14 November 2020

Hancur Keharmonian Kerana Pentaksub

Bhai/DeeDee semua...

Rumah bapak gua aderlah rumah paling hujung dalam kampung ... dan kampung kami bersebelahan dengan kampung keluarga Awie Wings. Seberang kampung kami juga adalah kampung dimana DJ Dave berasal. Manakala kampung dimana menetapnya ramai sedara mara gua adalah kampung dimana Baggio Damasustra tinggal dan membesar. 


Dalam kampung gua ader keluarga Melayu dan keluarga India (hampir sama banyak), keluarga Sikh (Benggali) dan ramai juga keluarga Cina. Terdapat juga satu keluarga banga Serani dikampung kami itu. Jiran sebelah rumah gua ader dua keluarga India, yang mana kalu gua nak keluar pi jalan utama kampung kena lalu depan rumah jiran nih. Very friendly dan boleh dipercayai.

Masa kecik kalu time gua balik sekolah tetapi tiada orang di rumah gua, gua akan lepak tido baring dan makan di rumah Uncle Krishnan nih.. anak-anak dier (Anen, Arun, Boi dan Meena) memang rapat ngan gua... Anen nih muda 2 tahun ja ngan gua...

Anjing perliharaan milik mereka ader dua ekor.. dan kedua-dua anjing ini tak pernah masuk dalam rumah walaupun pintu terbuka... mereka akan berkeliaran disekitar rumah Uncle Krishnan nih...

Uncle Krishnan nih dier kerja jaga disebuah lombong bijih timah berhampiran dengan kampung kami. Nama syarikat lombong bijih timah itu adalah Osborne & Chappel Limited. Almarhum Bapak gua pulak pernah bekerja dalam pelbagai jawatan (last sekali sebagai jaga) di syarikat perlombongan bijih timah yang dikenali sebagai Southern Kinta Consolidated (SKC) milik dari United Kingdom sebelum diambil alih oleh syarikat Malaysia iairu Malaysian Mining Corporation (MMC).

Bapak gua jugak pernah diarahkan bertugas di syarikat Austral Amalgamated Tin (AA Tin) milikan Australia selama beberapa tahun.

Biasanya malam sebelum esoknya nak raya Deepavali, keluarga gua dan keluarga dua jiran yang paling hampir nih akan sama-sama membantu menyiapkan juadah raya seperti kuih muruku, kuah toosai dan chapati serta beberapa manisan.. Sebab esoknya selepas jiran kami tu dab balik dari Kuil (Kovil), keluarga gua akan bertandang berziarah sempena perayaan Deepavali... Sama juga kalu ader perayaan Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha jiran-jiran nih akan sama-sama membantu dan berziarah. Time Kong Hee Fat Choy pula... kami akan sama-sama ziarah dan bantu persiapan raya jiran-jiran kami yang berbangsa Cina... Same goes to Chistmas yang mana kami akan sambut ngan orang kampung kami yang berbangsa Serani.

Almarhum Atok sebelah bapak gua ader mengwakafkan sebuah bangunan surau di Kampung gua tu... dan Surau itu dibina dua tingkat.... tingkat bawah dijadikan pusat komuniti oleh orang kampung dan bila ada mesyuarah kampung... semua orang kampung akan hadir... Cina, India, Benggali dan Serani pon akan hadir... semua orang termasuklah kanak-kanak tahu dan paham kalu nak masuk Surau nih... kena basuh kaki dan pakai kemas sikit. Hormat tempat ibadat. Setiap bulan ader penceramah agama dan Ustaz yang akan hadri bagi kuliah secara tetap. Dan kepada sesiapa yang nak hadir takder masalah. Bukan takder jiran kami yang bukan Islam hadir dengar kuliah dan ceramah ni.

Tapi ...

Once ader satu keluarga Ostad (Cikgu Sekolah Menengah) yang berpindah menyewa rumah di kampung kami pada sekitar 1985, maka elemen taksub menerjah masuk terutamanya elemen PAS. Dan secara tidak langsung menyebabkan ukhwah sesama orang kampung dah jadi berpecah... ader yang kata ini kampung kami ni amalkan anasir liberal la... tak kuat agama la... sampaikan jiran-jiran berlainan agama jadi jauh hati...

Thats what happen to our small kampung... Jahanam keharmonian disebabkan puak-puak pentaksub agama nih...

Syabas dan tahniah serta takziah buat pengasas kampung gua..... Pak Shaari, Pak Kama Jaga, Pak Suhaimi, Pak Taib, Makcik Leha, Pak Majid Motor, Pak Leman Askar, Pak Brahim Chendol, Pakcik Krishnan, Pakcik Gurmit, Auntie Sharmila Kaur, Pakcik Appu, Uncle Micheal, Pakcik Chang, Auntie Moy, Pakcik Ah Tan Lombong, Auntie Sorena dan beberapa lagi nama yang gua dah lupa...

Semoga semuanya mendapat rahmat, ehsan dan keampunan dari Allah Taala, Tuhan seru sekalian alam.

The best from 1950’s till 1985.

Selamat Menyambut Hari Raya Deepavali kepada semua.... moga korang semua happy... Ini negara kita sama-sama punya.... dan kita semua adalah pendatang gak... yang asal cuma rakan-rakan kita Orang Asal (Jakun, Semai, Negrito dan lain-lain)

Ader paham ka????

8 comments:

  1. Keturunan Sultan Singapura berkerja jadi tukang cuci. Ini yang cuba dilakukan Parti DAP melalui kuda tua tunggangan mereka dan barua barua DAP.

    Singapura, siapa sangka terdapat kerabat diraja Singapura pada abad ke-19 kini hanya bekerja seperti orang biasa, mencari rezeki dengan membawa teksi, bekerja sebagai tukang cuci dan sebagainya.

    Di Malaysia, kuda tua tunggangan DAP sudah jadi Perdana Menteri 2 kali dan katakan apa apa nasihatnya ditolak oleh Yang Dipertuan Agong seperti yang berlaku pada Perdana Menteri Mahyuddin baru baru ini.

    Apa kah agaknya reaksi kuda tua tunggangan DAP ini..!?

    Sudah dikenalpasti kuda tunggangan DAP mempunyi sikap suka bergaduh, mencaci maki, menuduh tuduhan buruk , memfitnah jijik dan memburuk burukkan Raja Raja Melayu.

    Inilah nasib yang dialami oleh Tengku Shawal, 51, dan keluarganya dan keturunanya Sultan Hussein Shah waris Sultan Singapura bila kita alpa dan lupa.

    Kepada kuda tunggangan DAP ini perbanyakkan wirid mengingati Allah SWT , waktu semakin singkat. Jangan ditasbihkan nama Najib!! Lebihkan tasbih nama Allah SWT

    Tengku Shawal, adalah seorang putera yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan atau pemerintah diraja Singapura. Pengakhiran yang hina kerabat Sultan Singapura ini.

    Suatu penghinaan pada Raja raja Melayu dlm kes fitnah jijik Prebet Adam bila terhadap Sultan Johor dulu oleh Perdana Menteri ke 4 negara..!?

    Media dikuasai sepenuhnya penguasa tamak dan rakyat percaya rekayasa fitnah jijik ini.

    Akhirnya kes Perebet Adam adalah kes fitnah paling kotor dan paling jijik sekali. (Link dibawah Video)

    lagi link dibawah
    https://klbroadcastmedia.wordpress.com/2018/04/13/video-30-tahun-mahathir-menipu-rakyat-kes-prebet-adam/

    Tengku Shawal menerusi temu bualnya bersama Reuters berkata beliau pernah tinggal di istana yang terletak di Kampong Glam sebelum seluruh kaum kerabatnya dihalau dari istanamya utk dijadikan muzium tarikan pelancong.

    Diberi peluang menjadi Perdana Menteri kali ke-2 hanya sempat berkuasa dalam kerajaan PH 22 bulan sahaja dengan harapan pelihara dan angkat Raja Raja Melayu dan jaga Agama Islam agar tidak diperlekehkan..

    Apa yang cuba dia buat bila diangkat PM kali ke 2..!?

    Malah bertambah lagi teruk ICERD pulak yang mahu dipersetujui. Kita tak perlu lagi pemimpin2 hodoh ini lagi dimasa akan datang.

    Setakat acah acah power dng bait bait puisi konon nak jadi juara melayu, raja-raja dan islam bila kuasa sudah tiada lagi.

    Menurut Tengku Shawal, sehingga kini beliau masih lagi mengunjungi muzium yang pernah menjadi kediamannya dan Sultan Singapura kini dijadikan lokasi muzium di Singapura.

    Saya ulanggg..!! hanya jadi muzium untuk tatapan rakyat Singapura.

    Insyallah dengan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong dan Raja Raja Melayu dan kaum yang didatangkan dari timur akhir zaman sisa sisa panji kerajaan kalifah akan berkibar semula dari timur.

    Kepada kuda tua tunggangan DAP ini dan barua baruanya dalam ICERD, COMANGO, Pluralist, Syiah, SIS yang ditaja dibiayai wang ringgit yang mewah oleh yahudi antarabangsa mahupun MCA atau MIC berpijaklah dibumi nyata bahawa tanpa Melayu anda selamanya hamba dan bukan Tuan...!! (link video dibawah)

    http://wiraveteran.blogspot.com/2017/08/mahathir-adalah-dalang-fitnah-prebet.html?m=1

    Karomah pulang ke gagang kuasa Raja Raja Melayu di bumi kaum yang dijanjikan akhir zaman datang sendiri. Kisah fitnah perebet Adam terhadap Raja Melayu oleh sang fitnah penguasa tamak harus dijadikan pedoman untuk generasi akan datang

    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/pengajaran-perlu-diambil-disebalik-sejarah-prebet-adam-buat-umat-islam/ bole faham ka?

    ReplyDelete
  2. Datang Tuhan janggut habis rosak semuanya.. Hanat baka2 apas ni..

    ReplyDelete
  3. sama mcm pas sekaranglah... fikir saya

    ReplyDelete
  4. Syabas dan tahniah serta takziah buat pengasas kampung gua..... Pak Shaari, Pak Kama Jaga, Pak Suhaimi, Pak Taib, Makcik Leha, Pak Majid Motor, Pak Leman Askar, Pak Brahim Chendol, Pakcik Krishnan, Pakcik Gurmit, Auntie Sharmila Kaur, Pakcik Appu, Uncle Micheal, Pakcik Chang, Auntie Moy, Pakcik Ah Tan Lombong, Auntie Sorena dan beberapa lagi nama yang gua dah lupa...

    Semoga semuanya mendapat rahmat, ehsan dan keampunan dari Allah Taala, Tuhan seru sekalian alam.

    apa punya cerita ini
    puak kapir pun nak disamakan ngan orang beriman

    Maka apakah orang yang beriman seperti orang yang fasik (kafir)?
    Mereka tidak sama.

    Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan Dia, mereka putus asa dari rahmat-Ku, dan mereka itu mendapat azab yang pedih.

    Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh maka Tuhan mereka memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya (surga). itulah keberuntungan yang nyata.

    nak cerita bab harmoni dunia sampai tak tahu nak beza
    iman n kapir
    bnayak susah la oi

    itu dulu punya cerita lani dah lain
    pendatnag pun tengok la sapa dulu kuasai swsuatu temapt
    ngan puak terbesar depa la tuan tanah besar
    tak kan itu pun tak paham

    ynag tak tkasub ugama pun kaki pemrecah belah jugak demi kuasa
    banyak hangtoloyo jaman ni


    ReplyDelete
    Replies
    1. syorga,nuraka,sapa kita?hanya ALLAH a.w.j menentukan.ko adeke mase
      malikulMaut cabut nyawa ko saksike sape jadi ahli syorga/nuraka..sumer atas rahmatNYA. tuhanSeruSekalianAlam.

      Delete
    2. syorga,nuraka,sapa kita?hanya ALLAH a.w.j menentukan.ko adeke mase
      malikulMaut cabut nyawa ko saksike sape jadi ahli syorga/nuraka..sumer atas rahmatNYA. tuhanSeruSekalianAlam.

      Delete
  5. Ada orang tak reti beza antara menjadi islam dan menjadi arab, apabila saya memakai skirt sebab menyukai bangsa pakaian kebangsaan saya bangsa Scotland saya dikatakan kafir kerana meniru budaya kafir inilah budaya bangang arab yang suka mengkafirkan orang lain

    ReplyDelete
  6. Pjgnya cite.....rajin la hai menulis😅.....kedai ais kacang cina pekan tg tualang x nak sebut...tnpt bdk sk melepak....kedai my classmate tu....
    Hidup rupanya blog ni

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???