18 May 2019

Perginya Ikon Marhaen Mustad'afin

Bhai/DeeDee semua..

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun

Semalam gua dapat berita sedih ni.... Berita pemergian SM Idris... Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ..... itu pon gua dah lewat dapat tahu... sekitar Maghrib...

Sedih... Memang sedih...



Gua kenal secara peribadi dia ni lebih 35 tahun..... Orangnya memang baik... Memang lemah lembut bila bercakap.... cuma tegas dalam memperjuangkan hak rakyat.. memperjuangkan hak marhaen mustad'afin.... memperjuangkan hak pengguna.... dan memperjuangkan agama...

Semasa hayatnya..... takder sapa nak bagi dier pingat ka... gelaran ka.. tak kisah la dari Negeri dia ka.. atau dari Negara Malaysia..... orang macam dia dikira tak layak nak dapat apa-apa.... tapi ketua gengster kongsi gelap... ketua judi... ketua sakau harta rakyat.. ketua sakau harta negara.... dah sebagainya boleh pulak dapat pingat dan gelaran..... Cilaka punya pada Dewa dan Dewata Raya....

Apa pun... SM Idris bukan jenis kebuloq pingat dan gelaran....  tak hadap dier dengan semua pingat dan gelaran ni..... itu semua karut.... yang bagi pingat dan gelaran tu pon bukan lah tinggi sangat darjat atau baik sangat perangai dan kelaku,.... huhuhu

Belasungkawa untuk keluarganya... semoga semua bertabah...

Al Fatihah buat salah sorang mentor gua...

7 comments:

  1. Kalo ade pingat pun tak guna kat dia skang.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun.. .. Semoga arwah ditempatkan bersama org beriman... . Percaya tak saya pernah jumpa arwah ni.....i think its him

    ReplyDelete
  3. Jumpa arwah masa zaman saya di maktab..... Saya masuk Persatuan Pengguna.... Kami buat kursus diCAP Pulau Pinang 3 ari 2 mlm.... I still can remember him.... Seorang yg sgt baik.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu. Semoga beliau khusnul khotimah

    ReplyDelete
  5. إنا لله و إنا إليه راجعون
    أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسٌؤلُ اللهِ

    Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah,
    Tuhan semesta alam

    setiap kematian itu satu pengajaran bagi kita

    kalau hidup kita tak berpegang pada apa yang kita janjikan ngan Allah
    selepas kita dimatikan
    di alam barzah binasalah kita
    di hari hisab betambah azab untuk kita

    Hai jiwa yang tenang.
    Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya.
    Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
    dan masuklah ke dalam surga-Ku.

    macammana nak dapat hati yang puas lagi diridai-Nya
    kena ngaji baru tahu

    ReplyDelete
  6. Aku bila beli sabun basuh baju banyak dapat pinggan. Pingat? Tak pernah tengok pun!

    Nick.
    Cap[e Tiger.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???