31 December 2020

Orang Lain Pun Buat Server Migration Jugak

Bhai/DeeDee semua...

Tatau nak gelak ker atau nak menangis... Gelak pasai jawapan paling lawak... Menangis sebab nampak sangat jawapan bodoh serupa yang bagi jawapan tue jugak la... Hahaha


Nak bagitau satu jer la... Orang lain pun ader jugak buat server migration tapi data tak hilang... betapa cikainya system admin hosting HarakahDaily nih.... satu ja nak tanya server tu Hosting kat mana..... cikai sangat la servis depa... 

Hahahaha....

Nampak sangat cikai.... Hahaha


Buruh Paksa Satu Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan  (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



Akhlak Lah Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Gua nak tulis pendek ja... Benda nih patut Indonesia dah buat lama dah.. memang kalu buat akan menimbulkan masalah... menimbulkan keganasan, ektremisma dan teroris... tapi lebih baik cantas sebelum ianya membelit negara dan seterusnya boleh menyebabkan perang saudara... 

Puak-puak ini perlu dibenteras awal... Puak yang serupa juga ada di negara ini... dan seeloknya dari perspektif keselamatan negara... ianya wajar disekat dan dibenteras awal...


Konon nak buat revolusi akhlak... walhal akhlak depa sendiri pun kelaut.


30 December 2020

Jururawat Disahkan Positif Covid-19 Selepas Terima Vaksin Pfizer

Bhai/DeeDee semua..

Ini berita yang baru sejam gua terima... 

Ada seorang jururawat sebuah Hospital di California telah disahkan positif Covid-19 selepas seminggu dia menerima vaksin Covid-19 dari syarikat farmasi Pfizer.

Katanya selepas dia menerima suntikan vaksin, tangannya ada lebam dan rasa kebas pada hari yang sama. Enam hari kemudian, dia disahkan terjangkin Covid-19 dengan masalah lemah saraf dan otot.

Jadi ini masih menjadi satu kerisauan yang besar kepada semua orang. Harap ianya tidak menjadi masalah kepada penerima vaksin yang sama di Malaysia. Risiko tetap ada.





Bersungguh Mencari Dan Mendakwa Pelaku

Bhai/DeeDee semua...

Satu yang gua respek dengan Polis Indonesia adalah biasa buat siasatan memang bersungguh-sungguh... sampai dapat kesan pelaku dan terus mendakwa.. Berapa banyak kes yang dapat disiasat... contoh kes Aril Peter Pan dan Luna Maya...

Dalam kes Rizieq Shihab... siasatan dah buat... tapi disebabkan puak pentaksub ramai... dan suspek melarikan diri... tu yang tak dapat nak dakwa dan hukum...

La nih dalam kes Giselle Anastasia... laju ja Polis Indonesia kenalpasti pelaku dalam video seks yang tersebar... siap disahkan oleh pasukan forensik digital mereka lagi... tepat... dan akhirnya pelaku memberikan pengakuan mereka ... dan kini sedang berdepan hukuman...

Respek la... sebab takdak campurtangan kuasa politik... bagoosh....  tengok jugak kes Ahok dulu... dapat disiasat dan didakwa...

Kalu kat Malaysia.... hahaha... senyap sunyi la jawabnya... tengok macam kes Haziq dan Azmin la.... Haziq sampai la nih tak kena tangkap, siasat dan dakwa... walaupun dia membuat pengakuan sediri atas perlakuan dier... video kes pon tak dapat nak dibuktikan... cikai betul la pakar forensik digital Malaysia...

Buat malu ja...

Nih ader kes Kartel Daging.... tatau la apa akan hasilnya... silap-silap senyap sunyi ja sapu bawah karpet.... kena dakwa mungkin la level kambing hitam ja.... macam kes Sg Kim Kim.. macam kes Pencemaran Air Sungai Selangor... macam banyak lagi kes-kes lain..... senyap.... huhuhu

Aper nak jadi la....



29 December 2020

Lancang Benar Mulutnya

Bhai/DeeDee semua...

Jaringan Melayu Malaysia adalah salah sebuah NGO paling haprak yang ader dalam Malaysia nih... NGO paling out sekali kenegaraannya .... NGO yang paling banyak keluarkan kenyataan mengarut, separuh matang dan menghasut...

Tapi disebabkan ader bekap politik dan kayangan... tetap selamat sampai hari nih..

Kalu gua bos besar... gua dah buat "operasi senyap" untuk puak-puak nih... hilang kena kutip sekor dua... sure senyap yang lain menikus...

Jadi... bab Kartel Daging Haram nih JMM nak sabitkan ngan Parti Politik la pulak... hehehe... macam la kita tatau... depa nak sabitkan ngan sapa... ngan PKR leteww... Hahaha...  marah betul JMM nih pasai kantoi keluarga Sharizat Jalil yang terlibat projek NFC lembu kondo tue....

Bekap giler babi aaa .... walhal dah terbukti yang NFC tu tak lebih dari nak cekau duit dan bukannya nak buat ladang lembut pun.... Ladang ternakan lembu semua tu aderlah gimik ja.... diversion... Hahaha... Macam la industri RM250 juta tue boleh setelkan permintaan lembu kat Malaysia... hahaha...

Walhal projek Ladang Lembu Felda dengan kerjasama IffcoAllana (India) yang bernilai RM688 juta (Tahun 2010) pon jugak lingkup...  nih takder sapa pon dari PKR yang tibai... tapi tetap gagal gak... lagi mahal dari projek NFC (Tahun 2006) yang bernilai RM250 juta

Hahaha.... bodo punya JMM....



Mael Lambong Senyap Sunyi

Bhai/DeeDee semua...

Biasa kalu si Mael Lambong mesti akan kepoh kecoh kalu ader benda berlaku ... kalu nih benda berlaku kat tempat dier sendiri... kawasan dier kontrol.... senyap jer tak berkutik si Mael Lambong nih...

Gudang simpan dan proses untuk Kartel Daging Haram nih terletak kat kawasan dier... kawasan bawah kawalan dier... takkan la dier tak tau...  Samseng apa sampai ader benda berlaku kat kawasan dier, dier tak tau... ker memang dier tau.... tapi sajer mau lepas tangan??

Hahaha.. lawak la kalu Kepala Samseng tatau apa yang berlaku dalam area dier...  memang jadi bahan gelak aaa kalu Kepala Samseng taikorsai tatau... Hahaha..

Aper pon... kita tengok jer la drama telenovela nih... kita tengok biler Mael Lambong nak bising...



Sebelum Nak Sembang

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum nak sembang setelkan kes Halal Kartel Daging tue... pastikan setelkan masalah yang paling utama yang menjadi punca kepada semua yang berlaku dalam negara nih...

Masalah itu adalah "RASUAH"...

Selagi masalah rasuah tidak ditangani secara tuntas dan sistematik... memang sampai kesudah la takkan hapus semua kepincangan nih...  malah ianya akan pasti berterusan sampai hari kiamat... 

Cuba semak.... berapa ramai kakitangan kerajaan yang mendapat jawatan secara kabel...  masuk secara kenal orang itu... kenal orang ini.... dan diangkat naik dalam perkhidmatan juga atas sebab kabel... Banyak bhai... banyak...

Itu belum masuk citer tentang tender dan pembekalan apa sahaja perkhidmatan atau produk... even nak dapat slot kantin sekolah pon kena ader kabel...  nak dapat tender jaga sekolah pon kena ader kabel.... Hahaha... takder kabel mimpilah...

Itu belum lagi kalu jawatan pemandu ... berapa ramai yang dapat jawatan tu atas sebab kabel dan kroni.. sebab itulah banyak kes salahguna kenderaan rasmi, salahguna peruntukan minyak petrol dan claim itu ini... Hahaha...

Aper lu ingat jawatan setiausaha atau P.A tu takder yang guna kabel ka?? Hahahaha....

Kalu kat sekolah... nak jadi Penolong Kanan dan Guru Besar / Pengetua pon banyak yang ikut kabel (who's who) .... adoilah... belum lagi kat jabatan dan agensi lain... Tak payah jauh la.... jawatan Pegawai Daerah (DO) dan Penolong Pegawai Daerah (ADO) pon banyak yang dapat bukan sebab merit... tapi sebab kabel...

Jangan cakap dalam pasukan keselamatan takder guna kabel.... naik pangkat banyak yang guna kabel dan kontek.... takder satu pon yang tak terlepas... Hahaha... AJK Masjid pon pilih dari kabel jugak bhai... toksah kata la....

Kalu dah guna kabel... tendency untuk berlaku rasuah tue paling tinggi... rasuah ader banyak bentuk.. bukan saja rasuah duit, rasuah seks, rasuah harta benda tapi macam-macam cara lagi... macam-macam teknik.... paling sempoi.. dengan kabel... anak yang tak pandai (menjadi) pon boleh masuk sekolah SBP yang bagoosh... hanya kerana rasuah balas budi..... Hahahaha

Kalu dalam kerajaan pon kita tabley nak setelkan rasuah... kat swasta tambah lagi aaaa... sama sepesen...

Ader paham ka??



28 December 2020

Pergh. Mudahnya ...

Bhai/DeeDee semua... 

Gua biler Ostad Alam Kubur nih sembang... 10 dier citer.. 18 gua tak percaya... sori aaa... sebab banyak sangat sembang dier yang Nabi dan Sahabat pon tak sembang... bab alam kubur nih la... payah.. tambah lagi kalu dier kata ini ader Olamak dulu kala yang bagitau... tapi dier tak bagitau pon nama Olamak tue.... kita nak buat semakan dan rujukan pon payah...

Tambah lagi biler.....

Dier cakap... "Ada sesetengah orang alim ulama, dia baca ayat-ayat al-Quran untuk menjadikan neutral balik benda-benda yang haram tadi."

Adoilah..... pening aaa..



Untung Sangat La

Bhai/DeeDee semua...

Jadi VIP kat Malaysia nih memang untung... Polis takkan kacau atau saman kalu bawak laju... takkan kena saman kalu tak patuh SOP Covid-19... malah siap akan dapat layanan baik lagi... Siap boleh ditukar tarikh apa sahaja pon.... back dated semata-mata nak selamatkan VIP...

Tapi....

Bukan sajer VIP nih dapat layanan baik dari syarikat / organisasi / agensi dalam negara... tapi syarikat luar pon akan layan VIP macam dewa...

Kat bawah nih ader satu contoh layanan bertaraf dewa jalan duta buat VIP... cuba kalu orang lain yang kena... orang biasa... lu orang ingat boleh dapat ka layanan camnie... mimpi la wei... 

Bukan itu sahaja... siap JKR Hulu Langat laju ja minta maaf sebab jalan berlubang kat Khairy Jamaluddin.... hahaha...  dah ramai yang mati pasai jalan berlubang... ader pernah lu dengar JKR minta maaf selama ni???


RM45k punya basikal... kalu belikan basikal kat bebudak miskin pada harga RM200 sebijik basikal... boleh dapat manfaatkan 225 bebudak sekolah....

Itu baru satu basikal... mamat nih bukan ader 1 basikal jer... hahaha


27 December 2020

Beza Ladang IOI Dengan Ladang Felda

Bhai/DeeDee semua...

Kenapa gua citer beza Ladang IOI dan Ladang Felda... sebab beza langit dengan bumi.

Saiz ladang per ekar yang sama, IOI untung 3 kali ganda, Felda rugi selalunya.

IOI siap beli dan buat kilang sendiri di Europe, hantar Oleo dari Malaysia ke kilangnya di Europe untuk hasilkan produk akhir kat sana. Takder sekatan EU sebab hantar dalam kompeni sendiri. Untung besar sebab bijak melabur.

Felda meroyan kena sekatan EU sebab tabley nak jual kat kilang Oleo kat Europe. Sebab nak jual kepada pihak lain. EU memang sekat. Bodohnya Felda beli hotel dan apartment di Europe bukan beli kilang Oleo.

IOI takder kompromi bab baja kelapa sawit. Ubat anti cendawan merah pun dipastikan kualitinya.

Felda punya bekalan baja memang lawak. Kualiti paling out. Tapi harga mahal... Komisyen pihak tertentu kena ader...

IOI akan buat “press” minyak sawit sampai 2 hingga 3 kali... hampas kelapa sawit kering ...

Felda buat “press” minyak sawit antara 1 hingga 2 kali je... tapi mostly 1 kali ja... hampas kelapa sawit basah lagi dengan kesan minyak sawit.

IOI kos operasi per ladang murah sebab vendor dan supplier tabley tipu harga servis dan peralatan.

Felda kos operasi per ladang mahal... sebab vendor dan supplier adalah kroni dan ader komisyen kena bagi kat pihak tertentu... bab harga servis dan peralatan pun siap diejast.

Macam mana nak maju.... hahahaha

Itu belum gua nak citer pasai ladang milik Sultan Johor dan keluarganya la... yang ini lagi lawak... profit per ladang bukan setara ngan Felda tapi lagi rendah... Hahahaha... I know la... Maleh nak sebut la nama ladang tue... Hahahaha




Mengatasi Masalah Bekalan Ruminan Negara

Bhai/DeeDee semua..

Satu penyelesaian kepada masalah Ruminan negara.

Gua cadangkan agar Felda / Felcra mengambil inisiatif untuk meningkatkan usaha mengatasi masalah Ruminan ini dengan memastikan setiap kawasan milik mereka mestilah diternak Lembu, Kerbau dan Kambing dengan skala besar. Yang pasti jika setiap ekar kawasan Felda / Felcra diternak Ruminan ikut bilangan yang sesuai, pastinya pendapatan peserta (peneroka) Felda / Felcra dapat ditingkatkan. Itu gua takmo nak citer pasai tanah ladang milik Tabung Haji.

Felda sahaja mempunyai tanah seluas lebih kurang 500 ribu hektar (317 tanah rancangan Felda). Felcra pula ada lebih 257 ribu hektar tanah.

Katalah dari 500 ribu hektar tanah Felda (lebih kurang ada 1.24 juta ekar) ... dan setiap ekar itu kita bela 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing... maknanya kita ader 2.48 juta ekor lembu dan 4.96 juta kambing.... Banyak tue... setel masalah Ruminan..

Itu baru Felda... Felcra ader lebih kurang 635 ribu ekar tanah... boleh ternak 1.27 juta lembu dan 2.54 juta kambing...

Total dari Felda dan Felcra sahaja boleh hasilkan ... 3.75 juta ekor lembu dan 7.5 juta ekor kambing..

Bukan sekadar boleh mendapat hasil dari kelapa sawit atau getah tetapi juga dapat hasil dari industri Ruminan. Dengan cara ini masalah kekurangan Ruminan dapat dikurangkan. Dan kita dapat mengurangkan import daging atau haiwan ternakan dari luar negara.

Tapi yer la... Sawit dan Getah pon tabley nak handle lagi mau sembang pasai Ruminan...

Ladang IOI boleh menghasilkan 3 kali ganda minyak kelapa sawit per ekar dari Ladang milik Felda... kenapa jadi camnie... gua pernah tulis sebelum ini.. hahaha... gua belum nak citer bab baja jer... yang gua citer itu hari pasai proses nak dapatkan minyak kelapa sawit ja...

Hahaha... Gua bukan anak peneroka... tapi gua ader ramai kengkawan yang jadi Manager Ladang IOI.... hahaha



26 December 2020

Mintak Sangat, Kan Dah Mendapat

Bhai/DeeDee semua...

Kalu tak bodoh bukanlah namanya Walaun PAS atau Macai UMNO.... kebodohan dan kebebalan memang sinonim dengan mereka... Nak buat camana... dah karat hijau dan karat biru.... Huhuhu... taksub tahap dewa jalan duta...


Hari nih 2335 kes baru berkenaan Covid-19 dah kena kat Malaysia... dan yang utama banyak kena kat Lembah Klang plak kali ni....

Untuk rekod... dah 103,900 kes kena kat Malaysia nih... belum lagi cukup 300,000 seperti yang walaun PAS nih mintak.... ader lagi dekat 200 ribu... Dah mintak sangat.... hadap jer la.... kan dah mendapat...

Hadan Huker..


SPRM Masih Tido

Bhai/DeeDee semua...

Kecoh sana sini pasai daging Kanggaru... pasai Kartel Daging... tapi citer sebenar langsung dikesampingkan.... Citer sebenar berkaitan rasuah yang sudah berakar umbi langsung dibuat sebagai ceriat sampingan je....

Yang terlibat rasuah nih sahih Melayu... sebab biasa yang uruskan semua nih dalam bab halal dan sebagainya adalah kakitangan Kerajaan Malaysia berbangsa Melayu... ini kompom..

Nampak gayanya SPRM masih tido lagi... bukan aper... biler nak siasat kes sebesar ini... biasanya akan melibatkan campurtangan pihak tertentu... pihak yang ader power tahap dewa... Gua tak percaya hanya level pegawai-pegawai biasa jer yang terlibat... 

Sila semak la beberapa nama besar yang terlibat dalam import daging dari luar... Mesti akan kantoi punya kalu semak betul-betul... cuba la semak kompeni import daging milik perasuah yang buat kenduri anak dier kat depan Istana Kehakiman dulu... cuba la semak..

Mana tahu ini pon sebahagian dari team kartel.... Hahahaha... tak semak kita tatau...

Semak la wei... Sebab ker berkaitan rasuah nih bukan kecik-kecik anak biasanya... kalu betul semak... boleh sampai ke level kayangan dan dewa... hahaha



Sama Sebijik Perangai

Bhai/DeeDee semua..

Kalu di Malaysia... agak terkenal jugalah Azizan Osman... yang jual seminar untuk majukan kendiri dan perniagaan.... Azizan Osman nih pun takder apa ja... bisnes dier yang boleh masyuk pon hanyalah yang jual tiket seminar dier yang dari harga RM250 dan keatas... 

Eh.. ader lagi ker tiket kelas Azizan Osman nih yang harga RM250 ke?? Ntah la..

Tapi yang gua tau... tiket harga RM700 tu masih ader lagi... hahaha... so bagi sesapa yang nak mengabiskan duit konon nak tambah duit lagi dengan keberjayaan bisnes... serupa takder makna jer la... Hahaha...

Nih lagi besar punya masta... Tony Robbins.... ini satu lagi mangkuk selepas Robert T Kiyosaki...eh.. citer pasai Robert T Kiyosaki nih... bisnes dier pun bankrap... kena sita dan saman... lagi orang dok percaya sembang dier bab nak bagi majukan kendiri... hahaha... bangang...

Bab Tony Robbins nih... sudah kantoi dier punya cerita... ader dalam media nih... gua share link kat SINI..

Korang baca... betapa mengarutnya Tony Robbins nih.. tapi orang nak bayar gak harga tiket dier yang dari USD$600 sampai USD$3000... pergh... masyuk...

Ader satu event dier... 12 ribu peserta... yang beli tiket... cuba lu orang bayangkan... berapa yang dier dapat collect.... kalu tiket harga USD$600... dier dah collect USD$7.2 juta ..

Kalu tiket harga USD$3000 ... USD$36 juta..... jual air liur ja...

Hahahahahahahaha... Kalu la Ostad dan Lobai dapat tau idea nih... sure depa pun pulun sama gak.... tapi ader satu yang dah buat... ader member citer... sehari mamat tu collect sekitar RM100k hingga RM500k .... Hehehehe....



Adoilah Pak Mopti

Bhai/DeeDee semua...

13 Disember gua ader menulis bab ini.... bab isu Shopee dilantik menjadi ejen kutipan zakat.... panjang gua menulis bab ni... memang isu nya panas.... dan beberapa hari sudah Ostad Zamihan ader upkan jugak isu nih...

Dan hari nih pulak... Mopti Selangor pulak jawab isu ni... Mopti Selangor bekap tindakan LZS yang melantik Shopee sebagai ejen kutipan zakat... Ini kerana kata Mopti Selangor... takder masalah dari segi hukum Shopee dilantik sebagai ejen kutipan zakat...

Persoalan yang gua tanya adalah apa bezanya Amil dengan Ejen Kutipan Zakat??? Hanya satu bahasa Arab... dan satu bahasa Melayu... walhalnya benda tu sama jer... 

Amil hanya hak orang Islam jer... mana boleh orang / syarikat bukan Islam kendalikan urusan Amil....  jangan la main taram jer sekadar tukar nama jer... agak-agakla...

Nih Mopti Selangor (Tamyes Abdul Wahid) cakap bab upah Shopee tu adalah dibawah pembayaran yang dikendalikan oleh Amil...  dier kata bukan amik dari nilai zakat.... Eh... sekejap... Amil tu nak amik dana dari mana untuk bayar upah Shopee tue? Dana dari Kerajaan Malaysia ka?? Dana dari JAKIM ka?? atau memang Amil akan amik dari bahagian zakat??

Gua tak rasa Amil akan bayar guna dana Kerajaan Malaysia bawah JAKIM.... sori aaa gua tak percaya... ngarut ja semua tue...

Kalu Mopti pon tak clear bab ni... tolong aaa jangan sembang.... bahaya.... boleh sesat lagi menyesatkan... dah kenapa la nih agamawan semua pening-pening belaka biler bagi hujah.... adoilah..



25 December 2020

Kerja Kosong Untuk Walaun

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Isu Halal yang kecoh baru nih bukanlah sebab tak cukup kakitangan.... Tapi sebab kakitangan yang ader... terutama yang berpangkat besar... melakukan rasuah... rasuah duit, rasuah seks, rasuah harta benda....

Itulah isu sebenarnya...

Bukan sebab tak cukup kakitangan.... Kita selama ini memang tahu kakitangan penguatkuasaan halal memang tak cukup... memang tak ramai.... sebab itu proses pemantauan susah nak dilakukan... terpaksa harap kat maklumat awam jer...

Ini memang kita faham...

Tapi... kalu la ader ramai kakitangan penguatkuasaan halal sekalipun... kalu yang paling berkuasa... yang kat atas-atas... yang pangkat besar buat rasuah... tak guna lah jugak... serupa tak guna... Tambah lagi yang buat rasuah tue semuanya Melayu yang mengaku Islam.... Hahaha... Lagilah macam haramjadah...

Huhuhu...

Nampak sangat la cadangan nih saja nak bagi peluang kerja kosong buat walaun.... hahahaha



Kerakyatan Melayu?

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak besar biler baca citer tentang Razaleigh Hamzah nih yang dok bercakap pasai "Kerakyatan Melayu" .... Hahaha... wei... tak payah sembang la nak bagi cadangan yang konon macam cadangan baru... 

Selama nih pon Orang Melayu tetap mengkastakan kaum lain... tetap pandang rendah pada kaum lain... Pada orang Melayu... yang Melayu ja yang memang orang Melayu ... dan Melayu memang patut Islam

Tak percaya ka??

Tue... India Muslim.... depa panggil Mamak... mana ader orang Melayu panggil India Muslim itu sebagai Melayu...

Tue... Cina Muslim.... depa panggil Mualaf.... mana ader orang Melayu panggil Cina Muslin itu sebagai Melayu...

Takkan adernyer... Pada Orang Melayu... Jawa, Bugis, Karinchi, Bawean, Sunda, Aceh, Pattani, Solo, Batu Bara, Kampar, Minangkabau, Riau dan sebagainya hanyalah Melayu... Even orang Asal pon Orang Melayu tak declare sebagai Melayu...

Punya la berlagaknya orang Melayu nih... nih pulak Razaleigh Hamzah nak bagi cadangan nih... Gila ka apa?? Mau mati ka?? Ker memang sudah nyanyok... hahahaha

Patut la pun mangkuk nih terbuang dalam PN.... hahahaha .. level kain buruk ja dalam parti... hahaha... sama macam Mustapha Mohamed.... hahaha




24 December 2020

Jadi Ka Esok Demo Depan JAKIM?

Bhai/DeeDee semua...

Dulu Pemuda PAS dan ahli PAS memang kuat berdemo... apa sahaja yang berkaitan Agama Islam dan Orang Melayu maka PAS la nak jadi juara... Apa sahaja la...  Masa kes Hartina Kamaruddin, Lina Joy dan Aisyah Bokhari... PAS bukan setakat anjurkan banyak sesi penerangan dan ceramah berkaitan isu ini... namun siap nak buat demo depan Gereja dan Tokong...

La nih... PAS jadi senyap sunyi menikus... Tak berkutik langsung...

Malah dulu pasai kes Mufti Selangor (Al Marhum Ishak Baharom) kena pecat akibat dari membantah penganjuran ratu cantik... bukan main PAS angkut Mufti nih sana sini bagi ceramah... malah siap dijaja cerita dalam Harakah....

La nih bukan sajer kes pemain hoki perempuan kita yang berkahwin dengan Ketua Pasukan Hoki India didalam Gurdhwara ... siap sembah selain dari Allah Taala pun PAS tak bising... PAS senyap sunyi... tapi pasai kes sertifikasi HALAL pun yang membarah selama 40 tahun (dah bocor) pun PAS senyap gak... tak berbunyi langsung

Tambah lagi pulak ngan program ratu cantik Miss Plus .... terus Pemuda PAS jadi mandom ... siap nak deal berkerjasama.... dah takder dah memorandum bantahan ka... demonstrasi awam ka.... malah tak ditulis langsung kemarahan PAS dalam isu ini didalah HarakahDaily....

Hahaha,.... Kalu tulis pon dalam HarakahDaily... mesti tak lama lepas tue artikel akan hilang ...Error 404...

Hahahaha... lemau betul lar... So .. jadi ka esok nak demo depan JAKIM lepas solat Jumaat?





Ini Semua Salah DAP

Bhai/DeeDee semua...

Harga bawang dan segala mak nenek yang naik rupanya bukan sebab apa... semua sebab kawasan Pelabuhan kita yang sesak.... Kita ader beberapa pelabuhan utama... Tapi sampai sesak ni semua sebab apa?? Sebab tak cukup pelabuhan ka atau sebab tak cukup kakitangan nak handle pelabuhan ...

Atau..... kerenah birokrasi yang menyebabkan kesesakan ni???

Dari apa yang diketahui... rata-rata punca dapat dikenalpasti disebabkan kerenah birokrasi di Pelabuhan.. akibat dari prosidur yang kelam kabut ditambah pula dengan isu PKP yang menambahkan lagi beban pemprosesan kontena...

Pelik pun ada... Kenapa semua nak bertumpu di Pelabuhan Klang sahaja?

Mungkin bukan Pelabuhan Klang sahaja yang sesak.... mungkin pelabuhan lain juga sesak.. Apa kata kita manfaatkan Pelabuhan Tok Bali sebagai port tambahan untuk membawa masuk barangan impot terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan serta lain-lain barangan fresh.

Maybe juga kita kena tambah satu lagi pelabuhan di sebelah Pantai Barat ... Sama ada di Kuala Selangor kita buat pelabuhan baru... atau pun di Sabak Bernam... which ever is easier...

Kita kena tambah beberapa port (pelabuhan baru) agar proses kargo dan sebagainya dapat di uruskan dengan lebih baik...something need to be done la bhai... tabley nak tunggu dan lihat ja..

Amacam?



23 December 2020

Semua Dah Tak Boleh Nak Ulas

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak nih... segala benda Jakim tak bagi nak ulas.... Pelik aaa... dulu bukan main Jakim kena hentam bagai... tapi semenjak PAS pon dah ader dalam Kerajaan... segala benda tak boleh nak ulas...

Pasai kes sujud sembah selain Allah Taala pon tak boleh ulas... Pasai daging haram dilabel halal pon tabley ulas... Adoilah... aper sudah jadi nih...

Berlembut benar JAKIM semenjak dua menjak nih.... 

Aper la...

Walaun dan Macai?? itu semua dah masuk gua... atau dah kojol... Hahaha.... satu aper pon tabley guna... Dulu bukan main kuat sentimen BMF la... sentimen Agama la... sentimen bangsa la... sentimen Arak lar.... Sekarang semua tulur sudah masuk kedalam....

Adoilah....



Isu Kartel Daging Tak Halal, Siapa Salah Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua..

Sehari dua nih meletus cerita pasai isu daging tak halal yang diproses dan dilabelkan kembali menjadi daging halal oleh pihak sindiket.... pihak kartel... katanya dah lebih 40 tahun rakyat Malaysia makan benda haram nih...

Hahaha....

Sekejap... sebelum kita pergi jauh... agak-agak lu orang aaa.... pegawai berbangsa apa yang diamanahkan untuk menguruskan proses halal dan sebagainya dalam perkhidmatan kerajaan nih?? Bangsa apa?? Bangsa Cina kah atau Bangsa India?

Hahaha... Confirm kalu gua kata pegawai yang diamanahkan menguruskan proses halal, import dan sebagainya adalah dari Bangsa Melayu... Bangsa Melayu yang dikatakan beragama Islam.... yang dikatakan mesti baca doa dalam urusan pejabat kalu ader event... pegawai yang akan marah kalu cuti raya tidak dibenarkan (diluluskan cuti) ... 

Ini semua keparat celaka Bangsa Melayu.... Macam celaka...
Bukan setakat dapat habuan duit ringgit, malah siap dapat habuan seks dan arak katanya... adoilah...

Ini 6 agensi kerajaan yang terlibat.

  1. Kastam dan Eksais Diraja 
  2. Halal Industry Development Corporation (HDC)
  3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  4. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Kementerian Kesihatan)
  5. Jabatan Standard Malaysia (SIRIM)
  6. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Itu dier senarai agensi yang terlibat dalam proses penentuan halal nih... So korang agak-agaklah celaka nih datang dari mana... Memang celaka wal sial semua yang buat khianat nih... kompom takder bangsa lain,... melainkan bangsa Melayu jugak...

Celaka....



Dividen ASB Terendah Dalam Sejarah?

Bhai/DeeDee semua..

Bukan ker tahun lepas bukan main bising Walaun dan Macai marahkan PH sebab dividen Amanah Saham Bumiputera dikatakan paling rendah... dapat 5.5% termasuk bonus bukan main marah depa...


Sekarang.... hanya dapat 4.25% tanpa bonus melainkan ihsan sebanyak 0.75% ...
Senyap sunyi pulak Walaun dan Macai... nasib baik ader Covid-19 untuk dipersalahkan...


Adoilah Walaun dan Macai...
Aper nak jadi la ngan lu orang nih... bodoh dan bebal bertingkek-tingkek....

Huhuhu




Siapa Makan Komisyen RM300 Juta?

Bhai/DeeDee semua...

Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Pontian nih silap perkiraan... bukan RM500 juta la... sebab bajet 2021 untuk pembelian vaksin Covid-19 dari syarikat Pfizer adalah sebanyak RM3 bilion... maka ianya hanyalah RM300 juta

Tapi perosalan yang diangkat didalam Dewan Parlimen memang terbaek...

Siapa yang dapat untuk komisyen sebanyak RM300 juta tue... komisyen 10%

Hahaha... sure dalam masa terdekat nih akan terbongkar semua cerita.. itu la semua nak sapu sendiri .. takmo nak kongsi sesama penyamun... jadi penyamun lain sure akan melompat bising tak puas hati... so padan muka la... Hahaha

Lain kali setel belakang la sesama penyamun... Hahaha... sebab kalu dah penyamun tu tetap lah penyamun... Hahaha


22 December 2020

Najib... Najib... Ingatkan Dah Jadi Anak Yatim Ni Otaknya Semakin Center

Bhai/DeeDee semua...

Kesian ngan Najib Razak nih... Ingatkan semenjak jadi anak yatim ni otaknya semakin center ... tapi rupanya semakin sewel.... Adoilah....

Kesian betul lar...  

Orang yang waras mestilah nak beli sesuatu dengan harga yang murah.. Kalu dapat paling murah atau diskaun lagilah bagoosh... Hanya orang yang tak center kepala otaknya sajer yang nak harga paling mahal... Orang gila atau orang biol jer yang nak beli mahal... 

Patut sukalah kalu kita dapat harga paling murah.. 

Tambah lagi untuk rakyat.. macam beli Vaksin Covid-19 dari Pfizer atau AstraZeneca.... lagi dapat jimat... lagi bagoosh... Sebab dengan penjimatan tu kita boleh manfaatkan untuk kegunaan lain.. beli dan tambah baik peralatan kesihatan dan medical ker... supaya lebih ramai rakyat dapat manfaat... supaya rakyat tak susah.. supaya rakyat tak perlu keluar modal...

Adoilah Najib... 



21 December 2020

Sudah Jumpa Dalil

Bhai/DeeDee semua...

Gua memang tertunggu-tunggu jer aper dalil yang akan dikemukakan oleh Mopti Perlis nih... Hahaha... makin teruk dah nih... Tatau la nak kata apa.... Apa jenis Mopti la dier nih.... Adoilah... bahaya betul pandangan dier..

Bhai... bab aqidah nih mudah nak nak paham... kita amik bab aqidah orang beriman... Iman nih aderlah kepercayaan ... yang lahir dari 3 perkara nih...

  1. Niat
  2. Lisan
  3. Perbuatan
Jadi.... gagal salah satu... maka hilanglah iman... hilanglah aqidah... tak payah la nak pusing-pusing sana sini bawak cerita itu ini...

Gua nak bagitau satu la.... Syiah masih beriman kepada Allah Taala tapi Sikh nih tak beriman kepada Allah Taala... Takkan itu pon bodoh sangat Mopti tak reti nak beza... adoilah... bahaya betul fikrah Mopti ni...

Sujud hanya kepada Allah Taala, haram dan boleh kufur bila sujud sembah kepada makhluk.



Isu Wanita Muslimah Malaysia Berkahwin di India Dengan Upacara Agama Lain -Dr MAZA


Beberapa pihak bertanya saya tentang hal ini. Sebahagian mereka bermaksud untuk menjadikan isu ini modal politik mereka bagi mencerca pihak-pihak yang tidak sebulu dengan hasrat siyasah mereka. Sebahagiannya jujur memang ingin mengetahui jawapan. Di sini saya ringkaskan jawapan saya:
  1. Perkahwinan merupakan bab fekah, iaitu berkaitan suruhan atau larangan yang membabitkan dosa, pahala atau keharusan (permissible). Jika perkahwinan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah - tanpa sebarang keuzuran yang sah- maka pelakunya melakukan dosa. Perbuatan dosa tidak semestinya menjadikan pelakunya kafir selagi dia tidak menghalalkan perbuatan itu. Ini termasuk wanita berkahwin dengan lelaki yang bukan muslim. Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah ayat 221: (maksudnya) “ Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sehingga mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang mukminah lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Mereka itu mengajak kepada neraka, sedang Allah mengajak kepada surga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mempelajari”. 
  2. Untuk menghukum perkahwinan pasangan tersebut sebagai tidak sah, memerlukan penelitian. Apakah benar hanya itu upacara akad perkahwinan yang mereka lakukan atau telah terdahulu sebelum itu upacara yang lain yang memenuhi syarat yang syarak tetapkan? Apakah benar salah satu pasangan tidak menganut Islam? Hal ini perlu kepada semakan dan siasatan sebelum menghukum mana-mana pihak. Berhati-hati itu disuruh oleh agama. 
  3. Perbuatan sujud kepada selain ALLAH adalah haram dengan sepakat para ulama. Pelakunya berdosa besar. Namun, apakah seseorang itu menjadi kafir dengan perbuatan tersebut? Perkara ini terbahagi kepada dua keadaan. Pertama; jika seseorang itu sujud kerana ibadah, dalam ertikata mengagungkan yang disujudkan seperti Tuhan maka dia menjadi kafir. Kedua, jika dia sekadar memberikan penghormatan (tahiyyah) tidak bermaksud ibadah, maka itu tidak menjadikannya kafir. Perbuatan itu dilarang dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w. Ia diizinkan pada mereka yang terdahulu seperti sujud malaikat kepada Adam (lihat: Surah al-Baqarah ayat 34 dan banyak ayat lain), sujud kaum keluarga Nabi Yusuf kepada baginda semasa berada atas singgahsana kerajaan (lihat: Surah Yusuf ayat 100) dan beberapa peristiwa yang lain. Itu semua adalah sujud penghormatan bukan ibadah. 
  4. Ertinya, dalam syariat Nabi Muhammad, perbuatan sujud kepada selain ALLAH itu haram, namun untuk menghukum pelakunya menjadi kafir memerlukan penelitian. Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam al-Sail al-Jarrar: “Ketahuilah bahawa menghukum seseorang muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir, itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari. Ini kerana telah sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada sekumpulan sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”. Kemudian al-Imam al-Syaukani mengulas tentang sujud kepada selain ALLAH, kata beliau: “Hendaklah dikaitkan bahawa sujud seseorang itu bertujuan kerana rububiyyah (ketuhanan) pihak yang dia sujud kepadanya. Maka, dengan sujud itu dia telah mensyirikkan ALLAH dan menetapkan bersamaNYA tuhan yang lain. Adapun jika dia tidak bermaksud kecuali memuliakan (pihak yang disujud) seperti yang terjadi pada orang yang masuk kepada raja-raja asing di mana dia mencium tanah sebagai memuliakannya. Ini bukan kekufuran sama sekali. Tokoh-tokoh ilmuwan mengetahui bahawa mengkafirkan (seseorang) atas andaian adalah sebesar-besar kegelinciran” (al-Syaukani, al-Sail al-Jarrar, m.s 978. Beirut: Dar Ibn Hazm). 
  5. Apapun, perbuatan sujud kepada selain ALLAH boleh mendekati kekufuran, sekalipun mungkin tidak sampai menjadi kafir, jika pelakunya tiada niat ibadah. Ini apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Apa yang dilakukan oleh ramai dari golongan jahil dengan perbuatan sujud di depan guru-guru (tokoh agama) adalah haram secara pasti, dalam apa keadaan sekalipun. Ini samada mengadap ke arah kiblat atau selainnya. Begitu juga samada dia maksudkan (dengan perbuatan itu) sujud kepada ALLAH atau tanpa maksud tersebut. Dalam sebahagian keadaan membawa kepada kufur ataupun mendekati kekufuran” (al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/69. Beirut: Dar al-Fikr). 
  6. Kejadian ini dilaporkan berlaku di luar Malaysia. Ia pada sisi undang-undang yang sedia ada dalam negara ini adalah satu kesalahan. Hal ini menunjukkan ruangan melakukan perkara itu belum dibuka di Malaysia. Walaupun dalam pentadbiran yang lepas ada tokoh-tokoh parti tertentu mendesak hal ini dibuka, namun mereka belum berjaya. 
  7. Jika masih ingat, semasa kerajaan yang lepas, terdapat menteri penting kerajaan terlibat dengan solat atas batu Karbala di luar negara. Kemudian, menteri itu juga menghadiri pusat aktivis Syiah di Satun Thailand, pergi melalui Perlis. Hal ini juga tidak di ambil tindakan oleh mana-mana pihak semasa itu sebab ia berlaku di luar negara. 
  8. Saya berpendapat kes ini tiada kaitan dengan pelaku anak siapa atau anak saudara siapa. Kesalahan ini adalah kesalahan peribadi melainkan pihak lain menyokong perbuatan tersebut. Jika kita masih ingat, dahulu ada anak menteri penting yang diputuskan mahkamah terlibat dengan dadah. Apakah itu bererti semua mereka yang berada dalam kerajaan ketika itu menghalal dan menyokong dadah? Sudah pasti itu andaian yang tidak tepat. 
  9. Kesedaran dan dakwah tentang perbezaan akidah amatlah penting difahami. Ia bukan untuk tujuan perbalahan, tetapi mengetahui sempadan akidah muslim. Sebelum ini terdapat orang politik dalam pentadbiran lepas yang menentang dakwah perbandingan agama sekalipun secara ilmiah dan sopan. Bahkan mereka mendesak pendakwah yang membicarakan hal itu dihukum. 
  10. Isu ini hendaklah dibahaskan secara ilmiah bukan emosi. Kita mesti melihat kes dengan siasatan yang teliti dan berhati-hati. Menghukum kesalahan individu hendaklah setelah mendengar penjelasan dari pihak berkaitan, melainkan pihak terbabit menghalalkan kesalahan dan menyokong penyelewengan.

Sabitan Kes Adnan Mansor Memang Pelik

Bhai/DeeDee semua..

Kita semua sedia maklum bahawa dalam mana-mana kes berkaitan rasuah... denda bagi sabitan kes rasuah adalah 10 kali ganda dari nilai suapan... Ini memang standard.. ini memang piawai.. dan ini yang ada dalam peruntukan undang-undang...

Tapi....

Tapi dalam penghakiman kes Adnan Mansor yang berlansung pagi tadi, didapati denda yang dikenakan terhadap Adnan Mansor adalah sama senilai dengan nilai suapan.... Macam mana la Hakim tu buat keputusan macam tue... Bab hukuman penjara 12 bulan tue gua tak pertikaikan... tapi bab denda tue ja...

Sebab... kes tu nilai suapan adalah RM2 juta... tapi bila jatuh hukum... nilai denda cuma RM2 juta jugak... 

Macam mana Hakim Mohamed Zaini boleh terkhilaf nih?? Atau aderkah ader deal belakang tabir?? Ini bukan nak menghina Mahkamah bagai ka... cuma pelik... takkan la Hakim Mohamed Zaini tatau nilai suapan dan apa hukuman denda yang sepatutnya Hakim jatuhkan...

Siap Peguambela mintak denda dikurangkan jadi RM2000 ... macam sial jer kan...

Adoilah....



Sudah Mula Tunjuk Samseng

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... seperti dijangka... UMNO selaku tunjang utama BN dan pemegang kerusi paling banyak dalam PN memang akan mintak orang lain hormat depa dalam proses rundingan pengagihan kerusi... Memang dah agak pun... dan sudah boleh mula tunjuk samseng..

Ini baru permulaan bhai...

Belum lagi PAS tunjukkan samseng dier plak... Hahaha... Jangan ingat PAS tak berani nak tunjuk samseng dalam PN... wei.. kalu kat Kelantan dan Terengganu pun PAS boleh buat kelaku samseng takmo berkongsi kuasa.... lu ingat tempat lain dier mau dier gak ka??

Kompom la bhai.... akan berlaku perang dalam merebut kerusi dalam pilihanraya umum akan datang nanti... Pastinya UMNO akan nak bertanding di semua kerusi dan kawasan yang UMNO biasa bertanding... dan PAS jugak akan nak bertanding di semua kerusi dan kawasan yang PAS biasa bertanding...

Dan kesemua kawasan nih memang overlap.... Hahaha.... memang bertembung punya...

Itu belum masuk lagi BERSATU nak masuk jarum nak gak kerusi dan kawasan bertanding untuk depa... memang double triple overlap... Hahaha.... dan pastinya akan berlaku pecah sokongan dan undi... Hahaha... Kita nantikan jer la...

Aper pun.... MCA takkan nak lepaskan peluang depa... MCA mana pernah bertanding di kawasan majoriti kaum Cina... MCA sentiasa bertanding di kawasan majoriti Melayu,.... Hahahaha... bertembung lagi teruk la... PAS sure takkan bagi muka...

Hahaha... Ini akan jadi perang besar...



20 December 2020

Mahu Cerita Apa Lagi?

Bhai/DeeDee semua...

Orang kata... bodoh tu bukan satu penyakit... sebab kalu ianya penyakit tentu boleh diubati... Bodoh tak boleh nak ubat pon... Katok kepala si bodoh banyak kali pon bukannya ader faedah... Buang masa nasihatkan si bodoh... 

Dah banyak kali dah dinasihat... dah banyak kali dah dibagitau... tapi pasai bodoh dan bergaul serta dikelilingi pulak oleh penasihat yang level bangang... maka jadi camnie la...

Padan muka la kalu PRU15 nanti takder sapa nak undi... Padan muka la kalu PRU15 nanti hilang lebih banyak kerusi.... semua sebab bodoh yang tak boleh diajar...



Dah tau tindakan Anwar Ibrahim hari tu bodoh... still tak pandai-pandai lagi ka nak buat permohonan maaf secara terbuka.... mintak maaf kepada penyokong dan para pengundi atas pagar...  Nak harap Anwar Ibrahim mintak maaf secara terbuka... lupakan sajer la...

Nih Mat Sabu dan Lim Guan Eng pun sama perangai terikut macam Anwar Ibrahim....

Adoilah.... jangan nanti bila dah hilang kerusi pada PRU15 baru nak buat permohonan maaf secara terbuka... kalu buat masa tue... memang mencari nahas la... memang nak cari kena maki... memang nak kena carut lar...

Bodoh.... still nak sembang pasai Muhyiddin Yassin berkhianat... masih nak sembang pasai Azmin Ali berkhianat... nak sembang pasai Zuraida Kamarudin berkhianat.... ini bukan masanya nak sembang pasai khianat depa semua tue.... ini bukan masa nak sembang pasai apa Mahathir Mohamed letak jawatan.... masa tu dah berlalu...

Ini masa nak kena tunjukkan ader kekuatan... ini masa nak tunjuk bahawa Pakatan Harapan tu still relevan untuk memimpin Malaysia... Ini masa nak bagitau yang Pakatan Harapan sudah dan sedang berubah... Ini masa nak bagitau yang Pakatan Harapan ader plan baek punya untuk Malaysia....

Cukup-cukup la bawak cerita Tebuk Atap la.. aper la...  cukup-cukup la tunjukkan kebodohan sendiri tue...

Ader paham ka???

19 December 2020

Walaun PAS Sudah Tak Menjuarai Isu Rakyat

Bhai/DeeDee semua...

La nih semenjak dua menjak PAS jadi sebahagian dari komponen Kerajaan Malaysia (Pusat), suara walaun PAS dah tak berapa kedengaran menjuarai isu rakyat... Banyak isu rakyat yang biasa PAS pungut dan suarakan selama ini senyap sunyi... tak berdetik...

Tatau la apa dah jadi dengan walaun PAS nih...

Yang dapat laba dan untung adalah Pemimpin PAS ... tapi yang layu dan lentok aderlah walaun PAS... takkan la kot lembik loteq... adoilah... kata kaki jihad... kaki demo... kaki bantah bagai....  la nih semacam Erectile Dysfunction (ED) ja....

Adoilah...



Wei... aktif la sikit... harga bawang la nih mahal lar.... harga cili merah pun dah mahal sekarang... harga petrol jangan dipertikaikan... saban minggu naik.... tak reti-reti nak turun....

Takkan la walaun PAS nih sudah tak berniaga murtabak... dah tak berniaga kedai makan... dah tak berniaga laksa... dah tak berniaga pasar malam... atau dah tak berniaga kat tempat ceramah (ooops... ceramah skrang tabley sebab Covid-19) .... hahaha

Takkan la kot....

Agaknya itu sebab walaun PAS semua dah mandom... semenjak berkawan baik ngan macai UMNO... terus mandom jadinya.... huhuhu... Isu arak pun walaun PAS senyap sunyi tak berkutik.... isu rasuah dah lama dah ilang dari kepala hotak walaun la nih.... belum lagi isu anak sepupu Menteri UMNO yang kawin dengan Ketua Pasukan Hoki India yang katanya siap tukar agama tue...

Itu lagilah senyap... hahahaha... lawak siot puak walaun PAS nih... Hahaha

Ini Baru Betul, Presiden Chile Didenda RM14,000 Ingkar SOP Covid-19

Bhai/DeeDee semua...

Mimpilah kita nak tengok benda macam ni berlaku di Malaysia... Memang mimpilah... Level Dewa, Kayangan dan VVIP anak beranak memang kebal dari undang-undang di Malaysia...


Polis dan pihak berwajib kat Malaysia mana ader telor nak saman atau amik tindakan.. Siap cover lagi ader lah... siap ejast tarikh sebagainya pon ader... hahaha... siap ejast dokumen bagai... Ini fakta la bhai... fakta....

Hahaha....

PDRM jadi tunggul jer kalu berlaku kesalahan yang dibuat oleh pihak Dewa, Kayangan, VVIP dan anak beranak depa....  Tak brani PDRM nak usik... 

Tapi cuba kalu orang biasa yang buat... kalu tak kena RM1000 tak sah la... itu paling kurang.. silap-silap lebih banyak dari tue... malah dalam banyak kes siap dapat makan minum dan tido free dalam lokap atau penjara... Hahaha

Bukan takder yang kena sampai RM15 ribu... dan ader yang kena penjara sampai 3 bulan... huhuhu.... 

Semua sebab rakyat biasa.... berani lah depa amik tindakan... huhuhu...

18 December 2020

Tukar Hakim Kes Wang Haram, Elak Cukai Rosmah Mansor

Bhai/DeeDee semua..

Nampaknya Rosmah Mansor juga perlu dapatkan Insuran Nyawa ... Hehehe
Sebab nampak berat ja nak menang kes nih... memang berat.... so kena cepat dapatkan insuran nyawa.


Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes pengubahan wang haram serta pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan agar prosiding kes itu dijalankan di hadapan hakim lain bagi membolehkan kes didengar lebih awal.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat cadangan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Poh Yih Tinn memaklumkan kepada mahkamah akan perkembangan terkini kes rasuah Rosmah berhubung projek solar hibrid untuk sekolah di pedalaman Sarawak yang ditetapkan hujahan lisan pada 10 Feb depan selepas pihak pendakwaan menutup kes mereka pada 10 Dis lalu.

Terdahulu, Mohamed Zaini yang mendengar kedua-dua kes tersebut, memutuskan untuk memulakan prosiding kes pengubahan wang haram serta pengelakan cukai yang sebelum ini ditetapkan pada Mei, selepas kes rasuah Rosmah selesai.

Hehehe.... sabor je la kan....

Azeez Rahim Pun Nak Selamatkan Diri Juga

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat Najib Razak dan Zahid Hamidi jer yang nak deal ngan Muhyiddin Yassin... nak beli insuran nyawa... Tapi Azeez Rahim pun nak selamatkan diri jua... Mesti la mau selamat... takkan mau nak duduk Penjara Sg Buloh atau Penjara Kajang.


Ahmad Maslan dah usahakan selamatkan diri... Yang dah terselamat aderlah Adnan Mansor... awal lagi dier dah deal untuk selamatkan diri... sebab itu dalam kes dier ... pemberi rasuah kena tindakan... penerima rasuah boleh lepas bebas... Musa Aman pon dah lama lepas...

Lepas nih ramai lagi sebenarnya dalam senarai...

Jadi kalu nak selamat... cepat-cepat la amik insuran nyawa... dan harap PN kekal lama .... tak dapat jawatan balik pon takper... janji diri selamat.... tengok macam Zahid Hamidi.... satu jawatan pon takder... janji selamat...

Err.... jangan kata takder orang PAS dalam senarai... ader bhai... cuma yang sedang kantoi la nih orang yang takder kerusi Parlimen... yang itu senang nak dikorbankan... hahaha ... tapi kalu lu ader kerusi Parlimen... sure selamat punya... jangan la riso...

Hahaha.... janji selamat


Punyalah Takut Dan Cuak

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Tengku Razaleigh (MP Gua Musang) memang memberikan masalah kepada UMNO... tapi disebabkan takut kehilangan sokongan dari Ahli Parlimen tersebut... dan jugak orang-orang yang kuat menyokongnya.... maka UMNO nampaknya takkan amik tindakan untuk merujuk Tengku Razaleigh ke Jawatankuasa Disiplin UMNO...

Ini menunjukkan bahawasanya UMNO sebenarnya agak goyah walaupun kelihatan pada pandangan umum akan kuat dalam Perikatan Nasional.


Setahu gua la.... terlalu banyak permintaan dari kepala-kepala besar dalam UMNO yang mahukan mendapat lebih kuasa dan jawatan... tapi BERSATU yang dikepalai oleh Muhyiddin Yassin memang tak akan bagi...

Ini sebenarnya mengancam kesepakatan dalam Perikatan Nasional... Tambah lagi dengan perangai PAS yang masih merasakan merekalah "king maker" yang amat berkuasa dan berwibawa.

Aper pon.... Ini semua akan teruji tak lama lagi biler usaha-usaha pembahagian kerusi parlimen yang akan mula dibincangkan dalam setahun dua nih.... Ini akan jadi perang besar... Ini akan jadi satu titik tolak sama ada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional akan kekal lama atau tidak...

Sebab .... semua Parti yang terlibat tetap berebut lokasi kerusi yang sama.... Yang untung nanti adalah MCA dan MIC ....  Mereka tetap akan dapat kerusi yang tak perlu berebut pun.... Hahahaha

Pandangan Sinis Gua Berkenaan Kapal LCS Milik TLDM

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum bahawasanya TLDM (ATM) telahpun mengeluarkan belanja sebesar RM6.083 Bilion untuk program pembelian 6 buah Kapal LCS. Pembayaran sebanyak ini telah pun diberikan dari peruntukan projek sebesar RM9 Bilion.

Satu masalah yang ketara, walaupun pembayaran telah dilunaskan sebesar ini, namun sebuah kapal LCS pun TLDM masih tak dapat masuk dalam inventori. Ianya masih tak siap. Kenapa ini berlaku sedangkan sepatutnya dalam masa ini TLDM telah menerima 2 buah kapal LCS tersebut.


Penyelewengan dan masalah ini patut kita tangani dengan baik.

Jadi pada gua la... dari kita berabis nak menyiapkan 6 buah kapal LCS nih..... dengan modal yang sebegitue besar dah dihabiskan.... apa kata kita sekadar beli banyak bot-bot kecil tempur yang berkelajuan tinggi.. tapi dilengkapkan dengan kemudahan pertahanan yang termaju sama ada dari segi sistem Torpedo anti kapal/kapal selam, sistem Surface To Air Missile (SAM) dan juga meriam multi-turret berkaliber 50mm.

Malah boleh juga bot tempur berkelajuan tinggi ini dilengkap dengan sistem Anti Aircraft Gun bersaiz 20mm atau Mini-Gun 20mm.

Gua rasa dengan dana yang ada kita mungkin boleh dapat lebih 100 buah bot tempur berkelajuan tinggi ini... dan ini lebih bermakna... kerana ianya lebih "agile" dan agak susah untuk dimusnahkan oleh kapal perang....

Ianya boleh menyelinap di banyak pulau dan boleh berfungsi sebagai cegah rintang yang lebih berkesan serta membuat serangan secara mengejut. Ini lebih relevan .... Memanglah kita perlukan beberapa buat kapal LCS dan kapal perang yang lain... tapi kalu dah yang ada ini tak siap-siap, apa yang boleh kita harapkan.

Betul dak??

17 December 2020

Baru Nak Sedar Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha... gua gelak jer baca kenyataan Lim Guan Eng dan Mat Sabu .... Bukan aper... benda nih dah lama gua citer... dah lama gua pushkan sampai ke telinga banyak orang... tapi yer la... jenis bebal.. lambat nak pikap... dah kena main banyak kali pon masih lagi naif dan bodo....

Hahahaha... aper nak kata la kan?? Hahaha... Kiter gelakkan jer la...




Kegagalan pembangkang menolak Belanjawan 2021 sekali gus menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) mengajar Pakatan Harapan (PH) agar mereka tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang atau membuang masa dengan ahli parlimen oportunis.

Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata kelompok terbabit hanya memperalatkan PH untuk kepentingan peribadi agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan.

"PH harus berdepan dengan realiti ini. Perlu ada suatu anjakan politik semula bagi tumpuan kepada menyatukan rakan-rakan kita di kalangan ahli parlimen pembangkang yang berdiri bersama kita pada hari Selasa.

"PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan oportunis, dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN," kata mereka.

Harap depa kekal sedar lah.... Kan Kan Kan ...

Cukup jer la Anwar Ibrahim yang kekal mudah diperbodohkan... hahaha... 

Hahaha

Uncle Kentang Gak Jadi Hero

Bhai/DeeDee semua...

Mana Ahli Parlimen dan ADUN semua?? Mana dier pegawai JKM? Mana dier pemimpin masyarakat setempat?? Kenapa Uncle Kentang gak yang terpaksa jadi hero...

Adoilah... kesana kesini Uncle Kentang terpaksa handle masalah... Kita paham la Uncle Kentang nih agak juara dalam bab NGO nih... tapi janganla sampai Polis pon terpaksa panggil Uncle Kentang.... Adoilah...

"Nasib lima sekeluarga yang diusir dari rumah sewa mereka sehingga terpaksa bermalam di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) mendapat perhatian daripada Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng. Kuan atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, dia dihubungi polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (PD) Brickfields selepas pihak berkuasa menerima laporan orang awam pada 8 Dis lalu."



16 December 2020

Patutkah Pakatan Harapan Ditukar Kembali Kepada Pakatan Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

Pakatan Harapan nampaknya dilihat failed untuk kekalkan momentum sokongan dan mandat rakyat.. Tak payah la nak tipu diri... Memang kita semua nampak benda nih... Ianya realistik... 

Kucar kacir, strategi kelaut dan mengecewakan penyokong serta mengelirukan pengundi atas pagar...

Gua lihat Pakatan Harapan nih kurang masa depan... sebab banyak kerja buat dan percaturan yang salah telah dibuat .. hasil dari orang-orang kiri kanan pemimpin PH yang ada kepentingan peribadi... Betul... ramai yang dikeliling pimpinan PH aderlah jenis kaki bodek dan manipulator... malah ramai yang jenis nak lepaskan tembolok sendiri ja...

Janji poket depa kembung.... jenis nih jenis melompat... jenis lalang... jenis yang tengok mana pokok yang berbuah.... 

Tapi itulah... itulah pulak mangkuk-mangkuk yang para pimpinan PH suka payung... suka bela... suka ternak.... sebab itu lah jugak kejatuhan pimpinan PH dapat dijangka... sebab percaya giler kat puak-puak bangsat nih...

Bukan la nak kata dalam UMNO takder jenis nih... dalam PAS takder jenis nih... ader gak berlambak... memang ramai bangsat camnie.... cuma nampak ketara atau tidak jer bezza nyer... Hahaha....

So... Patutkah Pakatan Harapan ditukar kembali kepada Pakatan Rakyat....

Atau guna jer nampa baru.... Mandat Rakyat ..... amacam???




Abdul Hadi Awang Kena Saman Lagi Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang kena saman lagi... Kali ini sapa pulak yang nak jadi tukang bayar saman?? Kompon Rameli Musa takmo bekap punya kali ni,,, Takkan la Rameli Musa nak bekap dua kali...

Bekap yang dulu pon bukan ader ucapan terima kasih.... Abdul Hadi Awang nih bukan perangai dier jenis nak ucap terima kasih... bukan setakat nak ucap terima kasih... ucapan permohonan maaf pon dier takkan buat punya...

Itu memang peel dier... tambah lagi dalam bab menghasut nih.... Patut dah lama dier kedalam kalu bab bawah akta hasutan nih.... tapi yer la... payah jugak kalu pihak berwajib pon lemau... hahaha




15 December 2020

Kalah Ke? Kata Itu Hari Strong, Formidable And Convincing?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Kalah ke masa pengundian Bajet 2021 tadi? Kalah ke?? Kata itu hari Strong, Formidable And Convincing??? Hahaha.... Macam mana tak kalah... patut sekat dan lawan masa yang mula-mula pengundian peringkat dasar Bajet 2021... tapi sebab bodoh.... memang kena la...

Masa tue.. UMNO pon cuak gak ingatkan memang betul Anwar Ibrahim ader cukup nombor... Masa tue kira memang masing-masing tak dapat baca kekuatan musuh... Masa tue memang momentum tu ader... tapi biler dah kantoi takmo buat masa tue... terus hilang momentum... Bagi alasan bodoh konon takmo menderhaka kepada YDP Agong.... Wei... YDP Agong cuma bagi nasihat ja... sebagai Ahli Parlimen kita boleh jer takmo ikut nasihat tue... sebab Perlembagaan Negara lagi tinggi dari YDP Agong... boleh je abaikan nasihat tu jika ianya bercanggah dengan kepentingan rakyat secara besar....

Bayangkan lar.... dah mencanak tinggi momentum masa tue... dah dekat nak inzal.... tapi pasai lemau sangat planning strategi bodoh... terus jadi erectile dysfunction (ED) .... terus lemah... dan biler dah lemah... aper lagi.... pakat kena pijak jer la.... padan muka la pasai bodoh sangat...

Hahaha.... ramai orang macam tak percaya yang Anwar Ibrahim tu bodoh sangat... tapi yer la... strategi sudah pun diketahui banyak flaws.... pastue konon nak serang masa peringkat jawatankuasa.... last-last lemau... pasai semua orang dah boleh baca strategi bodo dier... dan orang dah tau yang dier sudah hilang kekuatan... hilang reputasi...

Skrang ni... nak tengok aderkah Anwar Ibrahim nak buat permintaan maaf secara umum atas kesilapan yang dier telah buat dan atas strategi bangang yang dier dah buat.... hahahaha ... Mimpi la Anwar Ibrahim nak mintak maaf.... Mimpi la...

Sayonara la sampai bila-bila kekal bakal...

PRU15 ... PH akan babai... hahahaha







Buat Naya Ke Abdul Hadi Awang Je la

Bhai/DeeDee semua...

Hari ni ader sesi pengundian Bajet 2021 di Parlimen bagi bacaan kali ketiga. Dan ini dikira sesi pengundian terakhir sama ada Bajet 2021 ini diluluskan atau tidak.... Kira penting gak sesi pengundian hari ini.... Mana taknyer... kalu kurang 1 undi pon boleh kalah.... jadi kena pastikan semua orang hadir dan bersedia untuk mengundi...

Jadi Muhyiddin Yasin takder pilihan... dier kena pastikan semua MP yang sokong dier hadir hari nih.... tak boleh ader yang ngelat takmo hadir...

Tapi... pada masa yang sama... hari ini juga Sultan Perak Darul Ridzuan (Raja Nazrin Shah) telah mengarahkan Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS menghadap baginda di Istana Kinta Ipoh....

Nampak sangat la arahan suruh menghadap kat Istani nih semacam buat naya ke Abdul Hadi Awang je la.... sebab... macam mana  Abdul Hadi Awang nak berada di dua tempat serentak.. yang lokasinya lebih 200km ...

Kalu tak pergi sidang Parlimen sebab nak menghadap YM Sultan Perak... Muhyiddin Yasin akan kekurangan undi yang boleh menyebabkan kekalahan berlaku pada sesi pengundian Bajet 2021... tapi kalu pergi (hadir) Sidang Parlimen.... maka Abdul Hadi Awang dilihat telah menderhaka pada titah Sultan...

Tak ker naya... huhuhu



14 December 2020

Pengundian Bajet 2021 Kali Ketiga Esok, Beranikah Nak Tolak?

Bhai/DeeDee semua...

Pertamanya.... sembang PH nak suruh semua MP yang menyokongnya supaya tolak pembentangan kali ketiga Bajet 2021 esok sebenarnya adalah satu yang kelakar.... Sebab pastinya akan ader MP yang taknak ikut...

Tambah lagi Anwar Ibrahim telah membuktikan yang dia memang takder nombor... tak seperti yang dier canang-canangkan sebelum nih...

Dan takder sekor pun MP UMNO yang akan sokong nak tolak bajet nih... tambah lagi PN dah cucuk isu KWSP dalam pembentangan Bajet 2021...

Keduanya.... dulu masa pembentangan dan pengundian kali pertama Bajet 2021 nih... PH katanya takmo nak derhaka kepada YDP Agong.... takkan la kali nih berani dan ader telor nak derhaka? Hahaha... sembang jer lebih lar...

Tambah lagi ramai MP PH yang jenis takder telor dan penakut.... jenis jaga tembolok sendiri jer.... So... takkan adernyer nak tolak....

Ketiganya... Mahathir Mohamed pasti akan gagalkan aper sajer plan Anwar Ibrahim... tambah lagi memang dari dulu lagi gua dah kata... Mahathir Mohamed memang taknak Anwar Ibrahim jadi PM... walaupun Muhyiddin Yasin tu kayu dan lemau.... kalu itulah pilihan yang ader.. Mahathir Mohamed tetap akan suka, sokong dan bantu....

Ader paham ka??


Masa peringkat jawatankuasa pon tak melawan... lagi mau sembang kari.


Mesti Hidu Gam Cap Senapang Ni...

Bhai/DeeDee semua...

Orang cakap... kalu dah selalu hidu gam ... mesti otak ader sewel sikit... sebab ader campuran kimia dalam wap gam yang dihidu tue...

Jadi jangan la hidu gam dari zaman kecik sampailah ke besar gajah... tambah-tambah gam cap senapang ... atau gam cap Dunlop .... Hahaha... tu yang wayar tue... sampaikan nak letak nama mini stadium pun letak nama terbalik... Ffira Mikah... Konon campuran bahasa Greek, Sepanyol dan Arab...

Hahaha... giler betul lar...

Dier ingat semua orang hidu gam macam dier ka??? Hahaha... pening aaa... payah aaa kalu sampai dah tua kesan hidu gam tu tak hilang.... Huhuhu... Naya...



Tak Reti Nak Guna Budi Bicara

Bhai/DeeDee semua..

Boleh ja guna budi bicara suruh dia balik rumah. Lagi pun rumah apek tue dekat situ je. Tak perlu sampai nak saman kompaun bagai. Otak letak kat mana aaa?

Tak beragak nak tunjuk kuasa bagai.. Orang tau la dier Polis.... Kalu depan Menteri, VVIP atau sebagainya hanya mampu jadi tunggul ja.

Adoilah....

Warga emas dikompaun RM1,000 baca suratkhabar di taman awam