mereka takkan sedar bahawa kekalahan PAS di Kelantan adalah disebabkan oleh tindakan mereka sendiri.

PAS memang takkan sedar sampai bila-bila...

Sama macam kekalahan PAS di Terengganu yang sepenggal sahaja memerintah dimana mereka sampai kehari ini menggunakan isu pengundi hantu sebagai penyebab kekalahan mereka dan tidak langsung menyedari kelemahan dan kecuaian mereka mentadbir Negeri Terengganu sebagai punca sebenar mereka hilang kuasa memerintan Terengganu.

PAS memang takkan sedar sampai bila-bila....

Hahahaha

3 comments:

  1. Org kelantan dh taknak nik amar. Buat statement sesuka hati. Bercakap mendabik dada.

    Isu ecobit pun dah diam..

    ReplyDelete
  2. Segala-galanya PAS tak sedar diri. Oleh sebab itu, abaikan PAS. Utamakan "kita" - Pakatan Harapan. Kita perlu meninggalkan beban (kerenah PAS) yang memang hampas tu.

    ReplyDelete
  3. Saranan kamu itu ada benar nya.Saranan itu boleh di umpamakan saperti se seorang yang berbelanja di kedai yang menguna kan timbangan "KATI" di mana si penjual boleh mengubah mata dacing. Selalu nya yang tertipu ada lah pembeli, terutama orang ME-layu kampong, FELDA dan luar bandar. Dek kerana itu lah si peniagga boleh menjadi kaya raya dengan sekelip mata. Begitu lah degan UMNO/BN dan PAS yang bukan di era TGNA. Kini rakyat Kelantan sudah mulai terjaga dari mimpi indah dan mereka aku perhatikan sudah mula mengorak langkah untuk melakukan perubahan. Saranan PAS yang mengatakan "AKAN MASUK NERAKA" sesiapa yang tidak bersama dengan mereka sudah tidak terpakai lagi. Begitu juga dengan UMNO/BN yang di lihat berterusan memporak perandakan kehidupan rakyat terbanyak. Andai kata kalau salah serorang dari mereka di beri kuasa, pasti tiada perubahan.

    Dek kerana itu mereka perlu terlibat dalam Pilihan Raya. Biarkan lah Rakyat Kelantan menentu kan siapa yang mereka suka.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???