04 January 2022

Bila Jabatan Kerajaan Tak Mesra Teknologi

Bhai/DeeDee semua...

Inilah masalahnya bila jabatan / agensi kerajaan tak mesra teknologi... Setahu gua teknologi Digital Document Management System (DRC) dah lama ader... dah lebih dari 20 tahun ujudnya teknologi macam nih...... Memang cukup lama... bukan benda baharu pun...

Di syarikat swasta... banyak syarikat yang implementasikan teknologi Digital Document Management System (DRC) ... ianya memanfaatkan teknologi PDF, Document Scanning, Database dan Cloud Services... Malah banyak syarikat kecil memanfaatkannya terutamanya menggunakan sistem Google Drive, Dropbox atau yang lainnya.

Dengan cara ini... semua dokumen yang ada dipindahkan dalam bentuk digital menggunakan mesin Document Scanner dan disimpan di server dalam bentuk PDF... Perisian untuk membangunkan teknologi Digital Document Management System (DRC) sebenarnya ada dalam bentuk Sumber Terbuka (Open Source) atau Sumber Proprietary (Proprietary Source)...

Kalu dulu kita menggunakan central server untuk simpan semua database digital ini... namun sekarang kita boleh memanfaatkan sistem Storage Attached Network (SAN) dan Network Attached Storage (NAS) ataupun terus kepada sistem Cloud Server ...

Mungkin juga boleh dimanfaatkan sistem Grid Computing dalam bentuk Cloud Grid .... Semuanya boleh dilaksanakan... Dengan sistem macam nih.. dokumen dalam bentuk kertas boleh di arkib (archive) kan secara digital, teratur dan berkesan.

Sistem juga akan kalis bencana disebabkan akan ada beberapa salinan serentak jika kita melaksanakan sistem automatic backup system dan dynamic disaster recovery center (DRC)

So... takdar la jadi macam kes dibawah ini.... adoilah... memalukan... benda nih semua dah ader dalam saranan MAMPU..  yang sepatutnya dibuat dan dilaksanakan oleh semua jabatan kerajaan... Takkan leka lagi?? Kos jadi masalah ka?? Kos pembangunannya tak sampai harga 1 buah kenderaan Mercedes S Class yang paling baharu. Atau kos nak uruskan 1 istana pun lagi berpuluh kali ganda mahal dari kos DRC dan DMS ni jika digabungkan

Bukan kerajaan tak mampu.... kecik ja kosnya... Beza nak buat atau tidak jer... 

Ader paham ka??



1 comment:

  1. Bai C++,

    Geng ICT dah lama sarankan macam2 utk kat atas tu, ingat yg atas tu nak dengar sangat ke...ayat standard, IT xpenting mana pun, sbb yg kat atas tu ingat IT tu stakat nak ON komputer je...

    Kalau x, xkan la budget utk ICT ciput je...pastu nak sembang 5G...hampeh

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???