23 May 2022

Mahukah Kerajaan Kelantan Terima Cadangan?

GetRunner adalah perkhidmatan penghantaran segera yang melibatkan motorsikal dan kereta. Dan ianya lebih tertumpu di Kelantan dan Pulau Pinang serta Selangor dan Terengganu.

Kalau lah Kerajaan Kelantan bijak… dan bersedia untuk memberikan satu peluang pekerjaan bagi belia dan warga Kelantan, pada gua GetRunner adalah satu pilihan yang tepat.

Sebelum ini ada cadangan dari #EXCO Kerajaan Kelantan agak belia di sana menceburi perkhidmatan beca. Pada gua ini satu cadangan yang dangkal dan memperlihatkan ketidakperihatinan Kerajaan Kelantan dengan teknologi dan peluang pekerjaan.

Kalaulah Kerajaan #Kelantan bekerjasama dengan GetRunner … terutamanya dengan menggalakkan pernggunaan perkhidmatan penghantaran bagi agensi-agensi terkait dengan Kerajaan Negeri, maka tentunya itu adalah pilihan yang tepat dan lebih baik.

Belia Kelantan akan ader peluang kerja dan tentunya secara tidak langsung akan menjana ekonomi negeri.

Tapi biasa la…. gua cuma mampu bagi cadangan sebab gua baik ngan bos GetRunner tue… tapi kalu dah Kerajaan Kelantan sendiri pon selow… nak buat camana..

Hahaha…

Nak kekal perintah negeri… tapi takder idea untuk membangunkan negeri….

Adoilah… Ader pantai yang menarik macam di Tok Bali… tapi tak dimanfaatkan… Sampah tak berkutip… semak samun tak di bersihkan.. Adoilah.




2 comments:

  1. Rakyat kelantan deserve to get segala kebobrokan yg terhasil akibat tetap memilih kerajaan incompetent Pas. Tapi sebenarnya mrk tak ada pilihan krn Umno pun 2X 5 juga! Kesian

    ReplyDelete
  2. mu register ahli melaka sampai kiamat

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???