04 December 2022

Cadangan Ditutup

Bhai/DeeDee semua...

Antara banyak-banyak cadangan selepas PRU15... ini adalah cadangan paling mantop dan terbaek... Sewajarnya takder lagi cadangan nama yang berbeza... kira macam cadangan ini ditutup untuk ada saingan nama yang lain... 

Jawatan Ketua Pembangkan bertaraf Menteri ini cukup wajar diberikan kepada Abdul Hadi Awang... Dia memang layak... lebih layak dari Muhyiddin Yasin... Dialah ketua sebenar dalam Perikatan Nasional... Dialah yang menguasai keadaan.. Dialah yang menyusun strategi...

Dialah ketua yang paling layak...



Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Ketuanya Zamir Ghazali berkata perkara itu wajar memandangkan PAS memenangi kerusi parlimen paling banyak pada PRU ke-15.

"Sudah pastinya, presiden PAS merupakan sosok terbaik untuk menjawat jawatan ketua pembangkang Dewan Rakyat bertaraf menteri lengkap dengan segala elaun dan kemudahan yang sewajarnya diperolehi.

"Abdul Hadi juga memiliki pengalaman sebagai ketua pembangkang yang cukup berkesan iaitu pada tahun 2002 sehingga 2004.

"Kebijaksanaan presiden PAS sebagai ketua pembangkang pasti menjadi cerminan wibawa menyeluruh PAS itu sendiri sebagai parti yang mewakili suara orang Melayu dan Islam terbanyak di Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada PRU ke-15 lalu, PAS memenangi 49 parlimen sekali gus muncul sebagai parti paling ramai ahli Dewan Rakyat.

PAS antaranya berjaya menyapu bersih 25 parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dan 13 kerusi parlimen di Kedah.

4 comments:

  1. Lepeh tu mintak dia isyrihar harta beraper kupang dia aderrr ha ha...

    ReplyDelete
  2. Kebaikan kpd rakyat 1mesia jika hadi awang dilantik ketua pembangkang ialah dia tak boleh ponteng lg dah.

    ReplyDelete
  3. Mmg betul, hadi ptut d lantik jadi ketua membangkang, klu dlu dia kata parlimen bukan sekolah smpi dia sndiri jadi kaki ponteng, sama mcm bdk skolah yg tk nak pegi skolah. Rakyat pon nk tgok dia berdebat di dlm parlimen bukan jadi juara bkata2 d luar parlimen jee.

    ReplyDelete
  4. mampuih..hat jd mp pun x mari parlimen..hat jd ketua lagi lah haru..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???