23 March 2021

Kes SUKE Bukanlah Yang Pertama

Bhai/DeeDee semua...

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan di tapak pembinaan lebuhraya SUKE ... yang menyebabkan ada kematian. Tidak berapa lama sebelum ini juga berlaku satu kes yang hampir serupa yang juga menyebabkan kematian...

Dan kalu kita kaji dan semak... memang banyak kes kejadian kemalangan di tapak pembinaan yang berkaitan dengan jalanraya dan lebuhraya... Masalahnya... ianya telah melibatkan kehilangan nyawa kepada pengguna jalanraya...

Nampaknya pihak berwajib gagal memastikan keselamatan pengguna jalanraya yang melalui kawasan pembinaan ini...

Gua selalu naik motor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.... dan kerapkali gua lihat proses menukar premix pada lebuhraya dibuat dengan cara memotong panjang kawasan yang nak di tukar premixnya...  Dan hanya kon yang tidak berlampu sahaja menjadi peringatan kepada kita bahawasanya premix jalanraya itu telah dikorek... Tiada lampu... tiada amaran lain....

Malah kedudukan kon yang sangat hampir dengan premix yang dipotong juga menyebakan satu bahawa kepada penunggang motorsikal atau kereta jika kawasan tersebut gelap.... kemungkinan besar tayar kenderaan boleh terjerlus kepada kawasan premix yang telah dikorek (dipotong) ini jika tak berhati-hati...

Bukan apa... sebab dalam banyak keadaan ... kon keselamatan ini pon hilang atau dipasang jarak yang tidak sekata...

Apa salahnya dipasangkan lampu dikawasan kerja-kerja jalanraya ini...

Dalam kes Lebuhraya SUKE semalam... sepatutnya aliran trafik dilencongkan daripada melalui kawasan bawah tapak pembinaan.... sebab kita tak tahu bila skru, besi atau alatan kerja di tapak pembinaan akan jatuh menimpa kenderaan atau orang yang melalui kawasan kerja tersebut...

Ini semua ada prosidurnya... tapi pasai ramai yang malah nak ikut maka jadilah kemalangan ini...









1 comment:

  1. bila melakukan tugas ynag ynag bolih mendatangkan musibah jika jentera gagal sepatutunya jalan ditutup
    banyak kita tengok depa buat kerja dalan keadaan kurang diselia olih
    pihak pengurusan ditapak

    simpati ngan waris mangsa akibat dari kelalaian puak lahabau ni
    pihak berwajib pun tak pantau sangat bila jadi musibah baru nak
    buat itu ini

    budaya tak apa tetap berturun temurun

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???