Bhai/DeeDee semua...
Abdul Hadi Awang dok bising pasai selepas negara ini lama mencapai kemerdekaan sepatutnya "kita" wajar mentafsir perlembagaan mengikut bahasa sendiri dan kefahaman agama yang dianuti.
Dia pertikaikan kes 3 beradik yang telah memeluk Islam yang sedang viral sekarang ini. Dan dia juga bising pasai kes sembilan Hakim Mahkamah Persekutuan yang berkata Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak berperlembagaan dan terbatal dalam bentuk semasa.
"Kini terserlah bahawa agama Islam yang dikatakan di bawah naungan raja-raja melalui pentadbiran khusus - yang dinamakan majlis agama Islam - tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia.
"Bahkan, hukum yang nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakimnya," kata ahli parlimen Marang itu lagi.
Masalahnya... sekarang ni Menteri Agama adalah dari PAS... dan Abdul Hadi Awang sendiri adalah berjawatan Duta Khas berstatus Menteri. Kenapa dia dan PAS tidak meneruskan RUU355. Kalau dulu betul la PAS berada diluar kerajaan dan sebagai Pembangkang. Tapi kini PAS ada dalam kerajaan. Takkan tak boleh nak memperkasakan RUU355. Takkan tak boleh nak usulkan dan bahaskan kembali sementelah sedang berada dalam kerajaan.
Cukup-cukuplah berpolitik Abdul Hadi Awang ooi... sembang tak gua kalau tak reti nak manfaatkan jawatan sedia ada.
Hadi mahu perlembagaan ditafsir ikut kefahaman agama.
#RUU355 #AbdulHadiAwang #Islam #Murtad #Mualaf #PAS #Sembang
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???