29 November 2022

Yang Patut Didahulukan, Kita Dahulukan

Bhai/DeeDee semua...

Sebermulanya pemerintahan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) nih... satu ja yang gua nak usulkan... Buatlah semua yang patut didahulukan, kita dahulukan...

Perkara utama yang paling mendesak adalah meningkatkan kedudukan kewangan rakyat, memulihkan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup rakyat... Ini yang utama dan berkait...

Settle kan benda nih dahulu... pastu baru settle kan benda lain.. perkara lain...

Bab nak korek kisah lama la... kes perundangan lama la... ketirisan lama la... semua itu bukan keutamaan sekarang nih... kasi baikkan perkara utama dulu... yang lainnya akan datang kemudian ikut masanya sendiri... biarkan bab perundangan berjalan dengan sendiri...

Kalu rakyat punya ekonomi dah okeh... hidup dah senang sikit... kewangan dah stabil... masa tu nak kejar penyangak dan penyakau semua tue boleh ja dengan jayanya... takder sapa akan jadikan isu...

Bab pendidikan... pastikan ianya mampu milik... PTPTN jangan menekan... bagi ruang untuk pelajar mencari pekerjaan... bawak la masuk pelaburan terlebih dahulu ... dan buka serta beri peluang lebih banyak pekerjaan untuk rakyat sendiri.... kurangkan sikit pengambilan pekerja asing...

Gemblengkan K-Economy.... manfaatkan Multimedia Super Corridor (MSC), Cyberjaya dan segalanya ke tahap optimum...  Sediakan infrastruktur Internet yang mantap dan murah bagi memudahlan IR 4.0 ... kawalselia dengan lebih baik pada harga dan perkhidmatan yang disediakan oleh semua Telco... Kalu tak pandai bab itu.. jemput dan angkat Dr Mohamed Awang Lah sebagai penasihat Kerajaan Malaysia bab teknologi nih... Dia masih ader banyak pengaruh dan idea.....

Benarkan Independent Power Producer (IPP) membekalkan perkhidmatan utiliti tenaga secara alternatif kepada kawasan MSC dan Cyberjaya... Sekurang-kurangnya ada 1 IPP yang boleh membekalkan tenaga elektrik disana disamping perkhidmatan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya Malaysia boleh bangunkan Tier IV atau Tier V punya Computer DataCenter untuk support Cloud dan Grid Computing dengan lebih baik.

Dapat setelkan benda nih... sure kita lebih kehadapan dari Singapura... Oh yer... pastikan dasar Cabotage untuk kapal pembaik kabel dasar laut di permudahkan... Itu yang paling penting...

Sekian.



1 comment:

  1. Bab pekerja asing buat mcm 80an cuma sektor pembinaan dan perladangan yg diberi permit. Bila sektor perkilangan dan kebun boleh amik pekerja asing berjuta2 masuk ke sini. Pekilang pun tak mau value added kan produk2 mereka dan tauke2 yg ada modal boleh bukak seluas2 kebun mcm kat cameron dan kebun musang king. Pertengahan 90 an beriya2 ketengahkan k ekonomi tapi bila persatuan pekilang2 malaysia lobi amik pelerja asing pak montori yg lembik tengkuk dan kurang patriotik dan faktor keuntubgan peribadi membenarkan ramai2 pekerja asing. Mana2 pekilang yg tak mau meningkatkan kualiti produk2 mrk elok je pindah operasi mrk ke negara jiran contohnya.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???