18 December 2020

Pandangan Sinis Gua Berkenaan Kapal LCS Milik TLDM

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum bahawasanya TLDM (ATM) telahpun mengeluarkan belanja sebesar RM6.083 Bilion untuk program pembelian 6 buah Kapal LCS. Pembayaran sebanyak ini telah pun diberikan dari peruntukan projek sebesar RM9 Bilion.

Satu masalah yang ketara, walaupun pembayaran telah dilunaskan sebesar ini, namun sebuah kapal LCS pun TLDM masih tak dapat masuk dalam inventori. Ianya masih tak siap. Kenapa ini berlaku sedangkan sepatutnya dalam masa ini TLDM telah menerima 2 buah kapal LCS tersebut.


Penyelewengan dan masalah ini patut kita tangani dengan baik.

Jadi pada gua la... dari kita berabis nak menyiapkan 6 buah kapal LCS nih..... dengan modal yang sebegitue besar dah dihabiskan.... apa kata kita sekadar beli banyak bot-bot kecil tempur yang berkelajuan tinggi.. tapi dilengkapkan dengan kemudahan pertahanan yang termaju sama ada dari segi sistem Torpedo anti kapal/kapal selam, sistem Surface To Air Missile (SAM) dan juga meriam multi-turret berkaliber 50mm.

Malah boleh juga bot tempur berkelajuan tinggi ini dilengkap dengan sistem Anti Aircraft Gun bersaiz 20mm atau Mini-Gun 20mm.

Gua rasa dengan dana yang ada kita mungkin boleh dapat lebih 100 buah bot tempur berkelajuan tinggi ini... dan ini lebih bermakna... kerana ianya lebih "agile" dan agak susah untuk dimusnahkan oleh kapal perang....

Ianya boleh menyelinap di banyak pulau dan boleh berfungsi sebagai cegah rintang yang lebih berkesan serta membuat serangan secara mengejut. Ini lebih relevan .... Memanglah kita perlukan beberapa buat kapal LCS dan kapal perang yang lain... tapi kalu dah yang ada ini tak siap-siap, apa yang boleh kita harapkan.

Betul dak??

2 comments:

  1. turki dah bina drone pengintip,, skrg duk bina bot2 kecil penyerang mcm ni jgk,,, semua remote,, unmanned,,

    mlesia??? hanya duk pikir makap,,masyukk,, mana dorg nak pikir benda2 yg bijak mcm ni,,,tak sampai level,,,

    ReplyDelete
  2. selagi ada mentaliti pemimpin lapuk usang penipu lidah bercabang bengap Malaysia di ambang kehancuran

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???