13 January 2021

Apa Jadi Dengan Polisi Insuran Semasa Darurat?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan bahawa Malaysia sedang berada dalam keadaan Darurat sehingga 1 Julai 2021 atas perkenan YDP Agong.

Jadi... 

Persoalan yang berbangkit sekarang adalah "Apa jadi dengan polisi Insuran / Takaful semasa Darurat".

Sebab dalam klausa yang tertera pada dokumen polisi insuran / takaful ada tertera yang perlindungan Insuran / Takaful tidak mengikat (non-cover) pada masa negara diisytiharkan berada dalam keadaan darurat. Jadi ini sebenarnya menjadi satu cabaran dari segi undang-undang untuk memastikan adakah ada kelayakan pada pemegang polisi untuk mendapatkan perlindungan insuran / takaful semasa Darurat.

Kalau mengikut tafsiran undang-undang sedia ada yang mendasari terma dan syarat polisi insuran, semasa Darurat tiada tanggungan boleh dibebankan kepada Syarikat Insuran / Takaful selaku penanggung risiko.

Maka pihak Syarikat Insuran / Takaful boleh sahaja mengabaikan mana-mana tuntutan insuran dari pemegang polisi semasa Darurat 2021.

Adakah pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin ada memikirkan tentang perkara ini sebelum bertindak menasihati YDP Agong untuk membuat Proklamasi Darurat 2021? Ini yang perlu kita tanya sebab jangkamasa darurat adalah selama 7 bulan dan dalam masa 7 bulan itu pelbagai perkara boleh berlaku.

Adakah polisi insuran / takaful yang telah diambil masih valid dan melindungi para pemegang polisi?

Maaf cakap lah, Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) memang akan sentiasa mencari jalan untuk sama ada tidak membayar pampasan insuran atau sekurang-kurangnya membayar pampasan insuran / takaful pada nilai yang paling terendah. Ini memang SOP Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) pada setiap masa.

Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) pastinya akan lebih mementingkan kepada keuntungan para pemegang saham mereka sahaja. Itu paling utama.

Jadi apakah ada perlindungan untuk rakyat?



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???