07 April 2021

Bila Kerajaan Pun Tidak Berakal

Bhai/DeeDee semua...

Kita sedia maklum bahawa Kerajaan berhak untuk mengambil alih tanah untuk pembangunan dan kemudahan awam termasuk infrastruktur awam. Tapi dalam keadaan apa pun biarlah tindakan itu dilihat berhemah dan bertimbang rasa.

Sepatutnya sebelum sesuatu perobohan struktur kekal dilakukan, perlulah ader perbincangan dan jugak perlulah mereka-mereka yang terlibat diberikan pilihan untuk berpindah sama ada secara diberi pampasan atau tidak.

Jangan main runtuh jer... Kalu pun telah disediakan tempat untuk berpindah... berikanlah sedikit masa... Namun kalu masa yang diberikan tidak mencukupi... maka satu mediasi perlu dibuat.

Dalam kes dibawah ini... katanya ader tempat yang bersesuaian dalam jarak 50 meter. Adakah yang terlibat dah diarahkan berpindah ke sini atau tidak ada apa-apa perundingan? Gua tatau tue... tapi satu ja gua paham... kekadang nih peniaga pon sama kepala angin bila mana ader yang menyucuk jarum menghasut.

Aper pon ... sebagai Kerajaan Negeri... perlukan buat tindakan dengan cara berhemah dan budi bicara... Benda boleh bincang buat apa tunjuk keras kepala... Cukup-cukup la perangai Kerajaan BN dulu macam ni... takkan la Kerajaan PH pon sama nak tunjuk keras kepala macam BN??



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???