14 October 2019

Sel Pengganas

Bhai/DeeDee semua...

Biler bercerita bab pengganas nih... kiter tak boleh nak lari dari membicarakan berkenaan sel pengganas.... Sel pengganas nih ader banyak bhai... aper yang gua citer nih berdasarkan takrifan Agensi yang mana gua pernah bertugas dulu...

Okeh.... dalam mana-mana organisasi pengganas (semua serupa dari segi modus operandi) .... kita boleh pecahkan kepada beberapa "Sub-Sel"


  • Sub-sel kepimpinan / pentadbiran
  • Sub-sel propaganda / dokumentasi
  • Sub-sel kewangan / dana
  • Sub-sel pertahanan / serangan 
  • Sub-sel indoktrinasi / brainwash
  • Sub-sel rekrut / keanggotaan
  • Sub-sel penyusupan / agen
  • Sub-sel politik
Antara semua nih..... ader 3 sub-sel yang dipecahkan lagi kepada banyak pecahan sub-sel yang lain. Sub-sel yang tiga ini adalah.

  • Sub-sel kewangan / dana
  • Sub-sel rekrut / keanggotaan
  • Sub-sel politik
Dan ketiga-tiga sub-sel yang dinyatakan ini memang cukup cepat untuk disebarluaskan kepada orang awam yang lain atas beberapa sentimen sama ada sentimen kaum, sentimen bangsa, sentimen negara mahupun sentimen agama... Dan sentimen yang paling cepat sekali dipergunakan oleh mana-mana organisasi pengganas adalah sentimen kaum dan sentimen agama...

Sebagai contoh.... dalam banyak kes yang di caj dibawah Anti Money Laundering and Counter Terrorist Funding Act (AMLCTFA) yang melibatkan beberapa individu dan organisasi diseluruh dunia, hampir keseluruhan dana yang terlibat disalurkan atas sentimen kaum dan agama.

Tahun 60'an hingga 90'an kebanyakan organisasi pengganas dapat memanipulasikan sistem perbankan awam dengan memindahkan dana-dana berskala besar untuk operasi keganasan mereka dengan mudah tanpa pemantauan lengkap oleh mana-mana pihak berkuasa dengan mengambil kesempatan atas pemindahan dana kononnya atas sebab organisasi agama.... 

Namun mulai pertengahan 90'an, semua transaksi walau untuk organisasi agama sekalipun tetap tidak lepas dari pemantauan.... Semua pihak berkuasa di seluruh dunia telah menggerakkan operasi pemantauan ini..... Namun ianya agak terbatas kerana pemantauan ini hanya boleh dibuat jika melibatkan mana-mana institusi kewangan.

Amat diketahui bahawasanya organisasi pengganas kini sudah beralih kepada pembiayaan dana melalui tunai pada skala kecil tetapi kerap melalui beberapa "keldai akaun" atas nama sentimen agama.... dan keldai akaun ini adalah sebenarnya agen-agen "sub-sel kewangan" organisasi pengganas.

Sebab itulah banyak sumbangan awam atas nama agama yang akhirnya sampai kepada organisasi pengganas nih kerana sumbangan ini tidak diaudit.... hanya sekadar kutip dan simpan....  serta disalurkan....

Dan dalam konteks ISIS, DAESH dan pelbagai lagi organisasi pengganas agama Islam nih... jangan terkejut kalu ader Ostad-Ostad selebriti yang juga terlibat sebagai agen "sub-sel kewangan / dana" sama ada mereka sedar ataupun tidak ..... tapi mostly nyer mereka sedar...

Hehehe.... Memang dah lama dalam pemantauan nih...

Ader paham ka???

2 comments:

  1. ISIS, DAESH sapa mula taja
    sel darah perlu dijaga
    kalu tidak sakit melanda
    diserang pengganas kuman ni lagi bahaya
    utamakan keselamatan diri dulu

    pati politik pun ada sel jugak
    semua ada sel jahat atau baik
    jabatan n ajensi pun ada sel jugak
    sel perlu untuk kehidupan
    minyak shell jugak perlu
    dunia hanya sementara semua akan musnah

    Dan mereka bertanya kepadamu tentang gunung-gunung, maka katakanlah: "Tuhanku akan menghancurkannya (di hari kiamat) sehancur-hancurnya,

    ReplyDelete
  2. Ada 1 sub-sel yg ko tertinggal. Sel nie bergerak secara individu tanpa diarah oleh mana2 organisasi. Sel nie berjuta2 bilangannya, boleh mati tapi membiak balek dgn subur. Sel ini dinamakan sel otak.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???