16 January 2021

Risiko Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua...

20 hb Januari adalah hari dimana pembukaan semua operasi sekolah di Malaysia bagi negeri-negeri yang diletakkan dibawah PKPB dan PKPP ... Ini telah disahkan oleh Menteri Pendidikan Radzi Jidin...

Apa yang merisaukan... adalah kesan risiko di sekolah akibat Covid-19

Kita semua sedia maklum, kebanyakan kes-kes jangkitan Covid-19 berlaku akibat dari kes Cuti-Cuti Malaysia (pada hujung tahun 2020) dan juga cuti Krismas.... Jangkamasa virus bertindak dalam badan adalah selama 14 hari.. dah ini telah menunjukkan bahawa ianya memang berlaku dengan merebaknya pada dua cuti yang dinyatakan tadi...

So...

Semasa pembukaan sekolah ni... macam mana kita nak kawal jangkitan virus yang mungkin masih lagi belum menunjukkan simptom dalam perumah (host)...bayangkanlah... berapa ramai murid-murid yang telah bercuti disamping bercampur gaul dengan orang lain yang mungkin telah dijangkiti wabak ini..

Dan bila bercampur ini.... mungkin akan berlaku lebih banyak impak yang kritikal... dan merebaknya lagi virus ini ..... risiko tetap ader... dan ianya agak payah untuk dikawal dan dikenalpasti...

Aper pun... pada gua tindakan Kementerian Pendidikan membuka kembali operasi sekolah dalam keadaan wabak makin meningkat ini adalah satu tindakan tidak wajar dan tidak bertanggungjawab... Ianya boleh menyebabkan berlakunya kluster yang baru... kluster sekolah....

Gua tetap berharap agar Kementerian Pendidikan menangguh sedikit masa (sekitar sebulan) sebelum membuka kembali persekolahan secara biasa.... dalam keadaan sekarang... kita patut teruskan persekolahan dari rumah (school from home) demi untuk keselamatan anak-anak kita.



1 comment:

  1. Menteri nak student terdesah pada risiko. Senang kerja menteri. Depa bukan suka ada orang bijak dan tahu berfikir sendiri

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???