14 January 2021

Dua Kemenangan Bawang Rangers @ Netizen

Bhai/DeeDee semua..

Bagus sebenarnya kuasa bawang rangers @ netizen Malaysia nih... Gua salute... Gua respek...

Hasil dari tekanan secara "berpusat" dan "bersepakat" akhirnya telah terhasil dua kemenangan untuk para netizen... Masa yang diambil cukup cepat... paling lewat 48 jam... tapi paling cepat sekitar 6 jam sahaja... Hahaha

Kemenangan yang pertama berkaitan dengan isu pendaftaran tanda niaga (trademark) Harimau Menangis... yang viral semalam... Isunya adalah bilamana emak Neelofa telah viralkan satu video dalam Instagramnya berkenaan kononnya dia telah berjaya mendapatkan kelulusan trademark bagi produk Harimau Menangis miliknya... dan siap emak Neelofa ini menyindir kononnya tak boleh dah orang lain menjual produk atas nama Harimau Menangis kalu tak mampu nak bayar royalti.

Lalu apa lagi... serangan bertalu-talu oleh para bawang rangers @ netizen sehingga berjaya menyebabkan MyIPO terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mengingatkan emak Neelofa agar tidak lebih sudu dari kuah yang mana akhirnya menyebabkan emak Neelofa telah mengatakan bahawa dia akan tarik balik permohonan pendaftaran trademark Harimau Menangis.

Kemenangan yang kedua adalah lebih manis... bilamana pihak yang terlibat sendiri menarik diri dan memberikan jawatan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial. Ini berkaitan dengan kes cabul yang melibatkan pihak yang mendapat lantikan ini yang khabarnya kes tersebut adalah dihukum lepas tapi tak dibebaskan

Kes ini melibatkan Shahidan Kassim (bekas Menteri Besar Perlis).

Yang mana pada akhirnya beliau melepaskan jawatan itu dan memberikannya kepada pihak lain.

Syabas buat bawang rangers @ netizen



3 comments:

  1. Balau ni kes norita pun dia sibuk.

    ReplyDelete
  2. Kuasa bawang sampai PN tumbang dalam 10 bulan. PM 109 forever!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Patut pun bawang naik harga! Ha ha ha power rupanya

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???