20 May 2021

Ini Sohih Lawak.

Bhai/DeeDee semua

Gua kalu ader mana-mana laporan analisis berkaitan dengan sentimen pengundi, politik dan rakyat... mesti gua akan amik cakna... Sebab banyak laporan macam nih biasanya sekadar syok sendiri ja... nak bagi up pihak-pihak tertentu ja... Hahaha ... tambah lagi kalu ader yang bayar... hahaha

Macam yang dibuat analisisnya oleh O2Malaysia ... Hahaha

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Menurut tinjauan itu, yang berlangsung dari 26 Mac hingga 9 April lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri.

Ini semua lawak ja bhai... Hahaha...

1. Website yang tersenarai kononnya sebagai website O2Malaysia (www.o2malaysia.com) tidak ujud dan beroperasi.
2. Domain name yang digunakan sebagai e-mel server (o2research.co) juga tidak ujud dan beroperasi.
3. Nombor telefon yang disertakan juga bukan milikan nama yang dipamerkan.

Jadi dua ini pun dah cukup nak bagi lawak pada analisis yang diberikan.

Hahaha... lawak siot..





3 comments:

  1. Apa lah bhai, puak2 yang temberang tu gelakkan rakyat teramai dan bukan sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Sampelnya sah majoriti penyokong PN. Sebab itu hj hadi boleh dapat sehingga 30%. Ini memang kerja propaganda PN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahiadin 51% dan hadi 30%. Jumlah 81% drp sampel penyokong PN!

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???