13 September 2018

Malang Sungguh Lar ...

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari gua dipanggil untuk bagi sesi pencerahan dan perkongsian ilmu dalam isu hibah, wasiat dan faraid.... benda yang dah lama ader dalam knowledge gua.... salah satu bidang kepakaran gua.... jadi gua citer la dari A sampai Z....

Hampir semua yang hadir dalam sesi ini adalah ahli Parti PAS.... dan ramai jugak mutawwif umrah yang hadir... rata-rata ramai.yang blurr tentang hibah, wasiat dan faraid .... termasuk isu wasi ...

Dalam bab faraid misalnya... ramai yang kata tak adillah isteri dapat 1:8 manakala ibu bapa dapat 1:6 .... malah ramai yang tak puas hati kenapa saudara lelaki sebelah suami yang dapat lebih faraid berbanding isteri...

Huhuhuhu.... diorang lupa agaknya Allah itu Maha Adil... ader sebab Allah Taala buat macam itu.... supaya tanggung jawab terhadap anak-anak yatim itu jatuh kepada saudara lelaki si suami... haram hukumnya makan harta anak yatim.... walaupun sekupang...

Dari apa yang gua nampak... rupanya ramai yang tak tahu apa itu hibah, wasiat dan faraid ... walaupun rata-rata mereka ini ada ilmu agama..... jadi biler gua tengok kat mana-mana la ni orang yang dok kepoh pasai isu sebatan syariah yang dilaksanakan di Terengganu terhadap dua orang yang mengaku lesbian... nampak benar orang-orang ini kurang ilmu agama walaupun dikatakan mereka selalu mendapat tarbiah...

Kesian... diorang ni nampak sangat blurr tentang Hudud, Qisas dan Ta'azir.... adoilah.... Tok guru diorang pon main citer secara borong ja....dan diorang pulak takmo bertanya... sebab diorang main ikut patut totok ja tanpa berselidik bertanya...

Macam kes RUU355.... kalu lu tanya 10 orang penyokong RUU355... sure lu akan dapati 9 darinya yang blurr... biler lu tanya lebih sikit... lu akan kena label Anti Islam... Anti Agama... Kafir... Sesat dan Ahli Neraka ... sebab pada diorang RUU355 itu adalah Hudud..
.... walhal mereka yang lu tanya tu blurr nak mampos tentang Hudud, Qisas dan Ta'azir....

Huhuhu.... dan itulah senarionya....

Dalam kes sebatan syariah yang dilaksanakan di Terengganu tu... ianya terletak bawah bidang Ta'azir.... so Ta'azir nih adalah ikut keputusan pemerintah... dan ianya boleh berubab ikut zaman, masa dan keadaan.... dan Ta'azir nih adalah bukan Hudud....

Macam dalam kes mencuri potong tangan... ianya bukan semudah apa yang Nik Amar (TMB Kelantan) dok sembangkan tu... sebab hukum mencuri potong tangan tu ader banyak peringkat perlaksanaannya... bukan jatuh hukum kali pertama jer terus potong tangan.... Allah Taala tak sezalim itu la bhai... lagipun Islam Itu Rahmat Sekalian Alam...

Kalu berminat nak tau camana perlaksanaan hukuman bagi kes mencuri yang dikatakan potong tangan tu... boleh ja jemput gua bagi tazkirah dan pencerahan.... takder hal punya...

Pernah ader satu persatuan Cina Terengganu panggil gua bagi talk isu potong tangan ni pada tahun 2010 dulu ... ramai gak yang hadir ... ader la dalam 400 ker 500 orang.... Diorang terkejut biler dengar pencerahan yang gua bagi tue dan kata diorang.. kenapa tak sama dengan apa penerangan yang orang PAS citer kat diorang....

Gua cakap... Orang PAS yang bagi talk tu sure tak stadi abis bab ni dan citer main borong jer....(sama macam Nik Amar) huhuhu.... Sebab untuk melaksanakan potong tangan pun hanya boleh dibuat setelah semua tuntutan lain dan hukuman lain dilaksanakan.... pendidikan, nasihat, amaran dan tahanan selesai dilaksanakan baru lah boleh proses potong tangan ini dibuat... bukan boleh suka-suka ja potong tangan...

Benda ni panjang kalu gua nak citer.... penat nak tulia.... . berminat kalu.. boleh anjurkan sesi Teh Tarik, Forum atau Taklimat..... takder hal....

Ader paham ka???

5 comments:

  1. Kalu ikut posting ni, lu anti Hadi so ikut lojik, Lu pun anti Umno yg Hadi and Geng dok bela.

    Posting lepas2 lu bising tak tenth pasal, ABAI Langkah PD Anwar. Langkah PD yalah Ayahanda punya janji masa tubuh PH tumbangkan Najib and Geng Klepto.

    So lu tak Geng dgn Anwar dan ikut lojik jugak tak setuju Ayahanda pass baton PM kpd Anwar bila masa yg sesuai. Masa yg sesuai utk bawa masuk Anwar keParlimen bantu Ayahanda dan Menteri2 baru PH yalah sekarang kerana Ayahanda patah sayap Muhyudin yg paling kanan kena cancer dan Najib, PAS dan kroni2 klepto tgh serang hendap hebat sekali.

    Dgn Shafee akan di caj AMLA, Najib akan buat serangan berani mati gila2 lagi.

    So Lu di posisi mana? Adakah agensi ajar lu politik cari makan pusing keliling? Memang patut lah tak kemana, tadak tulang belakang.

    Patut jadi Spy perempuan yg tulis surat mintak tolong CIA tu lepastu jadi mules Najib tukang bawa balik duit curi 1MDB pakai lesen spy diplomatic pass. Sedut duit yg tempias diPMO.

    ReplyDelete
  2. Aku setuju anwar bertanding PRK. Xde masaalah tapi aku setuju kalau anwar bertanding di kerusi wan azizah atau pun nurul izah. Apa barang anak beranak duk berkumpul dlm parlimen. Pasal hukum hakam ni mmg byk hanya main borong bahawa yg berkaitan dgn mahkamah syariah je di kira hukum Allah atau hudud. Berlainan skit je hujah maka di kira antihudud atau anti islam. Tapi yg aku x tahan bila hujah hadi awang berkenaan undi MCA, MCA hanya serang hudud tapi x serang PAS.....PAS lebeh tinggi status dari hukum Allah kalau ikut kefahaman hadi awang...ke guane ding...kahkahkah

    ReplyDelete
  3. waaa, lu manyak pandai ler, spy lu pandai, politik lu pandai, agama pun lu terrer. wa manyak suspek, eh respek sama lu.

    ReplyDelete
  4. Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta. Dan untuk dua orang ibu-bapak, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapaknya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar utangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    kalau ahli pas pun tak pahamm kalau bukan ahli pung sama jugak ynag tak paham kan soal ni
    ynag penting tahu hukum bab harta pusaka wasiat hibah faraid
    bila ada masaalah pi tany akan orang tahu

    Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    potong tangan manyak syarat nak buat
    hukum lani pinjara pencuri awat tak buat semua tuntutan lain dan hukuman lain dilaksanakan.... pendidikan, nasihat, amaran dan tahanan selesai baru pinjara
    awat terus pinjraaaa macam gampang aja bunyinya

    yang penting hukum potong tnagan diujudkan dulu soal bila nak potong itu
    boleh ditentu kendian
    bila ada hukum potong baru ramai ynag nak mencuri pikir bnayak kali
    kalau curi jugak memang layak pung dipotong
    apa kejadah nak kesiang kesiang
    Allah pung tak kesiang kat manusia jenih ni
    lepas potong tnagan wajib bertaubat
    tak payah duk pinjara buat abeh duit nak bagi pencuri makan kedarah

    kalau kesian kat pencuri jnagan lapor bila harta anda dicuri
    senang saja kannnn

    kapir tak mau hukum hudud ok
    tapi kalau buat hal ngan ornag islam dapat tangakp cukup bukti syarat
    hukum tetap ikut hukum Allah
    baru kapir tau takut nak kacau ornag Islam
    hukum Allah untuk jaga orang beriman khasnya umumnya kapir
    dah kapir tak mau hukum Islam kpair pakai hukum ynag duk ada lani

    macam puak kapir pi jumpa Nabi unutk jatuh hukum puak depa yang buat salah bila dah Nabi jatuh hukum puak kapir tak mau ikut
    nak pakai hukum kapir punya ok saja
    adilkan . apa lagi kapir n puak munapik tak puas hati

    Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya

    kalau ikut hukum ni hukum nya lagi berat

    Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

    1 kali iblis ingkar perintah Allah jadi kapir
    kalau ada orang yang bnayak kali ingakr perintah/hukum Allah
    jadi kapir atau apaaaaa?????
    pikir sendiri sendiri la sebelum nak tidur
    sambe letak lengan atas dahi

    ReplyDelete
  5. Geng Lebai sembang bab seks dan nikah kahwin baru lebat beb. Ramai Melayu Islam penuh surau sampai budak bawah umur pun angkut dengar. Kalau bab faraid, pusaka dan harta sepencarian selepas cerai mau balik tidur rumah diorang ni bro.

    Yang bagi perhatian tu mesti pasal dia termasuk dalam 1/6 dan 1/8. Tamak haloba dan gelojoh nak harta bekas laki atau mak ayah. Sampai kena bawa court. Hahahaha...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???