04 November 2018

Belanjawan Setakat Sembang Jer

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua... Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan agak kelaut lar... Tiada dasar yang boleh menarik minat pelaburan asing... Tiada inisiatif untuk FDI ... Tiada hala tuju yang jelas untuk memacu ekonomi negara agak kembali menjadi Harimau Asia.

Malah tiada pengemblengan modal dalam membentuk dan memacu sumber-sumber K-Economy yang mampan dan berdaya saing... Malah penambahbaikan jalur lebar fiber optik yang disediakan peruntukannya dalam Bajet 2019 nampaknya hanya akan dimanfaatkan oleh satu pihak sahaja yang memonopoli prasarana infrastruktur.... Tiada jaminan yang menyakkinkan bahawa Revolusi Industri 4.0 tidak akan tersangkut oleh kemandoman Telekom Malaysia (TM)..

Setakat yang gua nampak... Tiada usaha kukuh untuk memacu Cyberjaya dan MSC yang ditampilkan dalam Belanjawan @ Bajet 2019... Malah usaha-usaha melestarikan sumber tenaga boleh diperbaharui pun tidak mendapat spkongan padu dan diterjemahkan dalam Belanjawan 2019.... Impak negatif daripada penggunaan bahanapi fosil pun tidak ada dalam perkiraan Bajet 2019.

Setuju dengan peruntukan yang disediakan kepada bidang Pendidikan... Tapi agak merisaukan kerana selama ini Kementerian Pendidikan dikuasai oleh pemain yang tidak kompeten dan kroni yang mengaut untung membekalkan peralatan dan perkhidmatan yang sub standard pada harga berlipat kali ganda... Contoh nyata dalam dalam proses pembekalan buku teks yang mengarut dan tidak relevan dalam konteks budaya pendidikan negara.

Malah kita semua memang mengetahui banyak kontraktor lahanat yang menguasai industri pembinaan bangunan dan infrastruktur yang berkaitan Kementerian Pendidikan... Contoh nyata adalah syarijat yang mendapat konsesi membekalkan minyak diesel dan sistem solar hybrid di sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.... Mengarut dan penuh lahanat...

Jadi... Bajet 2019 pada gua memang mengarut dan akan membiakkan lagi amalan rasuah disegenap perinkat disamping tidak akan menjana FDI dengan lebih berkesan bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0

2 comments:

  1. pusing pusing rakyat jugak kena kencing
    dah lama dah bau hancing amnopakatan
    gaji depa libulibu 1 bulan
    ada rakyat nak dapat 1 libu pung tecungap cungap
    rakyat tengok bebuluuu

    janagn tungu smapai depa pakat meruahhhh

    ReplyDelete
  2. sembang la ko tenuk

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???