16 February 2021

Patutnya Sudah Lama

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara dengan SKMM dan Internet Service Provider (ISP) di Malaysia ini adalah sikap MALAS... Malas bertindak walaupun sesuatu isu itu dah lama diutarakan... Macam contoh lah ... punya lah lama dah orang utarakan tentang beberapa laman web porno yang ternama... tapi sampai sekarang ianya masih boleh diakses..

Dalam kes Sugarbook.... sistem yang menghubungkan sugar daddy dengan sugar baby ... iaitu sistem sugar mummy digital.... ianya telah viral pada 2019... Tapi walaupun ianya viral... tiada daya dan usaha daripada pihak SKMM dan ISP di Malaysia untuk menyekatnya...

Bukan benda baharu yang timbul... tapi benda yang dah lama....

Sepatutnya tak payah nak tunggu sesuatu isu itu viral.... tindakan boleh diambil dengan menyediakan satu unit khas pemantauan dan sekatan untuk semua perkara ini.... Tak susah mana... kalu laman web politik laju ja disekat.... tapi kalu laman web yang merosakkan akhlak ini... lambat nak amik tindakan...

Boleh sahaja ditubuhkan unit khas pemantauan dan sekatan ini... yang kerja mereka hari-hari adalah pantau laman web yang tak senonoh ini dan sekat... Bukan susah pon nak sekat di main gateway ISP Malaysia...

Dalam contoh simple... rumah gua dipasang sistem Firewall berjenama Fortigate yang mana dengannya gua boleh sekat traffic berasaskan filter yang disediakan... namun gua juga menyediakan second level filteration dengan menggunakan OpenDNS Family Shield .. Ini otomatik... dan ianya dapat block 90% dari laman-laman tak senonoh nih secara otomatik...

Semuanya boleh dibuat kalau ada kehendak....



1 comment:

  1. Kata dua Otai pada Tun Mahathir

    Akhirnya, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Rakyat menjadi mangsa akibat pengkhianatan yg berlaku. Hingga hari ini rakyat menderita angkara Mahathir, Muhyiddin, Azmin dan sekutu2 yg lain yang ambil peluang menjadi pengkhianat mandat rakyat.

    Justeru itu, hadapilah Mahathir sebagaimana kita hadapi rakan-rakan pengkhiatnya yang lain. Jangan sesekali buat kerja bodoh untuk bawa Mahathir ke dalam PH. Sesiapa pun yang cuba bawa Mahathir, itulah musuh rakyat dan kita akan tentangnya habis-habisan.

    WFAUZDIN NS

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???