02 January 2022

Kejamnya Tidak Berhati Perut

Bhai/DeeDee semua...

Golongan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur tidak patut didedahkan dengan risiko menjadi mangsa banjir menerusi sebarang cadangan projek perumahan di kawasan yang pada asalnya ditandakan untuk menjadi kolam takungan banjir

Dua dari projek perumahan mampu milik ini adalah di kolam takungan banjir Batu dan Batu 4 ½ di Kuala Lumpur. Ianya merupakan dua daripada enam kawasan yang dikenal pasti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 pada September lalu, yang diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Golongan berpendapatan rendah ini yang tidak mampu memiliki rumah mewah sewajarnya tetap perlu diberi layanan yang “bermaruah”. Jangan jadikan mereka mangsa yang hanya diberikan RM1000 jika terkena bencana banjir. Tindakan ini dilihat seumpama sengaja mementingkan perut kapitalis.

Macam celaka semuanya... dari pentadbir tanah sampailah kepada para kapitalis, kroni dan proksi mereka. Jahanam betullah.

Bukan tak ada kawasan yang lebih baik untuk dibangunkan sebagai penempatan miskin bandar... tapi masih juga disediakan penempatan untuk miskin bandar dikawasan-kawasan yang mudah ditimpa bencana.. seakan sengaja menempah maut.

Adoilah..

Kapitalis Khianat




No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???