04 December 2022

Apa Harapan Pengundi Atas Pagar?

Bhai/DeeDee semua...

Tidak pernah ada sekali pun dalam Sejarah Malaysia, ada parti yang menang pada Pilihanraya (Umum/Negeri/Kecil) hanya dengan sokongan undi solid dari ahli dan penyokong mereka melainkan dengan tambahan undi dari pengundi atas pagar....

Jadi... kita semua tahu bahawa pengundi atas pagar lah yang menentukan kemenangan mana-mana parti... Jadi apa harapan pengundi atas pagar?

Mostly apa yang mereka hendak adalah satu kerajaan yang baik dan memberikan impak besar kepada mereka dari segi ekonomi, tadbir urus dan kemampanan serta amanah.

Pengundi atas pagar mahukan pemimpin yang cekap dan mesra rakyat... cakna atas masalah yang dihadapi rakyat. Pemimpin yang mengutamakan rakyat berbanding konglomerat atau kapitalis... Pemimpin yang bekerja untuk rakyat...

Jadi... kalu ader pemimpin yang lebih terlihat mementingkan syarikat, konglomerat, kapitalis atau bank... tapi tidak kepada rakyat... memang pemimpin itu rakyat akan tolak... Rakyat tidak mahu pemimpin ini....

Dan bila pemimpin yang dah ditolak oleh rakyat ini diangkat pula menjadi Menteri.... menjaga benda yang terkait dengan ekonomi, pelaburan dan antarabangsa.... maka... apa jadi dengan harapan pengundi atas pagar?? Alasan kononnya Menteri ini adalah sokongan dari Kayangan....walhal tidak dibuktikan sama ada ianya benar sokongan dari Kayangan... sapa pun tak tahu...

Payah... macam mana Pakatan Harapan (PH) nak terus dapat sokongan pengundi atas pagar untuk PRU16 nanti... maybe boleh ucap selamat tinggal la lebih awal... sebab awal tak kalut... Huhuhu



1 comment:

  1. Atas pagar mcm aku ni tgok sapa akn jadi PM, mudin PN, sabri BN, madey PH, smua yg nk jadi PM dh jqdi PM, cuma anuar je blom jadi PM so atas pagar nk tgok anuar pulak jadi PM..
    Smbil tu atas pagar mneliti kempen parti2 bertanding, apa isu yg d bawa, cuma nya kali ni tkde gabongan yg layak dpt majoriti, so tiada masalah klu anuar nk gabong dgn parti mne pon utk jadi gov.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???