02 May 2020

Jangan Gaduh-Gaduh

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Ramadhan masa PKP nih jangan gaduh-gaduh lar... okeh... be cool.... Hahaha


2 comments:

  1. Nanti akan ada seorang ni yg akan beri komen guna ayat Quran tanpa adab...

    Orang dah tegur jangan ungkap ayat Quran tanpa disertakan nama & nombor ayat....berdosa & tak beradab....tapi dia buat "pekak & buta" jer...

    Dia nak menasihat orang TAPI caranya tak betul + berdosa + tak beradab...

    "Dalam ke-rendahan diri wujud ke-sombongan yg melampau"

    Free-free jer dapat dosa boss...

    Ikut suka ko lah boss....Kubur sendiri2...

    ReplyDelete
  2. antara Perkara-perkara yang merosakkan puasa

    Maksiat Lidah
    "Siapa yang tidak boleh meninggalkan kata-kata maksiat dalam bulan puasa, ALLAH tidak perlukan dia meninggalkan makan dan minum."
    Ertinya tiada gunanya puasa seseorang yang tidak dapat meninggalkan maksiat lidah.
    ALLAH murka kalau kita boleh meninggalkan yang halal (makan dan minum) tetapi tidak yang haram (maksiat lidah).

    Selain dari itu, hendaklah memelihara lidah dari berkata-kata tentang perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat seperti berbual tentang keduniaan atau menyanyi-nyanyi. Ini semua akan mengurangkan pahala puasa kita dan merosakkannya.

    Maksiat yang terbit dari pandangan mata.
    Pelihara pandangan mata dari melihat perkara-perkara yang dilarang seperti menonton filem yang kurang sopan, melihat aurat orang, memandang seorang dengan keinginan nafsu.

    Maksiat yang terbit dari tangan dan telinga.
    Maksiat dari kaki.
    Maksiat yang terbit dari perut.
    Maksiat kemaluan.

    Membuka aurat.
    Membuka aurat bagi lelaki dan wanita hukumnya adalah haram dan berdosa. Maka itu puasanya pun rosak kerana melakukan maksiat yang diharamkan ALLAH.

    Meninggalkan sembahyang fardu.
    Orang yang meninggalkan sembahyang fardu adalah telah melakukan dosa besar. Orang yang berpuasa Ramadan tetapi tidak menunaikan sembahyang fardu yang lima waktu tetap di dalam dosa walaupun puasanya itu sah

    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???