16 November 2022

Pilihanraya PBT

Bhai/DeeDee semua...

Dari dulu lagi ramai orang nak cuba kembalikan Pilihanraya PBT ... tapi dengan macam-macam halangan dan sekatan... terutama dari puak Melayu yang bilangan mereka di kawasan bandar adalah sedikit...

Sebenarnya tiada masalah... Kerajaan Negeri boleh menetapkan klausa-klausa penting yang kekal dan tidak boleh diubah.. misalnya... syarat seorang Datuk Bandar mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam, Timbalan Datuk Bandar boleh sama ada seorang Melayu, India atau Cina...

Manakala bilangan Ahli Majlis Bandaraya mestilah mencakupi 40%  atau 50% dikalangan orang Melayu ... dan selebihnya boleh lah bangsa India atau Cina... semua peruntukan dan klausa ini tidak boleh ditukar atau diubah melainkan mendapat keizinan dari Menteri Besar / Ketua Menteri disamping keizinan dari Sultan atau Raja-Raja Melayu (atau YDP Agong bagi Wilayah Persekutuan)

Benda boleh dibuat... bukan susah pon... Huhuhu... beza nak buat / benarkan atau tidak jer...

Kita boleh minta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mentadbir dan mengendalikan Pilihanraya PBT nih...



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???