20 December 2022

Kerja Gila

Bhai/DeeDee semua...

Gua sendiri pun dari awal lagi musykil bila mana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Nga Kor Ming) bising pasai kononnya Father's Organic Farms nih tak mohon lesen dari Majlis Daerah Hulu Selangor sebelum mengoperasikan tapak perkhemahan...

Sebab setahu gua ianya mana pernah ader ujud... sebab itu la jugak pada 2005 gua pernah tanya lesen untuk bangunkan "caravan @ trailer park" pun lesen tu takder di Malaysia....

Jadi macam macam la orang boleh sesedap rasa jer tuduh bukan-bukan... huhuhu... adoilah.. ... 

Dan tengok dari gambar lokasi kejadian... ianya bermula dikawasan yang tidak dimiliki oleh pengusaha ladang organik... ianya bermula dari kawasan lain... kawasan milikan kerajaan ... agak-agak la kan nak salahkan pemilik tanah ladang organik pun...


Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor yang mengalami bencana tanah runtuh pada Jumaat lalu berkata, dia tidak dapat membuat permohonan mendapatkan lesen tapak perkhemahan kerana permit seperti itu tidak wujud.

Pada sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur semalam, jurucakap tapak perkhemahan itu, Frankie Tan, berkata dia diberitahu oleh pelbagai agensi kerajaan - termasuk jabatan pertanian - bahawa tiada lesen sedemikian boleh dipohon oleh pengusaha tapak perkhemahan.

“Saya pernah bertanya kepada pegawai kerajaan sama ada kami perlu memohon lesen tapak perkhemahan atau tidak.

"Pegawai terbabit berkata tidak ada permit kerana tapak perkhemahan itu bukan struktur kekal seperti hotel, justeru tiada lesen untuk dipohon.

“Bukannya kami tidak mahu membuat permohonan tetapi memang tidak ada cara untuk kami memohon," katanya.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???