05 March 2019

Kesian Kena Tinggal

Bhai/DeeDee semua...

Dulu biler blogger AdukaTaruna buat sesi terjah Abdul Hadi Awang di Rusila ditemani dengan gua dan sorang lagi kawan... berkenaan isu penyatuan UMNO dan PAS (pada masa itu dikenali sebagai  Kerajaan Perpaduan)... bukan main kecoh alam siber dan alam real menyalahkan kitorang... malah ada episod belasah dan tahan oleh pemuka-pemupa PAS di Masjid Rusila... Diorang kata kamilah yang bawak fitnah berkenaan penyatuan UMNO PAS ni...

La ni... terbukti apa yang kami dah kesan awal tu adalah benar belaka... dan memang dari kes terjah di Rusila tu ... hilang respek gua terhadap Abdul Hadi Awang... dua sebab gua hilang respek... pertamanya adalah sebab Abdul Hadi Awang telah terbukti menipu (masa tu) bila mana dia telah menipu dalam satu mesyarat dalaman PAS yang mana dia mengatakan bahawa tiada usaha untuk kerjasama dengan UMNO masa itu walhal bukti telah ada) dan keduanya apabila beliau sebagai seorang tuan guru telah membiarkan berlakunya kekasaran terhadap AdukaTaruna dilakukan oleh pemuda PAS tanpa berniat untuk menghalang atau meleraikan.

Hilang respek sejak itu sampailah sekarang kerana Abdul Hadi Awamg telah dikesan kerap menipu dalam beberapa kenyataan yang dibuatnya...

Even Parti Ikatan pon kena tipu buta-buta sahaja yang mana sekarang ni Parti Ikatan telah ditinggalkan begitu sahaja setelah termetrai kerjasama UMNO PAS...

Walaupun gua tetap ahli PAS sampai la ni dan akan datang.... tapi gua hilang respek dengan ramai pimpinan PAS yang asyik kerap menipu demi untuk kepentingan politik dan peribadi mereka... Maaflah yer... Rosak Islam kerana penipuan semacam dibenarkan oleh golongan yang katanya hebat ilmu agama.

8 comments:

  1. Peliklah bhai..kalo dah ketua PAS suka menipu kenapa masih kekal jadi ahli PAS bhai? PAS bukan agama. Teman sokong PAS sejak kecik dan jadi ahli PAS tahun 1997. Bila PAS dah mengarut teman tinggalkan PAS.
    #Rindu pada Allahyarham TGNA.

    ReplyDelete
  2. Walaun penganut Agama Bohong Syarie yang taat boh.

    ReplyDelete
  3. pas hhanya akan pulih bila geng lebai yg sarat dgn masaalah 90juta atau lebih digantikan..TIADA APA2 PEMBAIKAN DARI MEREKA..MUHASABAH DIRI...NO NO..NO..NO.HANYA BEBERAPA PIMPINAN PROfesional, YG CLEAN,seperti dr samsuri,ir iskandar,dr yunus,dr halimah dan beberapa pimpinan pemuda dibawah..PAS TERLETAK DITANGAN MEREKA...DEWAN ULAMAK- MMURSYIDUL AM & SETIAUSAHA DEWAN ULAMA PUN TERPALIT......KERJASAMA DGN UMNO...YG UNTUNGNYA SIAPA? PRK...PKR=3,DAP=1,UMNO=2,PAS=0..0. &.0.Serupa analisis rasuah pas,pra pr14,bn=73,ph=21,pas=0...0...0 pas tapi bila kena SPRM NILAINYA tinggi nilainya 90...200juta..

    APA PERJUANGAN PAS,SEBENARNYA?
    HUDUD....DAH LAMA RUYUUUUP.
    RU355....HILANG BERSAMA BOSSKU..

    YG TINGGAL PERJUANGA PAS SEKARANG NI"
    SELAMATKAN PEMIMPIN2 YG ADA KENA-MENGENA 90JUTA-200JUTA,BOHONG SYARIE DIHARUSKAN

    TIDAKKAH MEREKA AMBIL IKTIBAR DARI NASIHAT TGNA,JGN MASUK LUBANG ULAR KA2 KALI.

    Menangis sebak,bila terkenang nasihat TGNA..ALFATIHAH UTK TUAN GURU NA.

    ReplyDelete
  4. Al kisah si tua kerepot 60 tahun nak kahwin tiga. Bini muda berkenan di hati rupanya janda umur 60 tahun juga. Kahwin sampai ke lubang kubur jawabnya. Nafkah tiga bini banyak diabaikan terutamanya bini tua yang sudah merengek sebab sudah tidak laku. Giliran laki tua kerepot 60 tahun asyik dikebas bini muda yang sama kerepotnya. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

    ReplyDelete
  5. barua umno dalam pas baru keluar gua.

    ReplyDelete
  6. hadi (versi islam) = mahathir (versi sekular) = kit siang (versi cina) = janji tak boleh pegang (ala yahudi), cakap asyik kelentong.

    itu sebab tiga orang ni dapat bertahan lama. orang lurus (tipu sikit-sikit) dan ikhlas (mungkir janji sikit-sikit) takkan ada tempat dalam politik malaysia, sebab orang malaysia amat seronok bila ditipu dengan kerap.

    akhirnya orang islam sokong hadi, orang sekular sokong mahathir, orang cina sokong kit siang, semua dah cukup, apa lagi orang malaysia mau.

    ReplyDelete
  7. Klu dah lobai nafsu sama dgn penyangak umno. TAK11 = RM 100,000. Elokla pun kahwin...

    ReplyDelete
  8. Incik Perisek...

    Saya tak minat cerita terjah Hadi ka 90 juta ka apa ka...

    Yang saya tau sekarang semua benda nak kena jual...

    Petronas pun ada kura-kura kata nak kena jual...

    Jual kat cukong mana?

    Haa yang ini kita tak tau!

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???