23 November 2022

Keputusan Dah Ada

Bhai/DeeDee semua...

Keputusan sebenarnya dah ader... jalan penyelesaiannya dah ader... cuma nak dapatkan persetujuan dan consent antara pihak-pihak terlibat ja...

Mestilah nak ambil kira untung dan rugi... rugi banyak mana... untung pulak banyak mana... berapa agihan... 

Itu semua jadi taruhan... nak semua pihak untung-untung... bak orang putih kata la... Win Win .... Ingat sesaja jer ke nak sambung tambah masa??... ingat sesaja ker bagi ruang dan peluang??

Pengadil pon nak makan sama gak... takkan pengadil putih mata?? Hahaha... mesti ada untung kat pengadil... Huhuhu... kalu tak rugi la pengadil buat semua ini.. rugi la pengadil bagi masa tambahan... rugi la kat pengadil tak tiup wisel awal...

Hahaha....



7 comments:

  1. Setelah difikirkan aku ada cadangan. Bukan ori pun tapi hampir2 unity government. Kabinet pilih drp PH dan PN. Menteri dan timbalan mesti yg betul2 competent dan profesional /technocrat demi negara progresif. Bilangan kabinet pun cukup2 saja, bukan nak layan nafsu mana2 pihak. PM gilir antara dua komponen. Giliran pertama DSAI selama 3 tahun kerana PH menang kerusi terbanyak, kemudian baki 2 tahun calon PN



    M














    ReplyDelete
  2. Bhai dah mcm citer spy pulak. Semua parti bagi makulumat disinformation dgn strategi masing2. Poning2.

    ReplyDelete
  3. Mahiadin tahu siapa itu anwar dan tahu siapa itu Dap. Perikatan Nasional pegang pada prinsip "No anwar..no dap". Siapa yang nak pandai-pandai ubah prinsip itu...kamu?. Jangan banding dengan zahid dan mat hassan, mereka itu semua anjing makan telor!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yiddin bukan bersih sangat. Kalau berani dia kena isytihar harta. Beranikah dia disiasat secara telus?

      Delete
    2. Dah dah jangan gaduh gaduh... Geng UMNO sekarang semua dah iktiraf suci... Inchik R pun dah tak bising-bising nak jadik orang pertama menentang DSAI kalu DSAI kawinkan PH dengan UMNO... DAP seperti biasa perati jek melayu gaduh dengan melayu

      Delete
  4. Muhyiddin ni jenis orang putih panggil ingrate. Sebelum PRU15, menyedari parti Bersatu lemah, dia bersungguh2 ingin bekerjasama dgn PH utk tumpang kekuatan PH bagi melawan BN. PH understandably tolak lamaran Muhyiddin kerana beliau pernah tumpang kekuatan PH pada PRU14 tetapi mengkhianati PH selepas PH menang besar. Akibatnya kerajaan PH tumbang. Selepas PRU15 dia merasa dirinya begitu kuat bila PN tanpa disangka memenangi bilangan kerusi yang banyak, tapi masih kurang drp bilangan kerusi PH. Maka muhyiddin mula menunjuk keangkuhan beliau kerana ingin membalas dendam kesumat dan sanggup menolak cadangan YDPA supaya bentuk kerjasama dgn PH. Tidak ada kena mengena dgn prinsip. Inilah sifat pemimpin berjiwa kecil. Merayu2 bila terdesak dan mendabik dada bila rasa kuat sikit. Kita tidak mahu PM yang bersifat demikian!

    ReplyDelete
  5. Ko kena game dengan ko punya kaler luna la Bhai

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???