07 March 2021

Jangan Ada Double Standard

Bhai/DeeDee semua...

Bola sekarang nih terletak kepada Peguam Negara... Kalu dalam kes Malaysiakini tempohari... Kesalahan menghina Mahkamah telah diletakkan dibahu Malaysiakini hanya kerana ader komen dalam posting di portal itu dinilaikan sebagai menghina. ... kali ini Abdul Hadi Awang sendiri yang menulis artikel di portal HarakahDaily yang dilihat ramai sebagai menghina Mahkamah dan Hakim.

Kita harap Peguam Negara tidak pilih kasih.... Jangan ada double standard...

Kes hampir serupa... tapi bebanan dilihat lebih berat dalam kes menghina Mahkamah oleh Abdul Hadi Awang.... ini kerana ianya adalah tulisan dari Abdul Hadi Awang sendiri dan diterbitkan oleh Portal HarakahDaily...

Ini bermakna... bukan sahaja Abdul Hadi Awang semata-mata yang boleh didakwa menghina Mahkamah akan tetapi ianya juga boleh disabitkan kepada HarakahDaily kerana menyiarkan kenyataan tersebut...

Kalau dalam kes Malaysiakini.... hukuman denda yang diminta oleh Pendakwaraya adalah sebanyak RM200k tapi Hakim telah menetapkan denda kepada RM500k... makanya... denda yang sama juga layak dikenakan kepada HarakahDaily ... Bagi Abdul Hadi Awang.... jika disabitkan kesalahan... boleh hilang kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan boleh dipenjara...

Jadi.... memang bola sekarang ini terletak pada kaki Peguam Negara Idris Harun...

Kita tengok jer la... ader berani amik tindakan atau tidak???

Menghina Mahkamah adalah satu Jenayah, jadi jika seseorang Pegawai yang berkuasa itu dengan SENGAJA TIDAK MENDAKWA orang yang melakukan jenayah dengan niat untuk melepaskan orang yang melakukan jenayah itu dari hukuman,  Maka pegawai itu telah melakukan Jenayah juga dan boleh di dakwa di bawah Kanun Keseksaan.



2 comments:

  1. Bhai, nak tanya sikit je, bagai mana dengan Peguam Negara sebelum Tipah betkaitan kes 1MDB dan Najib? Apakah tindakan dia membersihkan Najib tindakan yang betul?

    ReplyDelete
  2. Rakan komponen PN, cif pula tu. Mana yidin sanggup ambil tindakan. Nak bunuh diri? Jd AG kena berani, ada teloq jika nak proceed.

    Apa prinsip Islam? "Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, dan menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana ALLAH, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu." (Surah An-Nisa’: 135)

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???