23 December 2021

Swindle Baik Punya

Bhai/DeeDee semua...

Kes SRC International sudah menyebabkan Najib Razak dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan RM210 juta denda.... Itu satu kes yang agak berat dan Najib Razak sedang tunggu satu level lagi penghakiman iaitu Mahkamah Persekutuan...

Ini ader satu kes lagi yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi... kes penggubahan dan pengalihan dana sebanyak US$700 juta yang dilakukan oleh 1MDB dan PetroSaudi International (PSI) kepada Good Star Ltd.

Bukan sikit anak nih... swindle baik punya... USD700 juta ... lebih kurang RM2.9 bilion

Dan kes ini juga menyebabkan laporan Audit akhir 1MDB telah dipinda... yang melibatkan Arul Kandasamy..... huhuhu...

Aderkah Najib Razak tetap akan mengatakan dia tidak tahu?? Rasa gua macam biasa la... Najib Razak tetap akan mengatakan dia tak tahu dan dia tidak terlibat... Ingat lagi bila satu masa dulu Najib Razak bersumpah tidak kenal dengan Jho Low...

Tapi dalam kes ini... Jho Low ada dalam mesyuarat dengan lembaga pengarah 1MDB... ader dalam setiap mesyuarat... dan ini ada diminitkan... dan inilah yang cuba dipinda dan dieditkan.... Hahaha..

So.. kita tengok macam mana Najib Razak nak pusing lagi... Macam mana dier nak pusing tentang Low Taek Jho....



1 comment:

  1. Sama saja mcm Najib kata dia x kenal Altantuya. Allah lebih tahu

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???