Presiden Indonesia, Joko Widodo, telah mengumumkan bahawa negara terbesar di Asia Tenggara itu akan memindahkan ibu kotanya dari Jakarta ke sebuah lokasi di wilayah Kalimantan Timur, berhampiran Samarinda dan Balikpapan. Lokasi ini adalah di Penajam. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban terhadap Jakarta yang sudah pun terlalu sesak kerana populasi yang terlalu tinggi dan mempunyai ancaman tenggelam dibawah paras laut.
Jadi... Berdasarkan kepada strategiknya kawasan ini... gua dapati ianya akan dijadikan sandaran untuk mengikat kekuasaan China di Laut China Selatan dimana Indonesia pastinya akan memperkukuhkan kekuatan militer lautnya di kepulauan Natuna. Malah kedudukan angkatan laut Indonesia di Kepulauan Sulawesi sendiri pastinya akan diangkat dengan lebih berjaya.
Kita tahu Borneo agak kurang impak kepada Gunung Berapi dan Gempa Bumi... malah sumber galian alam seperti emas, bijih besi, arang batu, minyak dan gas serta yang lainnya cukup banyak disini. Industri perlombongan akan boleh digiatkan dan diseliakan dengan jalinan infrastruktur awam seperti jalanraya, lebuhraya dan laluan keretapi yang lengkap dan teratur.
Dan pastinya akan ada sambungan akses ke Kuching, Kota Kinabalu dan Bandar Seri Begawan di Brunei
Ini akan menyebabkan peluang pekerjaan dan pembangunan di Borneo akan dapat dipertingkatkan dengan adanya modal insan seperti buruh mahir yang rendah kos pengendaliannya.
Hebat planning Indonesia dibawah kepimpinan Jokowi.
#Penajam #Indonesia #Borneo #IbunegaraBaharuIndonesia #Jokowi
#CipanTapirTenuk #SocialCritics
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???