07 October 2020

YDP Agong Tidak Boleh Mengelak

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya ramai rakyat yang tahu bahawa Muhyiddin Yassin memang tidak ada cukup majoriti semasa dia dilantik menjadi Perdana Menteri... tapi yer la... rakyat tak boleh nak bising kerana pada masa itu rakyat masih mempunyai respek yang tinggi kepada YDP Agong yang kelihatannya tidak bias.

Tapi... selepas beberapa bulan ini.... dan selepas beberapa insiden berlaku... kelihatan YDP Agong sendiri kelihatan agak bias.

Itu satu isu persepsi yang YDP Agong sendiri telah lakukan dan seeloknya diperbaiki persepsi ini bagi memperlihatkan ketinggian darjat golongan Diraja. Kita rakyat tidak mahu Sultan dan Raja-Raja Melayu yang berpihak dan bias. Kita rakyat mahukan golongan ini menjadi satu penyatu dan pelindung kepada Bangsa Malaysia.



Apa pun.... sekarang katanya Kabinet telah dinasihatkan "self quarantine" ... dan jika ader 3 orang ahli Kabinet Malaysia yang meninggal dunia akibat dari wabak Covid-19 .... maka YDP Agong sudah tidak boleh mengelak... tidak lagi boleh menangguhkan pertukaran pemerintahan Kerajaan sedia ada dari Perikatan Nasional kepada Pakatan Harapan.

Ini kerana Pakatan Harapan mempunyai cukup majoriti dan dari sudut perundangan Perlembagaan maka selayaknya PH menerajui kepimpinan Kerajaan Malaysia. Jika YDP Agong cuba untuk melengah atau dilihat tidak membenarkan perubahan ini berlaku, maka kemungkinan besar keputusan YDP Agong itu boleh dicabar di Mahkamah.

Sekadar mengingatkan je.

3 comments:

  1. Dalam menegakan hukum yang bertujuan tercapainya keadilan serta kemashlatan bersama.
    Rasulullah SAW tidak pandang bulu, tidak melihat latar belakang.
    Tidak melihat apakah ia pejabat, atau bangsawan.
    Orang yang dekat dan dicintai Rasulullah saw tidak menjadi jaminan untuk lolos dari hukuman.

    Fatimah binti Muhammad, putri tercinta Rasulullah SAW pun tak luput dari hukuman jikalau ia mencuri.
    Bahkan beliau sendiri yang akan menghukumnya.
    Terlihat bagiamana Rasulullah SAW bersikap profesional dalam melaksanakan tugasnya.

    Kekuasaan, kemuliaan, dan keutamaan pada dirinya tidak digunakan secara semena-mena. Beliau tidak melebihkan satu dengan yang lainnya jika sudah memasuki ranah hukum.
    Termasuk darah dagingnya sendiri yang beliau cintai.

    Inilah sosok pemimpin sejati dan profesional; mempunyai sikap tegas dalam memutuskan suatu perkara. Bukan saja istikaomah serta memegang teguh aturan-aturan Illahi.

    sapa pun duk mai jadi pm kalau tak ikut macam Nabi Muhammad SAW
    jadi rojak jugak akhirnya

    hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.
    Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.

    kerna kuasa ada pemimpin umat islam terus berpecah
    iblis n puaknya suka
    tengok hari salasa minggu depan apa pulak ceritanya

    ReplyDelete
  2. Waklu. Hujah gampang. Kekeke...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???