05 February 2021

Apa Cerita Institusi Kehakiman?

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang menarik untuk dikaji adalah 2 cerita dibawah ini yang saling berkait sebenarnya yang melibatkan Institusi Kehakiman...

Pertama sekali adalah isu buku memoir Tommy Thomas yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara selama lebih kurang 20 bulan lebih...  Buku Tommy Thomas ini yang telah diterbitkan oleh GerakBudaya nih menjadi viral kandungannya sebab ianya membabitkan beberapa nama besar dan orang-orang politik dalam percaturan mereka memperkudakan semua cabang perkhidmatan kerajaan termasuklah institusi Kehakiman...

Jadi... dalam kes buku memoir Tommy Thomas nih... kalu sesapa ader rasa tak puas hati... dipersilakan untuk membuat tuntutan saman ... apa tunggu lagi... lagi ramai lagi bagoosh... dan ramai akan terpecah pekung didada.... Hahaha

Keduanya sekali adalah berkaitan dengan penggantungan jawatan Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer dari jawatan Hakim Kanan Mahkamah Rayuan... Ini pun bukan calang-calang isu yang dibawanya... sehingga dilihat mencalar imej, integriti dan reputasi Institusi Kehakiman.... Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer ini bawa cerita kepincangan, salahguna kuasa dan campurtangan Hakim tertentu dalam kes-kes berprofil tinggi...

Ini memang satu masalah yang "open secret" dimana ramai yang terlibat dalam Institusi Kehakiman tahu tapi tak berani untuk menyuarakannya... atas pelbagai alasan... Apa pun ... gua tetap salute ngan Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer nih sebab berani mencabar Judicial Enquiry Commission (JEC) yang berstatus Suruhanjaya Diraja...

Benda nih bukan benda baru... benda dah lama.... ramai dah yang cuba membawaknya... tapi kurang berani... dan akhirnya Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer pula yang berani membawa dan mencabarnya...

Salute buat Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer.



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???