04 October 2021

Agaknya Berapa Ramai Akan Sangkut Dengan Pandora Papers

Bhai/DeeDee semua...

Agak-agaknya berapa ramai yang akan sangkut dengan pendedahan Pandora Papers nih?? Sampai level mana yang akan kantoi... aderkah boleh sampai ke level Dewa dan Dewata Raya??? aderkah akan berlaku cover-up?? Aderkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan amik cakna pendedahan ini??? Aderkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan amik port?? Aderkah akan ader kertas siasatan melibatkan perkara ini dibuat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM)??

Semua ini menjadi persoalan kita semua warganegara Malaysia

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, hari ini mengusulkan supaya Dewan Rakyat membahaskan pendedahan Kertas Pandora, yang membabitkan fail kewangan sulit.

Katanya, usul telah dibuat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.

"Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pendedahan terbaru, Kertas Pandora, yang merupakan pendedahan fail kewangan sulit sebesar 2.94 terabyte kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ). ICIJ kemudian memberi akses kepada rakan-rakannya, termasuk Malaysiakini.



1 comment:

  1. Kalau tidak mahu adil maka banyaklah songeh dan dalil² menutupi segala apa yang hak.Adil bila harta dan dana yang diluar negara turut diistiharkan setiap tahun, istihar tak semestinya dicukai, dah simpan kat luar negara, takan nak kenakan cukai,ini baru patriotik bercirikan melayo isle.kahkahkah

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???