15 October 2021

Bertabahlah...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... bertabahlah .... La Tahzan.... hahahaha



4 comments:

  1. Selangor takde air hanya beberapa puluh jam je, apa nak merungut sedangkan rakyat Kelantan takde air dan kena catu air yang berkarat malah pakai air perigi berpuluh2 tahun dah. Bersabor je lah dan walak lah dengan kepimpinan kamu sebab taat pemimpin secara buta tuli dan tak pakai otak tu kunci ke syurga, ye tak? /s. Lawaklah walaun nak kutuk Selangor tapi tak nampak negeri sendiri macam negeri pasir bedengung dok kat padang pasir takde air bersih walau bayar bil dan cukai pintu. LMAO!

    Nick.

    ReplyDelete
  2. Lupakan saja soal Palestine kalau Pulau Pisang pun tak mampu diambil alih rumah api di pulau itu yang diuruskan Singapura.

    Pada pemimpin pemimpin politik samada dari kerajaan atau pembangkang terpekik terlolong pasal kebebasan Palestine ditindas oleh Barat dan Isreal. Pulau Pisang pun boleh kecut telor nak ambil alih pengurusan rumah api dari Singapura.

    Malaysia tidak akan hilang kedaulatan terhadap Pulau Pisang, di sini tetapi rumah api di kepulauan tersebut akan diuruskan Singapura selagi terbitnya matahari dan bintang.

    Ketetapan itu selaras perjanjian ditandatangani pada tahun 1900 antara Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim dengan Gabenor negeri-negeri Selat, Sir James Alexander Swettenham berkaitan Pulau Pisang yang diyakini terus dipatuhi.

    Mengikut perjanjian itu, Pulau Pisang adalah hak mutlak Kerajaan Negeri Johor dan British ketika itu hanya diberi kebenaran untuk membina, mengendali dan menyelenggara rumah api berdasarkan perjanjian bertulis atau indenture yang ditandatangani pada 6 Oktober 1900 dengan persefahaman itu diteruskan sehingga kini.

    Status quo itu turut diakui Singapura berkaitan hak dan kedaulatan Johor ke atas Pulau Pisang meskipun selepas mereka keluar daripada Persekutuan Malaysia pada 1965 yang menyaksikan hak pengurusan rumah api bertukar tangan.

    Walaupun perkara yang terjadi di Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca agak sukar untuk berlaku di Pulau Pisang, namun kelalaian pihak tertentu sekiranya berlaku boleh menyebabkan ‘pisang berbuah dua kali’.

    “Rakyat ada mengikuti titah Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 2017 bahawa perjanjian Pulau Pisang itu selagi ada matahari dan bintang, ia tidak boleh dibatal.

    Malah baginda juga titah Singapura terang-terangan kata ia bukan hak dia, bukan tanah dia. Mereka akui ia milik Johor dan cuma tadbir rumah api sahaja.

    Namun bila pemimpin pengkhianat berkuasa di Malaysia kejadian di Pulau Batu Puteh boleh berlaku lagi.

    Malaysia di­khuatiri hilang kedaulatan ke atas Pulau Pisang jika terus membiarkan negara lain membina dan mengurus rumah api di kepulauan tersebut, sekali gus bakal me­ngulangi nasib Pulau Batu Puteh.

    Memetik laporan The Straits Times, Menteri Luar Singa­pura pada tahun 2003 memaklumkan kepada Parlimen negara itu bahawa Pulau Pisang adalah milik Malaysia dan mengulangi pendirian Singapura tidak pernah mempersoal kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang, tetapi peng­urusan rumah api di situ harus kekal bersama Singapura.

    Meskipun Pulau Pisang kini tidak lagi didiami penduduk, ia berperanan seperti pintu kedaulatan negara yang melambangkan pertahanan sebagai pusat tinjauan awal sekiranya berlaku apa-apa.

    Kita tak mahu apa yang terjadi pada Pulau Batu Putih bila negara di pimpin oleh barua DAP@ Lee Kwan Yew. Kesemua barua barua ini menyimpan duit yang dicuri di Singapura oleh penyamun dan perompak negara.

    Ini lah yang menyebabkan sesiapa saja barua barua Singapura@DAP yang jadi pemimpin dan menyimpan wang di Singapura akan kehilangan taring dan sengat bila berhadapan Singapura. Mereka hanya retorik dan acah acah power Melayu islamik supaya walaun terkinja kinja terpekik terlolong memberi sokongan..!!

    Sebabnya mudah Singapura akan mengunakan kuasa duit yang di simpan mereka untuk tunduk sambil tangan barua ini dipulas tunduk pada kehendak Singapura.

    Sepatutnya urusan Pulau Pisang sudah dikembalikan sepenuhnya tetapi duit duit yg dicuri hasil rompakan yang di simpan di Singapura menyebabkan pemimpin barua amat lunak bila berhadapan dengan Singapura.

    #sialpunyapemimpinsamuajadibarua

    ReplyDelete
  3. Beri peluang pada golongan muda. Kaji umur persaraan pada 55 tahun. Rancangan Malaysia ke 12 dan cadangan bajet 2022 pada 29 Oktober 2021.

    Kerajaan perlu perhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu. Bayaran pencen makin membebankan dan meningkat setiap tahun - Ismail Sabri

    “Kerajaan sedang memperhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu Perkhidmatan Awam bagi memastikan skim baharu ini akan mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan dalam jangka masa panjang dan pada masa yang sama memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjamin,”kata Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia

    Mengurangkan tempoh usia ke 55 persaraan wajib kerajaan boleh menjimatkan urusan perbelanjaan wang persaraan pekerja.

    Bayaran pencen makin meningkat, kerajaan sedang perhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu. Kerajaan menganggarkan pembayaran pencen akan mencecah RM46.6 billion pada tahun 2030.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran pencen pada tahun lalu adalah sebanyak RM26.38 bilion sementara bayaran pencen pada 2010 adalah sebanyak RM9.88 bilion.

    Smail Sabri memberitahu, jumlah keseluruhan pembayaran perbelanjaan berserta faedah persaraan itu meliputi pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat.

    Pelaksanaan semula cukai GST mampu menyasarkan ‘ekonomi gelap’ yang bersaiz RM300 bilion setahun yang sebelum ini 'terlepas daripada membayar' apa-apa cukai oleh penyangak, penyamun serta kartel dan kroni tertentu boleh membantu meringankan beban kewangan negara.

    GST telah menyebabkan ‘the black economy’ menguncup daripada 25% kepada 10%. Ini adalah ketirisan yang lebih teruk sebelum GST, dan sebab itu GST memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

    Sekiranya 'black ekonomi' ini ditangani kerajaan boleh munafat kan untuk menghapuskan tol tol di seluruh negara. Syarikat milik kroni kroni yang berselindung disebalik perniagaan tol tol membebankan rakyat boleh dihapuskan.

    Mengisi konsep ‘Keluarga Malaysia’. ‘Orang kaya wajar kena cukai lebih tinggi’. Penyangak dan penyamun kartel kartel serta kroni tertentu tentu tidak terlepas dari cukai bila GST dilaksanakan.

    “Unjuran pembayaran pencen untuk tahun 2030 adalah dianggarkan berjumlah RM46.6 billion.

    Persediaan golongan muda mengisi kekosongan jawatan sektor awam dan swasta. Banyak perusahaan sudah ditutup, kadar pengangguran naik mendadak, gaji minimum RM1,200 sebulan pun masih tak tercapai dilakanakan.

    Kerajaan perlu segera tangani pekerja kontrak dan masa untuk dikaji semula umur persaraan wajib pada 55 tahun.

    Tuntutan pelantikan tetap bagi semua pekerja kesihatan barisan hadapan, termasuklah doktor kontrak. SPA diminta kembalikan umur persaraan wajib kepada 55 - 56 tahun.

    ReplyDelete
  4. Habis madu sepah dibuang.. kesian tu lah kau termakan pujuk rayu Abe Non kite... Bang Non dalam PH tak ada apa apa pun cuma puppet DAP. Kalau DAP kata tak mahu Abe Non akan tarik hand break semola...!!

    Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan membuat keputusan Selasa depan untuk menyertai mana-mana parti politik bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan pada 20 November depan.

    Perkara itu dimakluman bekas ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan di mana beliau dan tiga lagi bekas ADUN akan mengumumkan perkara itu selepas Pakatan Harapan (PH) enggan menerima mereka.

    Katanya, walaupun PH menolak bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon mereka, namun sudah ada tawaran dibuat daripada parti politik lain.

    “Saya melihat di media sosial yang disampaikan Lim Kit Siang dan beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) menolak Norhizam Hassan Baktee. Bunyinya macam menolak empat lagi bekas ADUN, saya dihubungi Norhizam mengatakan apa akan berlaku pada diri kita.

    Abe Non kite tu sama macam Tun Mahathir jugak barua DAP. Kalau DAP arah serah Pulau Batu Putih barua nya tak akan membantah...

    Dua dua barua DAP acah acah power ajer.. acah acah power melayu islamik.. kena acah dengan DAP@Lee

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???