26 December 2022

Nak Bising Buat Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Selalu kita dengar akan ader Lobai PAS yang bising pasai tak dapat nak berceramah la... disekat la dari mengajar agama.... konon Kerajaan tidak adil dan pilih kasih.... 

Walhal bila kita selidiki dan tanya... dah amik tauliah mengajar ke idak... haram semua akan kata takkan nak mengajar agama pun kena ader tauliah... sampai sabitkan dulu-dulu pendakwah masuk kembangkan agama di Tanah Melayu nih tak perlu tauliah bagai....

Huhuhu....  Payah.... satu ja kita nak cakap kat puak-puak nih... pi la mengajar kat negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS .... pi la sana... sebab kalu kat sini.. kena la ader tauliah mengajar dulu... kena la disemak segala kelulusan akademik... kefahaman agama dan ilmu yang selari dengan apa yang ditetapkan oleh Kerajaan... kita takmo ader yang mengajar benda mengarut dan sesat...

Azhar Idrus pon banyak tempat dier takder tauliah mengajar... walaupun orang kata ilmu agama dier hebat... tapi sebab kelulusan akademik agama dier takdak verified dan dapat disahkan (authenticate) ... dier pun tabley senang-senang ja nak mengajar sana sini...

Simple as that..


Seorang wakil rakyat PAS di Pahang menyoal tindakan pihak berkuasa agama negeri itu melarangnya berceramah di sebuah masjid di Jengka, tempat dia aktif bersyarah sejak tiga tahun lalu.

Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak bertanya kenapa dirinya disekat daripada memberikan kuliah pengajian agama, berkata dia tidak pernah menyentuh politik dalam ceramahnya.

"Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional. Ketika kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain.

"Kita sebut tentang Al-Quran dan Hadith. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.

Dalam maklum balas, Exco Kerajaan Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, berkongsi kenyataan bahawa mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menjalankan aktiviti atau mengajar di masjid di negeri ini perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada jabatan agama daerah masing-masing.

Dia berkata kerajaan negeri memandang serius titah Sultan Pahang bahawa masjid tidak boleh dipolitikkan dan ceramah anjuran parti politik tidak dibenarkan. Ini terpakai kepada semua, termasuk mereka yang sealiran dengan kerajaan negeri

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???