09 September 2021

Ini Satu Lawak SPRM

Bhai/DeeDee semua...

Ini memang lawak SPRM... bilamana Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata terdapat kekurangan dalam siasatan kes rasuah bekas ahli lembaga pengarah Felda, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Noor Ehsanuddin didakwa atas 29 tuduhan rasuah pada tahun 2019, tetapi dibebaskan dari semua tuduhan itu selepas ia ditarik balik pada 1 September.

Empat belas daripada tuduhan tersebut adalah atas dakwaan menerima suapan berjumlah RM23,540.68 sebagai bayaran ansuran untuk sebuah kereta BMW 3 Series dari syarikat percetakan Karya Hidayah Sdn Bhd pada tahun 2014 dan 2015.

Sepuluh dakwaan lain termasuk menerima rasuah RM50,000 dan sebidang tanah dari syarikat yang sama pada 2013 dan 2014.

SPRM mengatakan keputusan menarik balik tuduhan itu berdasarkan pernyataan pembelaan Ehsanuddin dan keterangan saksi utama, yang menunjukkan bahawa wang itu sebenarnya merupakan wang pendahuluan yang sejak itu sudah dibayar semula.

Senang kan.... setel bayar balik dan claim sebagai bayaran pendahuluan... setel semua kes rasuah... hahaha... lain kali semua orang akan guna teknik nih.... hahaha... bayar balik.... kalu kes rasuah seks macam mana pulak aaa?? Hahaha.... nak kira bayar balik ke apa???




1 comment:

  1. Bila dalam lembaga penasihat ada seekor lembaga penyokong perasuah..payah la.
    Tan sri abu zahar ujang...siapa dia ni?kikiki

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???